Selamat Hari Ibu
Salam Isnin...
Selamat Hari Ibu
untuk semua insan yang bergelar mak, ibu, mommy, umi dan apa apa ajelah panggilan pun. Den panggil mak je...
Penuh ucapan Hari Ibu dalam whatapps group mak semalam weyh. Maklumlah group whatapps mak mak katanya...... Walaupun, ustaz cakap, hari hari adalah Hari Ibu, bukan cuma hari ini aje, tapi tak kiralah weyh, mak nak jugak memeriahkan suasana hihi ......
Omak den tak mau senyum, tak po haih!.... Janji den sonyum.
Terima kasih mak kerana menumpangkan rahimmu untuk kami duduki selama 9 bulan 10 hari. Mak bawa kami
ke hulu ke hilir tanpa pernah mengeluh. Bertarung nyawa melahirkan dengan penuh harapan agar kami menjadi anak yang baik. Berhabis dalam membesarkan kami. Mendidik kami dengan penuh kasih sayang tanpa sedikit pun rasa jemu.
Mertuo den.....
Setiap karenah kami mak layan dengan penuh sabar. Biarpun ada kalanya kedegilan kami cukup menguji, tetapi mak tak pernah membenci.
Kami tahu mak, kasih kami ini tidak akan pernah setanding dengan kasih mak. Kasih mak hingga ke syurga.... moga kasih kami kepada mak juga sama.
Selamat Hari Ibu untuk diriku sendiri jugak....
Doa ibu sentiasa mengiringi anak anak ibu.... I love you, anak anak ...
selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu, walaupun hari2 pun hari ibu, tapi tetap akan ada satu hari yang istimewa untuk kita raikan ibu kita kan... yang taknak sambut tu takpelah...yang penting niat kita nak bahagiakan ibu kita ye dak
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeleteselamat hari ibu buat akak jgk..:)
ReplyDeleteSelamat hari ibu Mak!
ReplyDeleteMak ni nampak makin cun ler... apa rahsia ye mak :p
Aduhhhh..... psst... jangan puji lebih lebih PH, kang tak boleh tido lak mlm ni haha
Deleteselamat hari ibu kak nom....
ReplyDeleteBertuah nya masih ada 2 ibu ,dapat lgi manja2.Bertuah juga anak2 hainom punya ibu yang penyayang dan ayu..
ReplyDeleteSelamat hari ibu nom
Hari-hari ialah hari ibu. Jadi selamat hari ibu sis. Makin muda nampaknya. :)
ReplyDeleteSelamat hari ibu nom..
ReplyDeleteUntung masih punya 2 ibu..
Den dua dua dah tak ada.. huhuhu
Selamat Hari Ibu, Mak. Semalam kita sibuk, maklumlah dapat makan free sempena Hari Ibu. Hahaha! Yang sebenarnyakan, kita terlupa nak wish kat emak kita sendiri semalam. Jenuhlah kena pergi rumah Ngah lepas balik makan tapi dengan Ngah2 sekali takda rumah, keluar makan dengan another kakak dan emak juga.
ReplyDeleteUntunglah orang tu dapat makan lobster.....Haih tak boleh jadi ni mak pun nak ajak pak Jilap pergi Lobster Garden jugak ah...
DeleteHappy Mother's Day, Hainom! Tak ke mana2 ke? Ada makan special? Sibuk pulak LL hee..hee...
ReplyDeleteHihi.... tak de pun makan special LL, lagi pun I mmg hantar anak bujang kat Tronoh. Tak payah masak 2 hari tu dah kira celebrate jugaklah kan hihi...
DeleteSelamat hari ibu Hainom Okje tak kisahlah terlewat sehari ke apa eh! kata hari-hari, Hari Ibu.
ReplyDeleteHari ini dah hari guru pulak. Selamat hari guru pun boleh jugak tak kisahlah guru apa yang penting kita tetap tergolong dalam warga pendidik.
Selamat Hari Ibu Hainom! Wahh..cantik dan jelita la Anom ni. :)
ReplyDeleteSelamat hari Ibu kak..
ReplyDeleteSelamat Hari Ibu Okje ... gambar last tu dah macam adik beradik pula :)
ReplyDeleteSelamat Hari Ibu buat semua ibu 😄
ReplyDeleteSelamat Hari Ibu untuk semua ibu2 di dunia. 😍
ReplyDeleteSakan mak..semua muka mak je yg sebyum dengan gojes..tenggel habis muka mak ngan mak mertua.hahaha
ReplyDeleteSelamat hari ibu juga..walaupun dh lepas...haha. Maafkan PK ye..PK busy membundle tak sempat BW.kiki
Senyum dengan gojes..tenggelam habis..typo mak..almaklum taip pkai hp ni nak laju je.kiki
DeleteSelamat hari ibu juga buat kak nom okje yg muda jelita sentiasa tu
ReplyDelete