Turun Naik MRT
Salam Selasa.....
Hari tu mak naik MRT. Kebetulan hari yang sama dengan Tun Mahathir dan isteri naik MRT. Cuma tak bertembung je. Kalau tidak, harus mak dah tempek gambar wefie dengan Tun hihi...... Ini kali kedualah kiranya mak naik. Naklah jugak masuk blog buat kenangan. Ingatkan Mak G dengan Kak Ton sorang je yang dah naik?? Mak pun dah ngetest MRT jugak hokey! haha.....
Teringin nak ke KLCC sebenarnya. Saja saja nak melawat kawasan jajahan Jiran Sebelah katanya.... Lama sungguhlah tak ke KLCC. Kurang lebih 12 purnama lamanya haha.... Tapi memang betullah, mak memang jarang berjalan belah belah sana. Balik balik IOI Putrajaya. Naik muak den!
Masa pergi tu kebetulan dah tengahari, maka cari makan dululah nampaknya. Menyesal nampak kiosk JM Briyani kat foodcourt atas tu. Pak Jilap tu kan mana boleh jumpa Briyani?? Pantang tolak! Huh.....
Dah penat kaki pusing pusing KLCC, sebelum balik, wajiblah beli Garrett Popcorn! Rugi tak beli! Sedap banget ah!
Image google |
First time naik MRT dulu, cuba pergi KL Sentral. Turun kat Station bawah tanah, Muzium Negara. Berjalanlah mak tiga beranak turun naik eskeletor. Kagum dengan kemudahan yang disediakan. Tak payah risau nak solat atau ke tandas. Sebab ada je tandas dan surau sepanjang jalan tu.
Lepas tu ke Bukit Bintang pulak. Hajat di hati nak ke Pavillion, tapi tak berjumpa, sudahnya jalan jalan kat Lot 10 ajelah.
Apa jenis puzzle agaknya ni sampai harga RM19,820.00?? Takut ah!
Cantik kiosk Tealive kat Lot 10. Ala ala rumah kaca gitu....
Kakcik dengan suami naik dan turun dari hujung ke hujung ke...tak singgah mana2. Almaklumlah lutut tak berapa sihat... :)
ReplyDeleteAmboi mak, dah up sikit ukur jalan naik MRT yer..
ReplyDeleteMakin panjang la langkah lagu tu...
Ala mak, setakat 12 purnama... ingatkan 12 tahun..
Nasib baik anak2 tak minat sngat Garret PopCorn..
Manis katanya..
Selamat RM... kikiki
wow..bestnya.. kita jgk la jakun xpernah naik mrt.haha
ReplyDeleteKiranya dah tiga kalilah Mak naik MRT ya. Lepas ni kali keempat bolehlah pergi ke One-U pulak. Kita belum naik lagilah selepas kali pertama tu ke Muzium Negara. Lepas ni kalau nak naik, nak yang tinggi sikit, tak nak pemandangan bawah tanah dah. Tapi, memang takdalah dalam plan terdekat nih!
ReplyDeleteBaru semalam you I pergi KLCC! Rasa macam dah 12 purnama juga tak pergi KLCC tau ^_^
tak try lagi naik MRT. bila lah nak merasa..
ReplyDeletejeles betul lah tgok Mak.. ish muda sgt2.
Belum pernah naik MRT yang itu.
ReplyDeleteKat kampung ni naik MRT jugak pegi kebun
Moto Rantai Telucut (MRT) aje.
Alahai kak. Ana ni punya lah dah ke berapa ratus kali kata nk naik MRT tapi tak naik2 juga kesudahnya. Nampak akak gigih 2x naik ni rasa tercabar juga. Kena naik juga lah lepas ni nampaknya.
ReplyDeleteseronok la si bongsu tu, skrg dia sorang2 kan boleh la minta lebih2 almaklum takde saingan heheheh
ReplyDeletedana tak try naik mrt lg kak... entah bila la nk try, almaklum edy bkn rajin nk bwk kami jln2 gitu, tkt nnti dia yg ssh bila anak ngn bini dia kepenatan dia yg jd mangsa, almaklum anak dia jenis lasak, bini lak jenis ngada2 jln skit penat, pns skit bising hehehhehe
Lhah, tak jumpa Pavilion ek, Kira aku up sikitlah dari ko mak, dapat masuk Pavilion tu, isetan tu aku jumpa gak tapi tak masuk pun, takut jadi setan..haha..
ReplyDeleteAku aritu jumpa ramai gak pengemis, ko ada jumpa Tak? Aku pelik gak dari Mana datang pengemis kt tempat cam Bukit Bintang tu, aku rasa mesti ada sindiket lah kan. Tapi aku takde lah bermurah hati pun Hari tu, rugi buat apa bagi macam tu, baik Kita bagi Kat rumah anak yatim ke, Kat Dana wakaf air Somalia kr..
bestkan mak naik MRT...saya pun sama excited, padahal hari-hari gi keje naik public transport..haha
ReplyDeletetak pernah cuba lagi mak, tapi memang best la garret tu
ReplyDeleteTak try lagi kak MRT ni
ReplyDeleteHebat Mak sekarang, naik turun MRT je :)
ReplyDeleteAcener tak jumpa pavilion tu Mak? Pak jilap jampi bagi tutup mata Mak kot hehe...
zaman ain naik komutet LRT masa tu tahun 2003. lepas tu dah jaaarang sangat naik. dok pun kat penang mana ada LRT MRT ni hehe.
ReplyDeleteGarret tu memang sedap tapi gula tak ingat lah kan
ReplyDeleteBau dia sangat kuat
Sekali sekala ok lah
Selalu makan tak tahu baik untuk buah pinggang atau tak
Siqah pun excited naik MRT! Haha. Naik masa first fasa siap. Teruja betul naik. Rasa nak lari2 dalam MRT dari hujung ke hujung tapi tak jadilah buat camtu. Pelik lak orang nengok nanti. Hehe.
ReplyDeleteGarret popcorn tu sedap!!
Best kan? Hari tuh first time juga saya naik MRT dari Plaza Rakyat ke Bandar Utama. Dalam hati cakap wow! macam kat JEPUN! Bersih dan luas. Harap sangat rakyat Malaysia menjaga kebersihan MRT ni sampai bila-bila. I am proud to be Malaysian!
ReplyDeletewah mak..bestnya jalan2 naik mrt, kita juga yang belum merasa lagi entah bila nak merasa memang tak tahulah ni. saya ni klcc tu memang dah lama tak jejak sejak kawin memang tak jejak dah, 9 tahun ada la rasanya. sekarang ni balik2 shah alam je la, plaza alam sental tu hari2 jejak hahaha sebab sebelah opis je ha.
ReplyDeleteJelessss ahhh..
ReplyDeleteKita sekali pun tak naik MRT ni lagi huhuhu..
Jom nom kita gader2 group aweks blogger 😆😘
Seronok jalan-jalan camnie kak.. Omak aih.. Mahalnya harga..
ReplyDeleteBelum cuba lagi MRT huhuhu....
ReplyDeleteWalaupun saya pengguna tegak public transport...tapi tak pernah lagi naik MRT...tengok stesen aje Mak..
ReplyDeletesy da try dr sg buloh smpi semantan. ke kajang belum lg... ;-)
ReplyDeleteWow naik mrt sampai ke bukit bintang ..
ReplyDeleteGarret popcorn tu mmg sedap okje tp itulah belum ada jual lg kat kk. Turun kl barulah dpt merasa 😅