Penat Type, Tapi Komen Hilang

Salam korang....

Tulah tu …. apalah nak jadi dengan hakak yang sekejap timbul, sekejap tenggelam dan timbul balik hari ni … dah macam sabut pulak dah hihi…

Semalam hakak trylah blogwalking ke blog korang, tapi yang frustnya, penat penat  komen, komen hakak hilang! Kenapa ek?  Dah lama dah problem ni sebenarnya. Ini jugaklah sebabnya hakak tenggelam tak timbul timbul, sebab bila blogwaking guna hp, asal komen je hilang, kalau korang pun stress jugak kan. 

Google punya google adalah jumpa cara penyelesaiannya kat Blog Lady in Red tapi hakak belum berjaya settle dik. Tak jumpa pulak ‘benda’ yang disuruh godeh dalam hp hakak ni. Tak taulah pasal apa, mungkin faktor usia atau faktor hormon hakak yang tak stabil ni jadi slow benau otak nak berhubung…

Eh Cik Ayk …..  tq ye bagi idea untuk content blog. Tapi macam seram jugak tu nak meniru gaya video viral. Nampaknya sebelum meniru, hakak kena ready dulu dengan macam macam ‘kalis’ tu, kalis malu, kalis kecam….  

Harap haraplah vaksin boleh jadi kalis Covid dengan izin Allah… 


 

Comments

  1. Alamak susah kalau komen asyik hilang. Harap jumpa penyelesaian nanti.

    ReplyDelete
  2. komen asyik hilang jenuh juga..tp lagi jenuh kalo yg nk approve komen tertekan delete hehe

    ReplyDelete
  3. Yang pasti awak.maintain cun sahabat..

    Tahniah dah lengkap dose

    ReplyDelete
  4. Yang penting sis bersiaran dan menjelmakan diri, ambik semangat. Tahniah dah bervaksin. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Tahniah dah legkap dua dos vaksin ( dapat sijil)
    Nanti kalau dapat dos ketiga dapatlah diploma
    Dos keempat dapat ijazah.
    Tenguk ada aje komen hajjah kat entri wak
    maknanya tak hilanglah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada blog yang komen ya tak muncul WP… mcm blog NA, blog SA, blog sapa lagi tah … lupa pulak

      Delete
    2. Ada sahaja komen Puan Hainomaje. Kena masuk pengawasan dahulu (moderation)

      Delete
    3. Kalau ada oklah… senang cite hihi

      Delete
  6. Kadang2 terpaksa hadap jugak masalah macam ni . Spoil mood aje kan

    ReplyDelete
  7. alah tak bestnya kan...penat mengomen tup-tup bila nak publish hilang... frust oiiii

    ReplyDelete
  8. Ada baca jugak akak komen pasal ni. Saya dulu pun jadi macam tu kalau guna handphone, komen tu bila tekan publish macam tak jadi apa. Kalau guna dekstop okay tapi lama lama komen banyak akan keluar i am not robot lepas tu mulalah komen komen akan hilang pulak. jenuh nak refresh bagi komen tu lepas. Masih mencari solution lagi.

    Alhamdulillah dah selesai 2 dose. Semoga Allah lindungi kita semua dari virus covid jahat. Aaminn..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah syukur dah lengkap vaksin ye nom...

    Den pulak kena ambil vaksin penggalak sebab itu Hari dapat vaksin sinovac, jadi hanya tiga Bulan je valid tempoh masa dose kedua Tu.. ni tgh tunggu panggilan Dari my sejahtera..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts