Turun Naik MRT

Salam Selasa.....

Hari tu mak naik MRT.  Kebetulan hari yang sama dengan Tun Mahathir dan isteri naik MRT. Cuma tak bertembung je. Kalau tidak, harus mak dah tempek gambar wefie dengan Tun hihi......  Ini kali kedualah kiranya mak naik. Naklah jugak masuk blog buat kenangan. Ingatkan Mak G dengan Kak Ton sorang je yang dah naik?? Mak pun dah ngetest MRT jugak hokey! haha.....

Teringin nak ke KLCC sebenarnya. Saja saja nak melawat kawasan jajahan Jiran Sebelah katanya.... Lama sungguhlah tak ke KLCC. Kurang lebih 12 purnama lamanya haha....  Tapi memang betullah, mak memang jarang berjalan belah belah sana. Balik balik IOI Putrajaya. Naik muak den! 

Masa pergi tu kebetulan dah tengahari, maka cari makan dululah nampaknya. Menyesal nampak kiosk JM Briyani kat foodcourt atas tu. Pak Jilap tu kan mana boleh jumpa Briyani?? Pantang tolak! Huh.....

Dah penat kaki pusing pusing KLCC, sebelum balik, wajiblah beli Garrett Popcorn! Rugi tak beli! Sedap banget ah!

Image google
First time naik MRT dulu, cuba pergi KL Sentral. Turun kat Station bawah tanah, Muzium Negara. Berjalanlah mak tiga beranak turun naik eskeletor. Kagum dengan kemudahan yang disediakan. Tak payah risau nak solat atau ke tandas. Sebab ada je tandas dan surau sepanjang jalan tu.     


Lepas tu ke Bukit Bintang pulak. Hajat di hati nak ke Pavillion, tapi tak berjumpa, sudahnya jalan jalan kat Lot 10 ajelah.


Apa jenis puzzle agaknya ni sampai harga RM19,820.00?? Takut ah! 


Cantik kiosk Tealive kat Lot 10. Ala ala rumah kaca gitu....

Comments

  1. Kakcik dengan suami naik dan turun dari hujung ke hujung ke...tak singgah mana2. Almaklumlah lutut tak berapa sihat... :)

    ReplyDelete
  2. Amboi mak, dah up sikit ukur jalan naik MRT yer..
    Makin panjang la langkah lagu tu...

    Ala mak, setakat 12 purnama... ingatkan 12 tahun..

    Nasib baik anak2 tak minat sngat Garret PopCorn..
    Manis katanya..
    Selamat RM... kikiki

    ReplyDelete
  3. wow..bestnya.. kita jgk la jakun xpernah naik mrt.haha

    ReplyDelete
  4. Kiranya dah tiga kalilah Mak naik MRT ya. Lepas ni kali keempat bolehlah pergi ke One-U pulak. Kita belum naik lagilah selepas kali pertama tu ke Muzium Negara. Lepas ni kalau nak naik, nak yang tinggi sikit, tak nak pemandangan bawah tanah dah. Tapi, memang takdalah dalam plan terdekat nih!

    Baru semalam you I pergi KLCC! Rasa macam dah 12 purnama juga tak pergi KLCC tau ^_^

    ReplyDelete
  5. tak try lagi naik MRT. bila lah nak merasa..

    jeles betul lah tgok Mak.. ish muda sgt2.

    ReplyDelete
  6. Belum pernah naik MRT yang itu.
    Kat kampung ni naik MRT jugak pegi kebun
    Moto Rantai Telucut (MRT) aje.

    ReplyDelete
  7. Alahai kak. Ana ni punya lah dah ke berapa ratus kali kata nk naik MRT tapi tak naik2 juga kesudahnya. Nampak akak gigih 2x naik ni rasa tercabar juga. Kena naik juga lah lepas ni nampaknya.

    ReplyDelete
  8. seronok la si bongsu tu, skrg dia sorang2 kan boleh la minta lebih2 almaklum takde saingan heheheh

    dana tak try naik mrt lg kak... entah bila la nk try, almaklum edy bkn rajin nk bwk kami jln2 gitu, tkt nnti dia yg ssh bila anak ngn bini dia kepenatan dia yg jd mangsa, almaklum anak dia jenis lasak, bini lak jenis ngada2 jln skit penat, pns skit bising hehehhehe

    ReplyDelete
  9. Lhah, tak jumpa Pavilion ek, Kira aku up sikitlah dari ko mak, dapat masuk Pavilion tu, isetan tu aku jumpa gak tapi tak masuk pun, takut jadi setan..haha..

    Aku aritu jumpa ramai gak pengemis, ko ada jumpa Tak? Aku pelik gak dari Mana datang pengemis kt tempat cam Bukit Bintang tu, aku rasa mesti ada sindiket lah kan. Tapi aku takde lah bermurah hati pun Hari tu, rugi buat apa bagi macam tu, baik Kita bagi Kat rumah anak yatim ke, Kat Dana wakaf air Somalia kr..

    ReplyDelete
  10. bestkan mak naik MRT...saya pun sama excited, padahal hari-hari gi keje naik public transport..haha

    ReplyDelete
  11. tak pernah cuba lagi mak, tapi memang best la garret tu

    ReplyDelete
  12. Hebat Mak sekarang, naik turun MRT je :)

    Acener tak jumpa pavilion tu Mak? Pak jilap jampi bagi tutup mata Mak kot hehe...

    ReplyDelete
  13. zaman ain naik komutet LRT masa tu tahun 2003. lepas tu dah jaaarang sangat naik. dok pun kat penang mana ada LRT MRT ni hehe.

    ReplyDelete
  14. Garret tu memang sedap tapi gula tak ingat lah kan

    Bau dia sangat kuat

    Sekali sekala ok lah

    Selalu makan tak tahu baik untuk buah pinggang atau tak

    ReplyDelete
  15. Siqah pun excited naik MRT! Haha. Naik masa first fasa siap. Teruja betul naik. Rasa nak lari2 dalam MRT dari hujung ke hujung tapi tak jadilah buat camtu. Pelik lak orang nengok nanti. Hehe.

    Garret popcorn tu sedap!!

    ReplyDelete
  16. Best kan? Hari tuh first time juga saya naik MRT dari Plaza Rakyat ke Bandar Utama. Dalam hati cakap wow! macam kat JEPUN! Bersih dan luas. Harap sangat rakyat Malaysia menjaga kebersihan MRT ni sampai bila-bila. I am proud to be Malaysian!

    ReplyDelete
  17. wah mak..bestnya jalan2 naik mrt, kita juga yang belum merasa lagi entah bila nak merasa memang tak tahulah ni. saya ni klcc tu memang dah lama tak jejak sejak kawin memang tak jejak dah, 9 tahun ada la rasanya. sekarang ni balik2 shah alam je la, plaza alam sental tu hari2 jejak hahaha sebab sebelah opis je ha.

    ReplyDelete
  18. Jelessss ahhh..
    Kita sekali pun tak naik MRT ni lagi huhuhu..

    Jom nom kita gader2 group aweks blogger 😆😘

    ReplyDelete
  19. Seronok jalan-jalan camnie kak.. Omak aih.. Mahalnya harga..

    ReplyDelete
  20. Belum cuba lagi MRT huhuhu....

    ReplyDelete
  21. Walaupun saya pengguna tegak public transport...tapi tak pernah lagi naik MRT...tengok stesen aje Mak..

    ReplyDelete
  22. sy da try dr sg buloh smpi semantan. ke kajang belum lg... ;-)

    ReplyDelete
  23. Wow naik mrt sampai ke bukit bintang ..
    Garret popcorn tu mmg sedap okje tp itulah belum ada jual lg kat kk. Turun kl barulah dpt merasa 😅

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts