Kain Kapan

Salam Khamis kengkawan....

Sat lagi nak ambik sesuatu kat Pos Laju. Boleh pulak masa diaorang hantar sesuatu tu, mak tak ada!! Jadinya terpaksalah pergi Pos Laju ambik sediri hari ni. Padanlah muka mak! hihi..... Ada orang hantar something kat mak uollsss.... Uolls ada? Tak adakan haha.....  

Uiksss..... korang ni kan, mak baru suruh teka sikit dalam entri Penyamun Tarbus dah macam macam bunyi tau! Malas nak fikirlah petang petang, ingat korang ni Mak Nujumlah, bagailah...... hish!!!.... Baru mak nak jadi pemurah, nak bagi hadiah! Dah terencat! Huh..... nasib tak de yang teka betul huahahaha.......

Inilah bendanya yang Pak King bawak macam Penyamun Tarbus tu, Kain Kapan .....



Kisahnya, arwah mak mertua mak masa sembang dengan abah sebelum sebelum sakit teruk hari tu, dia suruh beli Kain Kapan 2, satu untuk dia, satu untuk abah. Jadinya untuk memenuhi hajat arwah, mak dengan Pak King pergilah cari kat Kajang. Padahal kalau ikutkan, sekarang ni semua masjid rasanya ada je standby Kain Kapan ni kan. Tapi yelah.... dah katanya hajat kan.... 

Baru tau weyh, untuk Kain Kapan, kebiasaannya orang akan guna kain putih bidang 60 inci yang dibuat pure daripada kapas. Orang yang jual tu cakap kena beli dalam 20 meter panjang. Insyaallah cukuplah untuk seorang jenazah termasuk baju, tudung, cawat dan telekung.   

Untuk pengetahuan semua kalau area Kajang ni, Kain Kapan dan keperluan jenazah boleh je cari kat Ali Store atau pun Mydin.  



 

Comments

  1. rasa sedih pula bila nak beli kain kapan nih

    ReplyDelete
  2. Akhirnya itulah pakaian terkahir kita...

    ReplyDelete
  3. tq share info..sbb slalunya pihak masjid or spital uruskan jenazah kn

    ReplyDelete
  4. tak pernah tau macam mana nak beli kain kapan, tq kak sebab share info :D

    ReplyDelete
  5. xtahu plak rietta utk kain kapan tu, sebab kt tempat rietta, kain kapan tu, tukang kapan akan bawa siap siap, dia yang uruskan semua, kita hnya bayar je...

    ReplyDelete
  6. tengkiu info...mokcik pn x tau juger.. :-)

    ReplyDelete
  7. Agaknya arwah mertua Hainom dah dapat rasa dia akan pergi,tu yg dia suruh belikan kain kapan .
    Kat rumah akak ni dah hadapi 3 kematian,soal kain kapan semua serahkan pada kumpulan khairat...arwah mk akak pulak dah dikapan dari hospital.
    Baki kain kapan arwah masih akak simpan lagi.

    ReplyDelete
  8. tengok kain kapan, rasa insaf pula...

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah buat arwah mak mertua HOkje.
    Time arwah Abah Mrs. A meninggal pun Mr. A yang tolong belikan.
    Alhamdulillah kedai tu memang dah tahu selok-belok kain kapan.

    ReplyDelete
  10. menyebut perkataan 'kain kapan' je pun dah mendatangkan 'sesuatu' di hati. Kain kapan...pakaian terakhir kita!

    ReplyDelete
  11. Ooopsss..LL salah teka, Hainom. Tak sangka kain kapan rupanya.

    ReplyDelete
  12. Simpan Kain kapan tu Tak silap mmg satu suruhan, tapi Tak ingat samada hadis ke, org alim ke..sbb nak mudahkan orang yg hidup uruskan Kita sok2.

    ReplyDelete
  13. Memula baca entry ni, igtkan sesuatu yg nk diambil dkt poslaju tu adalah kain kapan.. Haha.. Adoi..

    Dkt pos pun ada jual set pengurusan jenazah ni. Bila terkenang permintaan arwah, mesti sayu rasa hati kan..

    ReplyDelete
  14. kena ada spare kat rumah, kita tak tau kan..thanks share mak jilap. salam jumaat

    ReplyDelete
  15. ooo baru tahu. panjang ya kain kapan untuk arwah sampai 20 meter. Alfatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  16. Insaf den nom tengok kain kapan ni 😢
    Baru tahu pjg nya 20 meter..
    Kami semua khairat kematian masjid yg uruskan..
    Byr duit tiap2 tahun kat masjid..

    ReplyDelete
  17. Alahai.. Kain kapan rupanya.. Tak merasalah hadiah sis.. kikiki.. Panjang rupanya ye.. insaf rasanya.. huhuhu

    ReplyDelete
  18. Ya Allah terasa 'semacam' bila baca entri ini Kak Nom, insaf..
    Bergenang airmata.. Terima kasih atas info ini..
    Sangat membantu..

    ReplyDelete
  19. hmmmmm...
    insaf la rasa hati baca entri ni.
    sayu pun ada.
    seram pun ada. sebab diri ni masih tak cukup bekalan :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts