Tofu Black Pepper
Salam Selasa ....
Mak sekarang ni tengah sawan buat entri masakan ...... so harap korang redholah ye hihi.....
Siapa suka makan tofu? Korang masak apa selalunya ? Mesti masak ala ala Chinese style yang ada telur pecah tukan.... Kalau ikutkan, memang jarang beli tofu, tapi tetiba pulak teringin nak beli hari tu, padahal tak de idea pun lagi nak masak apa. Main beli je dulu. Itulah pompuan, suka beli barang yang tak de dalam list haha...... Lama jugaklah tofu ni betapa dalam esbok.
Bila nampak cendawan shitake, lebih buat mee goreng black pepper hari tu tetiba pulak dapat idea nak masak tofu ni.
Oleh kerana sejak 2 menjak ni, mak tengah sawan black pepper, maka Tofu ni pun mak black pepper kan jugak haha.....
Tumis bawang putih, isi ayam, black pepper, white pepper, stok ayam kalau suka, sos tiram.....
Masukkan cendawan shitake, letak air, kicap, sedikit tepung jagung. Last sekali masukkan Tofu.
Siap.....
Hitam hitam si tampok manggis, walaupun hitam legam sedap hokey!!! haha....
Tofu Black Pepper |
Sedapnyer...saya memang sangat suka tofu...
ReplyDeleteDah tentu sedap ...boleh try ni.Akak suka masakan yang ada cendawan shitake ni.
ReplyDeleteTofu tu tak dipotong ke nom? Biarkan seketul gitu ye?
Ha a SI haha.... seketul tergolek golek dalam kuali tu haha.....
Deletemesti melotop-lotp dalam mulut tu bila makan, tengok pun dah tertelan-telan ailio ni haa
ReplyDeleteSedapnya..
ReplyDeleteLapar ni Mak...nak siket
suka jugak tofu. lauk wajib kalau lepas appointment braces.tak payah kunyah.haha
ReplyDeletetak pernah try, leh try ni =)
ReplyDeleteermm..sdapnya..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum Wrmbth
ReplyDeleteApa khabar dari Maznee & selamat hari khamis sis hainom
Maznee dan suami asalkan kuah black pepper mesti sedap di makan
Kalau tofu black pepper makan panas panas masa musim sejuk
COntohnya makan di cameron higland malam ma;am
Wah sedapnya
sedapnya...boleh tiru resepi
ReplyDeletewah..sedapnya..x nah wat tofu black paper..leh cuba resepi ni
ReplyDeleteZaman kakcik berdiet dulu, tauhu lembut inilah yang jadi makanan asasi kakcik... :)
ReplyDeletekemecer
ReplyDeletewahhh! mak kalau bagi resepi mabelessssangat,selalu tengok kat kedai tak teringin pun...tup2 teringin plak lepas tengok mak masak..hiks
ReplyDeletebetul laa tu kak.. e'in kalau beli tofu, memang masak yang macam chinese style tu haa..
ReplyDeleteWow tangkap leleh la Mak :)
ReplyDeleteSaya pun suka tofu lembut ni tapi jarang beli sbb asal beli je kena makan sorang2. Ahli rumah lain semua tak makan :(
Kalau mak Nom kata sedap bebila LZ nak cubalah resepi ni..
ReplyDeleteLZ suka makan tofu lembut.. Selalu masak jenis kukus dengan sos tiram..
Lepas ni boleh tukar selera ikut cara Mak Nom.. :-)
ya Allah baru perasan dah lamanya tak makan tofu! padahal memang feveret. biasanya rebus dengan air garam supaya tahan lama (kalau nak simpan, masak hari lain la). goreng, cicah dengan sos cili. haha. resepi paling sonang. :)
ReplyDeletesedap sedap...xpernah masak 4 segi ni...nmpak sedap blackpaper mak tu...
ReplyDeleteringkas dan sedap... kena plak dgn nasi panas fuhhh
ReplyDeletehah..hah...bagus sawan masakan, LL suka! Sedap lah tofu black pepper tu. Banyak kuah, boleh tuang kat nasi. Berselera!
ReplyDeleteOh, padanlah rajin masak! Kena sawan rupa-rupanya. Tak habis-habis lagi tersawan yerk.
ReplyDeleteTofu tu Kak Ton suami isteri suka bangat. Kalau boleh hari-hari nak masak sebab masakan paling senang, mudah dan menjimatkan masa. Tapi sebab tak pernah tersawan black pepper atau mungkin sawan black pepper tu dah lama berakhir, makanya tak pernahlah Kak Ton black pepperkan si tofu ni.
Nmpk sedap nom..
ReplyDeleteKira mcm tofu sizzlinglah tu..
Boleh cuba ni..
Uish.. Demam sha nengok gambar-gambar makanan nie.. Hahaha..
ReplyDelete