Ke sini lagi dalam selang masa 36 hari
Salam Rabu korang....
Dan kami ke sini lagi dalam selang masa 36 hari......
Selamat jalan abah..... moga Allah ampunkan dosa dosa abah dan Allah tempatkan roh abah bersama orang orang yang soleh.....
Selepas 2 minggu pemergian arwah mak, abah mula kena asthma. Mengikut cerita Pak King, abah memang ada asthma pun sejak dari Pak King kecik. Cuma sejak kawen dengan Pak King, mak tak pernah nampak abah kena asthma yang teruk. Setakat guna ubat yang sembur kat mulut tu adalah....
Sehinggalah Pak King bawak abah ke hospital pada 2 Februari hari tu setelah seminggu menahan asthma kat rumah. Namanya pun orang tua kan..... bukan senang nak diajak ke hospital! Bukan anak anak lain tak mengajak pun.... Kebetulan Pak King ajak tu, mau dia ke hospital, agaknya sebab dah tak mampu nak tahan sakit lagi kot.
Abah sebelum dikomakan malamnya.....
Bagi orang biasa macam mak ni, terasa pelik jugaklah bila doktor nak komakan orang yang masih sedar macam abah tu, tapi mengikut kata Mak Uda, adik abah, mantan staff nurse, ada sesetengah kes, pesakit memang dikomakan untuk memudahkan pakar perubatan merawat pesakit katanya.... Bila dikomakan pesakit akan dalam keadaan tenang dan tak struggle. Baru mak tau weyh....
Sepanjang kat ICU, keadaan abah tak banyak beza. Keadaannya kritikal tetapi stabil. Ada jugaklah sehari dua yang abah betul betul macam sihat. Boleh bercakap macam biasa. Cuma bila sihat tu, tak ada lain yang abah cakap, abah nak balik rumah. Walaupun nampak macam sihat, tapi paru paru abah masih ada jangkitan walaupun dah diberikan antibiotik. Abah tetap jugak perlukan bantuan oksigen sepanjang masa. Mungkin juga sebab jantung abah dah tak mampu nak berfungsi dengan baik. Apa pun semua itu adalah penyebab aje kan...
Jam 1 pagi hari Sabtu, hospital call Pak King, doktor nak jumpa, abah dah lain macam katanya. Dari satu sudut. kadang kadang ada bagusnya juga bila admitted kat hospital ni. Anak anak direzekikan untuk meneman hingga ke akhirnya kan....
Hospital yang menjadi singgahan adik beradik Pak King sepanjang 2 minggu abah kat ICU.
.
Kekerapan ke hospital, turut mengganggu semangat dan psikologi TLBD jugak. Jantung berdebar debar, takut dan rasa tak selesa dalam diri. Selera makan pun menurun.
Dan lebih kurang pukul 4.50 pagi, hari Sabtu, 17 Februari 2018 bersamaan 1 Jamadilakhir 1439H abah pergi jua akhirnya. Beruntungnya abah...... pergi selepas diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengucap sendiri kalimah syahadah.
Dan kami ke sini lagi dalam selang masa 36 hari......
Selamat jalan abah..... moga Allah ampunkan dosa dosa abah dan Allah tempatkan roh abah bersama orang orang yang soleh.....
salam takziah
ReplyDeleteal fatihah
innalillahi wainna ilahirojiun..
ReplyDeletesalam takziah mak dan pak king, moga tabah menghapai ujian ini. memang dah terasa2 je macam nak sama kisah kita..mak pergi kemudian selang 31 hari ayah pulak pergi, pak king selang 36 hari..sedihlah mak teringat sama macam kisah saya dulu
salam takziah & alfatihah utk arwah abah pak king
ReplyDeleteInnalillahhiwainnailaihirojiun. Semoga roh keduanya ditempatkan di kalangan roh para solehin.
ReplyDeleteAamiin.
Salam takziah...semoga roh arwah ayah Pak King berada di jannah yg tertinggi..serta bertabah lah Hainom sekeluarga dalam menghadapi ujian yg maha hebat ini..
ReplyDeleteSalam Takziah Kak... seminggu lepas tu arwah bapa mertua saya pula meninggal. Semoga allah tempatkan roh2 mereka di kalangan orang yang beriman.
ReplyDeleteSalam takziah, al fatihah..
ReplyDeleteSalam takziah
ReplyDeleteal.fatihah..salam takziah untuk akak sekeluarga
ReplyDeleteSalam takziah, Hainom sekeluarga.
ReplyDeleteSalam takziah buat akak & pak king sekeluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan ini dan Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.
ReplyDeleteJanji yang sangat indah umpamanya.. Sorang pegi, tak lama sorang ikut...
ReplyDeleteIn shaa Allah dua2nya sudah bahagia bertemu semula di sana..
Semoga roh kedua2nya dicucuri rahmat.
ReplyDeleteJangan buli2 Pak King tu, dia dah jadi anak yatim piatu.
Semoga rohnya dicucuri rahmat...aamiin
ReplyDeleteSedih baca.. Tak lama selepas arwah MIL Kak Nom meninggal..
ReplyDeleteAl-Fatihah semoga roh MIL & FIL Kak Nom dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, aminnnn...
Al fatihah ...
ReplyDeleteSemoga keduanya bersama di sana nom..
Serta ditempatkan bersama2 org yg beriman.
Salam takziah kak..
ReplyDeletehmmm sedih aida baca ni Nom :(
ReplyDeleteterkenang abah aida.
ReplyDeletelast time abah admit, doc nak intubate abah.
sib baik la kakak aida seorang doc juga, ada hak to say 'no'.
sebab kakak tau efek nyer.
ditakuti nanti abah tak cukup kuat utk kembali sedar :(
Allahu Akbar...
al fatihah abah nk ikut jejak mak kan.. semoga mereka berdua di tempatkan di kalangan para soleh solehah
ReplyDelete