Mee Rebus daging berkerumun

Salam Khamis.....

Eiiiii lamanya tak memblog koranggggg..... terasa gatal gatal pulak tangan ni tau! Mak dah faham sangat dah, kalau sawan gatal tu dah mai kat tangan, tu petanda tangan mak ni request didatingkan dengan laptoplah tu hahaha.....  Sangatlah kan hahahaha.....

Korang suka Mee Rebus?
Mee Rebus bukanlah makanan faveret mak. Kalaulah korang suruh mak listkan makanan faveret, mungkin Mee Rebus ni jatuh no 15lah. Tapi dah katanya tekak mak ni sejenis tekak yang cuma tolak batu, kayu, besi, kertas, rumput dan sejenisnya kan, maka apa jua makanan yang lalu depan mata selagi ia halal, memang tak akan menjadi masalah korang sebagai tuan rumahlah untuk menjamu mak makan...... Eh, eh.... jangan tak tahu, itu nak bagi hint kat korang tu, jangan lupa jemput open house Hari Raya nanti ek hahahha.......

My faveret dah tentulah Soto, ayam lebih, bergedil lebih, sambal kicap lebih....pendik kata semua yang lebih lebihlah hihi ..... Soto kat gambar bawah tu mangkuk maklah tu hihi....Yang ni tak de lebih lebih, sebab malu ngan Pak King hihi....
Gambar ni masa sarapan kat Muar. Biasalah orang Muar, menu sarapan pagi dia selain Nasi Lemak benda nilah, Mee Rebus, Soto, Lontong, Sate....


Kenapa eh mak tak berapa suka Mee Rebus yang macam kat bawah ni ?
Mak rasa sebab kuah Mee Rebus tu tak ada isi kot..... Harapkan isi tahu dengan telur! Macam mak yang suka semuanya lebih lebih ni, memang kurang syoklah kan hihi.... Dari segi harga, Mee Rebus yang simple macam ni memang terbaik!! Jimat.....  

Janji kenyang....

Mee Rebus Muar

Jangan pulak tanya macamana rasa Mee Rebus Haji Wahid yang femes kat Johor tu..... Mak sendiri pun tak pernah rasa... Nak tau sedap ke tidak, nampaknya kena tanya Kak Saniah Ibrahim lah

Yang mak tahu, sejak jumpa Mee Rebus yang ini, hati ku sudah jatuh cinta wei !!!! Dahlah ada daging berkerumun kat atas mee tu .....  Kuah dia pulak sedap! Pergh..... Yang pasti, agak agak teringin, nak cari pun senang sebab kedai area rumah mak je kan....

Mee Rebus KL

Tahu kalau tak ada pun tak apa.....mak tak kisah pun ada tahu..... jangan tak ada taugeh, sudah.... Taugeh, i loike hokey!


Telur, ada pun boleh, tak ada pun tak berapa kisah...... yang penting ada daging berkerumun hahahaha....



Comments

  1. nasib akak xtulis..lamanya xmembawang..hihi. agak ni pagi2 bikin sy panasla..g tayang gambar makanan tu kenapa?haha

    ReplyDelete
  2. hishhh biadap betul tengok kuah mee rebus yg pekat tu..

    ReplyDelete
  3. amboi tajuk die...tapi betul kalo mee rebus daging byk gtu mmg sodapppp haha...lprrrr trus ni

    ReplyDelete
  4. ish2 kak nom nih, sesekali menayang makanan, terloiur kite... mee rebus muar sedap tuh kuahnya

    area mana yg kak nom mkn mee rebus daging banyak tuh, cer share

    ReplyDelete
  5. Eh, bukan tahun ni turn mak ke buat open house hihi..

    Sy suka mee rebus yg dagingnya ada lemak. Nampak sangat suka ternak lemak haha

    ReplyDelete
  6. Mee rebus dengan me jawa sama ke?

    Kalau kat stadium paroi ni sejenis mee rupa macam tu namanya mee jawa.

    Mrs. A pun kurang sikit mee rebus ni tapi kalau dah ada tu takdelah menolak pulak onz je hiks!

    ReplyDelete
  7. fav sis ni... ya Allah sedapnyaaaa.. [ Sis Hawa blogwalking ]

    ReplyDelete
  8. Kakcik kurang suka mee rebus sebab ada rasa manis berbanding mee kari. Tapi mee rebus daging berkerumun itu memang menggoda... :)

    ReplyDelete
  9. Mak aiii, sedapnya nampak tu mak, macam2 ada, pendek kata penuhla kolestrolnya haha..pastu ko kata, takpa aihh...sesekala..
    Mee rebus ni sama macam mee kuah ke?

    ReplyDelete
  10. waaaa..sedapnya mee rebus daging kerumun tu kak!
    sama la, saya kurang suka yang Mee Rebus Muar akak tunjuk tu..sbb tak suka kuah camtu.

    ReplyDelete
  11. Syioknya tengok Hainom makan. LL tak minat sangat dengan mee rebus. Kalau mee goreng yang pedas2, yes, boleh makan dua pinggan hee..hee...

    ReplyDelete
  12. Pagi2 tengok mee rebus kat wall ni. ishhhh tqk menahan betul..

    ReplyDelete
  13. Ya Rabbi nampak sedap betul aaaaaa craving sungguh!

    ReplyDelete
  14. Kat Muar orang panggil mee rebus kot Kak Nom sbb sepanjang LZ membesar di luar Johor, orang sebut Mee Jawa.. Ntah sama atau tak.. Meriah sungguh hidangan Kak Nom baik mee rebus atau Soto.. Ini sudah lebihhhhhh.. hihihihi

    ReplyDelete
  15. meriah sungguh hidangan yang ada tu haa

    ReplyDelete
  16. Pergh!! Meriahnya daging tu..

    ReplyDelete
  17. Daging kerumun tue tak menahan dengar.nyer

    ReplyDelete
  18. tgk pic mee tu terus rasa nk p muo.. dulu mmg port lepak mkn mee rebus kt ctu

    ReplyDelete
  19. Rasa nak Cari mee rebus pulak buka puasa ni..

    ReplyDelete
  20. Antara mee rebus dan soto.. Sy suka dua2. Hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts