Senai ku datang....

Salam Selasa....

Jumaat hari tu pergi Senai. Pak Jilap ambik half day! Jek abang ipar le tu hihi.... Nak meraikan abang yang nak pergi Haji katanya. Ikutkan jadual, flightnya Sabtu tengahari so kalau mak dari KL pagi Sabtu tu takut terkocoh kacahlah pulak.

Bila sampai Senai ni teringat Kanda Zakie dengan Kak Saniah. Kalau ikutkan hati, teringin jugak nak jumpa mereka....

Pak Jilap siap siap booking Hotel Perth, betul betul berhadapan dengan Terminal Airport Senai. Sama tempat stay abang dan keluarganya.

Singgah solat  Asar kat R n R Machap! Banyaknya lalat!!


Ohhh.... mungkin sebab musim Haji kot!  Orang tua tua cakap kalau musim haji memang banyak lalat! Jangan tanya mak kenapa? Sebab mak belum berapa tua! Haha.....

Setakat lalat ni, mak ok je.... tak delah acah acah geli pun!! Apalah sangat benda terbang terbang cenggitu !! Kalau ulat, jangan ek!!!!...... Meremang bulu roma ai hokey!

Nah..... layan muka orang yang perasan tak berapa nak tua! Crop kasi sorok perut haha....


Puteri Bongsulah orang paling happy sejak kakak dia belajar, sebab dia boleh tidur sebilik dengan Nenek Kebayan! Huh.....

 
Oleh sebab Hotel Perth ni dekat dengan JPO, Pak Jilap, si kaki ronda tu, ajak mak pergi merendek ke sana lepas maghrib. Dia dapat jam, mak jugak yang  dapat melopong! Cis..... tak aci betul ah!


Balik JPO, join abang dengan family dia ngeteh pulak!


Esoknya, mak ada kenduri kawen makcik Pak Jilap kat Batu Pahat... Tak dapat nak tunggu abang sampai masuk dalam.


Doa dari kejauhan....
Selamat bermusafir abang dan isteri, moga dipermudahkan urusan ibadat disana, mendapat haji yang mabrur dan terus istiqomah sekembalinya.....

Acah acah sayang haha....

Comments

  1. kat RnR Machap memang macam tu kak.. huhu

    ReplyDelete
  2. lama tak singgah rnr machap hala ke johor... tp kalau singgah situ dana paling suke cari keli msk kencur... perkkkh sedap

    bt abg n kak ipar akak, moga semua berjln lancar n dpt hj yg mabrur...
    yeke kak nom tak dpt beli apa2 kt jpo nih, mcm tak caya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah.....hakak dah ada 3 jam tangan Dana. Nak buat apa beli lagi. Membazir tau! Dahlah keje duk rumah je hihi...

      Delete
  3. tahun ada gak sedara belah mak g hai tapi tak g ngantor pun. hari kerja susah skit. lagi pun bukan hantar kat epot dah sekarang. Hntar kat man ntah skarang ni, nnt bas ambik g hantr ke epot..hehe

    ReplyDelete
  4. Semoga abang dan kak ipar HOkj mendapat haji yang mabrur.
    Amboi!! sambil menyelam minum air ya...

    ReplyDelete
  5. Moga selamat smp, semua berjalan lancar dpt tunaikan semua rukun haji dgn sempurna utk abang ko yea mak. Seronoknya tengok org2 yg jadi tetamu Allah ni

    Sempatlah plak gi kenduri ek, knp ko tk dpt jam mak? Takdo saiz ko;)

    ReplyDelete
  6. Seronok ni, jalan2 dan duduk kat hotel. Semoga abang Hainom and wife selamat ke tanah suci dan kembali dengan selamat.

    ReplyDelete
  7. Ermm dah dekat sangat tu kalau nak jumpa ,lebih2 lagi kat JPO tu.Tapi akak rasa nak sembunyi balik tiang lah kalau terserempak...hihiii .
    Apapun semoga abang hainom dipermudahkan menjalani ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur

    ReplyDelete
  8. bestnya tengok orang naik haji Mak kan...semoga lepas ni giliran kita pula

    ReplyDelete
  9. Selamat datang ke JDT
    Semoga dipermudahkan urusan yang berangkat ke tanah suci.

    Machap tempat WP ni memang terkenal dengan lalat sebab banyak ladang ayam.

    ReplyDelete
  10. Oh, nanti kakak ipar Mak bolehlah beramah-mesra ngan mak mertua den kat sana. Itu pun kalau terjumpa dan kalau terjumpa mampu berkomunikasilah. Hahaha!

    Semoga perjalanan mereka pergi balik dilindungi Allah hendaknya.

    Dan Mak ni, macam tak percaya aje tak boleh 'buka hati' PakJilap untuk belikan apa-apa kat JPO tu. Macam tak percayalah! Serius, tak percaya.

    Jangan-jangan PakJilap belikan Victoria Secret sepasang kot, sajalah tu tak mahu tunjuk dalam blog @_@

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tandanya mak ni bukan jenis isteri yg kaki bodek tau hikhikhik....

      Victoria Secret? Ada saizkah masalahnya hihi.... Weyh Kak Ton....mak baru je google Victoria Secret tu apakah bendanya hihi....yg keluar perfume. Konpius ah!...

      Delete
  11. Semoga dipermudahkan urusan haji abg dan kak ipar hainom..

    CH gi JPO tu hari pun tak dpt apa nom..
    Anak dara 2 org tu yg dpt jam tangan..
    Skrg ni mcm malas nak pakai jam tangan..
    Tengok jam kat henpon je 😆

    ReplyDelete
  12. seronoknya dah sampai seru tunaikan haji. semoga dipermudahkan semuanya. eh, mak memang tak nampak tua pun ok. forever young gitewww ")

    ReplyDelete
  13. seronok ye jalan2 JB.. tak puas pergi sana, xsempat ke JPO. semoga selamat pergi dan balik

    ReplyDelete
  14. Adoi.. Bab lalat nie allergic betul.. Hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts