Lemau

Salam Isnin....

Hujan renyai pagi ni. Terasa lemau pulak badan yang dah sedia lemau ni. Tangan lenguh dari semalam. Bawak tidur pun tak hilang. Masih lenguh lagi pagi ni. Salah handbag mak yang berat tu kah? Rasa tak de benda dalam beg tu, tapi berat mengalahkan ada batu!

Tapi, mak nak bagi tahu ni, dalam pada lemau tu, mak dah siap masak hokey! Daging mak dah siap kari kan, ayam mak dah siap perapkan. Nasi pun mak dah masak. Bangun je Tuan Puteri Bongsu dari beradu nanti, dah bolehlah dia bersantap! Indahnya jadi Puteri Raja kan haha..  

Hujung minggu baru ni, pergi jumpa anak bujang nan sorang tu. Hantar laptop rumah tukar dengan laptop dia yang rosak tu, katanya kena kencing kucing! Alahailah anak. Dugaan menjelang nak pereksa. Redho ajelah.....


Mak pun kena redho jugaklah, berblog guna hp. Nak linkkan blog kengkawan dalam entri pun susah.  Nasiblah mata masih steady lagi, setakat ni belum lagilah jadi macam mata Kak Ton, kena guna kanta  kalau nak membaca hihi...

Weyh Kak Ton, menyoroklah dalam gua tu sampai reput. Nyampah!!




Comments

  1. Assalamualaikum!

    Kak Tonkan memang ada deria keenam tau! Macam tau-tau aje dari kejauhan ada yang sedang mengumpat mengata. Walaupun katanya siksa berblogging guna hae-ho (baca: handphone) tapi masih lagi terkesimalah Kak Ton sebab nama Kak Ton sempat dipetik bintang-bintang nih!

    Nih, Kak Ton dah acah-acah keluar? Nak apa, weyh???

    ReplyDelete
  2. apalah yang dibawak sampai berat sangat handbag tu...handbag juga yang disalahkan...cian dia.
    hahaa...cmna lah pulak dikencing kucing laptop tu.Akak lebih suka berblog guna henpon nom ,senang nk BW kat mna2 dan bila2 masa .Tapi tu lah ada yang tak dapat masak pada sesetengah blog.

    ReplyDelete
  3. Mak nak bgtau dia kena syndrome Monday blues le teww :p

    Duit banyak sangat dlm beg tu kot Mak, itu yg sampai lenguh tangan tu hehe

    ReplyDelete
  4. Ehhh samalah kita mak...berat hendbeg taktau ada apa sampai lenguh tangan bawa.

    Kak ton dah muncul la mak.

    Bertabahlah berblog dgn enfon ye mak

    ReplyDelete
  5. Amboi lemau2 dia dah siap masak tu. Tabik spring kalau mcm ni kak. Hehe. Jom lah join ana berblog guna hp. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Salam anom... Byk kak Zai dah ketinggalan. Rasa mcm malas dah berblog.
    Klau rajin jengok ig kak Zai...mamasya.r

    ReplyDelete
  7. Not bad lah, Hainom. Dalam lemau2 pun masih boleh siapkan nasi dan lauk pauk. Kalau LL, lemau means terus dapur tutup.

    ReplyDelete
  8. Kemain lemau Pun byk juga Yang dimasaknya

    ReplyDelete
  9. Banyak syiling agaknya dalam beg tu mak?
    cer check.. mana tau, kot2 bila kira semua sekali berjumlah 1.6k sen... hahaha

    Dah lumrahnya pompuan...
    Handbag tak berat, tak sah..
    Sumbat la selagi boleh sumbat...

    Nak tumpang jadi puteri boleh?
    Best nyer, bangun tidur boleh makan kari daging dan ayam goreng panas2...

    ReplyDelete
  10. Rajinnya awak geng, lemau2pun dah siap masak, jeles kita..

    ReplyDelete
  11. bagus jugak idea update guna hp je tu mak. takpela mana2 pun takpe kan

    ReplyDelete
  12. Banyak tmpt lain..
    Kat laptop anak hang..
    Kucing tu kencing nom hihihi..
    Jumpa kucing tu..
    Sunatkan ajer abg sado..😆😅

    ReplyDelete
  13. haha..mesti lemau sebab rindu kak ton. sabar ye mak jilap. demi anak kenalah mak berkorban.

    ReplyDelete
  14. Heheheee.. Redha jak kan, update guna hengpong,. Sama mcm SB.. Nak link bagai mmg payah

    ReplyDelete
  15. Semua sporting, haha comel tgk gelagat family.

    ReplyDelete
  16. sma la kitaaa update guna fon lg senang.. sambil baring, meniarap pon boleh hehehe

    ReplyDelete
  17. Sha pun selalu berblog guna hp.. Seronok jadi puteri raja.. Hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts