Resepi Mee Goreng Termimpi Mimpi
Salam Jumaat ….
Kisah semalam biarlah berlalu, mungkin komen hakak yang tak keluar kat sesetengah blog tu menunggu approval tuan blog kot. Tak mengapalah…..Whateverrrr !! Hihi….
Hari ini marilah kita berkisah pasal Mee Goreng pulak…. Kisahnya gini, adalah sekali tu ( cerita lama) Kawan sekolah datang rumah so hakak pun hidang lah Mee Goreng. Dah lepas lepas tu, dia pun cakaplah Mee Goreng hari tu sedap…sampai termimpi Mimpi ( ingat hakak tak tau ke - nak hambik hatilah tuuuuuu ) . Asyik lah cakap sedap, sedap ….. haaaaa geram punya pasal, kan hakak dah bagi resepi kat sini hahahhaha….
Cuba compare dengan cara korang buat, Kalau tak sama tu memang tak sedaplah tu hahhahahaa…..
Ibu jari mok pun ada hati nak buat mini love 🙄😂
Dah tentu tentulah video dan gambar telah berlaku beberapa minggu atau bulan yang lepas ye. Maklumlah sekarang hakak tengah kemaruk masuk Instagram , sekejap buat story, sekejap buat Reels, siap buh lagu lagi youuu… kejap lagu Korea, kejap lagu rock zaman zaman hakak remaja dulu, kejap bunyi piano …. hurmmm … anak dara hakak senyum lain macam je tengok mak dia… Hadap ajelah dapat mak yang cenggini hahahhaha…
Mee Goreng Sedap Termimpi Mimpi
Bahan bahan :
1) Mee Kuning sebungkus kecil
2) Daging/ Udang/ Sotong/ Ayam ( Ikut suka nak letak apa)
3) Sayur ( Sawi/ Taugey/ Tomato)
4) Bawang Merah, Bawang Putih
( lebih kan Bawang putih baru sedap 👍 - blend, sebijik
dua Bawang putih ketuk)
5) Cili kering blend
6) Sos Tiram, Sos Cili, Kicap Manis
7) Kiub Ayam
8) Telur 2 biji
Caranya:
Tumis kan bahan blend ( bawang merah , bawang merah , cili) sehingga naik bau dan cili masak.
Masukkan kiub Ayam
Kalau masukkan daging ( rebus dulu ) atau apa saja yang korang nak masukkan, tunggu sehingga masak.
Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap
Pecah kan telur, tunggu sedikit garing dan hancur kan telur
Masukkan Mee
Masukkan sayur Sawi
Last sekali masukkan Taugey dan Tomato
Mee Goreng Sedap Termimpi Mimpi siapppppp untuk dimakan 😜
* Hidangan cukup kenyang untuk satu family yang berkapasiti 5-6 orang
Takpelah belajar benda baru. Saya belum ada akan Instagrams lagi.
ReplyDeletewahh sampai termimpi mimpi sedapnya tu. So far komen akak masuk je dalam blog saya kak.
ReplyDeleteSaya ada priblen juga nak komen, tah la kenapa,
ReplyDeleteWah rajin berreels tu bestla ikut perkembangan, sedap mee hingga termimpi.. Mini love to you
dana pun guna resepi macam akak, tapi kan kak bila tengok udang banyak tu memang boleh bawak masuk mimpi hehehhe... kalau boh daging rasa dia sedap lain macam, boh udang pun best sebab manis...
ReplyDeleteMana sama air tangan tu kak. Nak jugak saya rasa mee goreng termimpi-mimpi ni. Hihi..
ReplyDeleteLink instagram? 😛
ReplyDeleteKita jumpa instagram yang dah tak aktif je..
DeleteSampai termimpi mimpi ..wah resipi bagus..
ReplyDeleteadoiii boleh bawak mimpi bila tenggok mee goreng ni huawaaaa
ReplyDeleteAppreciatee you blogging this
ReplyDelete