Kemana hala tuju anak anak kita

Salam Selasa yang cerah....

Sarapan apa pagi ni mak? Karipap 15 biji ke? haha...... OKje sarapan kuih kaswi separuh loyang jer haha........ 3 ketul, mana kenyang weyh!! Hish korang ni, takkan kaswi yang hari tu punya, mestilah yang baru, petang semalam ngukusnya.

Nak tanya pandangan korang sikitlah weyh.......

Kenapa korang nak anak korang duduk asrama? Kalau tanya mak...... emmmmm nak jawab pun pening ni hihi..... Sebenarnya OKje sendiri pun, tak suka duduk asrama, sebab utamanya kena bangun pagi sangat, lepas tu nak kena berebut mandi, tu yang nyampah tu huhu..... tapi sebagai emak, OKje suka kalau anak anak dapat masuk asrama. OKje nak dia rasa pengalaman hidup di asrama, bergaul dan bercampur dengan kengkawan dari pelbagai negeri. Biar timbul semangat untuk berlumba dan berjaya dalam diri tu. Biasanya kalau duduk asrama sepenuh masa ni, banyak program program ilmiah dan rohani yang dapat mereka join.

Tapi pokok pangkalnya tetap diri sendiri mereka jugakkan....


Kadang kadang mak nak bagi pandangan kepada Angry Bird berkenaan hala tuju dia lepas PT3 ni mak sendiri pun blur hihi...... Antara jurusan Sains, Teknikal atau pun Sastera. Mungkin pandangan kita lebih kepada pengalaman lepas yang ambik jurusan Teknikal, so pandangan kita pun menjurus kepada jurusan yang sama. Kita tak tahu mungkin jurusan Sains Tulin dan Sastera juga banyak kelebihannya. Korang ada pengalaman?

Bila melihat pada diri sendiri dan Pak Jilap yang dah ada pengalaman belajar dan bekerja dalam bidang kejuruteraan ni, terasa pulak beratnya kalau anak perempuan kita berada dalam line ni. Lebih lebih lagi perempuan yang macam mak ni, hati kecik macam hati tikus, semuanya takut haha.... Memang susah le nak pergi jauh. Takat Aeon Balakong ajelah ....... Lainlah budak perempuan yang jenis berani dan aktif kan!

Tengok karekter si Angry Bird ni lebih kurang omak eh yor......

OKje ni, entah macamanalah boleh sesat ambik line kejururteraan ni dulu dulu pun tak tahu hihi.....

Bukan apa, OKje ni terfikir, sok sok kalau mereka dah berkeluarga lagilah payah kot, mana nak uruskan keluarga lagi, nak bekerja lagi, kang kerja sampai malam, sudahnya mak yang kena jaga cucu pulak....

Jadi cikgu jer lah dik! Nak jadi cikgu pun susah jugak yek sekarang ni! Perempuan ramai sangat yang pandai. Tapi betul ke lepasan graduan UPSI pun belum tentu dapat jadi cikgu?

Dalam keadaan zaman sekarang ni, bidang apa agaknya yang korang rasa mempunyai banyak peluang pekerjaan dan sesuai untuk perempuan yeh?

Takkan surirumah aje kot haha.....



Comments

  1. Mak, meh kita bagi pendapat berdasarkan pengalaman kita! Kita ni keluar aje rumah lepas dok asrama memang tak ingat balik rumah lagi ya Mak. Seronok dapat berdikari sebab makpak semuanya very protective. Nak pi makan KFC ngan boypren pun tak dapat! Duduk asrama memang bagus sebab boleh belajar berdikari. Kena bangun pagi, kena ikut rutin asrama dan sekolah. Pendekata lebih berdisiplinlah. Daripada tak pandai kemas katil, pandailah kemas katil kalau balik rumah sekali sekala. Daripada tak pandai gosok baju, basuh baju, pandai dah bezakan sabun basuh baju dengan sabun May cuci badan tu. Hiks!

    Sungguhpun begitu, kita memang tak akan hantar anak bujang kita dok asrama in future. Sebabnya budak sekarang lain macam sikit kalau makpak takda depan mata. Nak ajar anak berdisiplin, berdikari kat rumah pun boleh. Cuma nak kena gigih sikitlah sbb cakap makpak ni anak-anak suka bangkang. Betul tak?

    Bab jurusan... akak ni jurusan sains sejak Tingkatan 1 sampai habis universiti tau. Masa tu tak rasa sains ni banyak gunanya dalam bidang kerjaya di Malaysia ni tapi kalau akak dulu-dulu decide nak dok obersi, mesti akak dah jadi saintis tau!

    Kerja cikgu cikgi ni dah sinonim sangatlah, Mak... Cikgu sekarang pun bukannya senang macam dulu kerjanya. Kena komited mengajar kalau tidak matilah kena komplen makpak yang clever-clever semua tu....

    Kawan saya, orang sibuk nak jadi doktor, nak jadi engineer O&G, dia decided awal-awal nak jadi librarian tau. Semua orang tak mahu dia je yang mahu! Ahah, tengok gaji sekarang bukan main lagi ohsem angkanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, terpanjang pulak! Sorry, Mak! Tak sedar masa menaip tulis komen. Eleh bukan kali ni je, selalu pun tak sedar diri masa datang sini ^_^

      Delete
    2. Tapikan Kak Ton....rasanya kalau nak bebas betul, masa kat U lah yek.... kat asrama sekolah pun tak delah bebas mana. Kak Ton ni melampau betullah tak clevernya, takkan lah sabun May ngan sabun cap kapak pun tak boleh beza haha..... Tapi sabun May tu kalau cuci daki senang hilang tau Kak Ton.... Tak caya cuba!

      Kak Ton.....tulah, line line engineering, doktor ni dah biasa dah, tapi doktor tu mmg tak mampulah kot anak anak mak nak bawak, tak de daya anak anak mak hihi. Tapi mak berminat yang Kak Ton cakap kawan kak Ton yg jadi librarian tu. See.....kerja tu kurang glemernya tapi kalau kak Ton kata gajinya ohsem, nak jugak suruh anak mak jadi gitu..... Ambik course apa lak tu mak masa kat U..... Kalau tau coursenya, tak payahlah kita nak suh anak anak kita pecah kepala belajar Fizik ngan Kimia dari sekarang...

      Delete
    3. Mak, masa kat rumah, semua kakak-kakak Kak Ton yang uruskan. Kak Ton kecik-kecik buat meni-pedi je Mak. Itulah, nasib baik masuk asrama. Kalau tidak, sampai lepas kahwin baru Kak Ton belajar cuci baju guna sabun pencuci bukan syampu ataupun shower cream.

      Sekarang ni Mak bidang yang tak glamor, yang budak-budak tak hingin nak belajar tu yang bagus depa ambil. Senang nak kerja. Tapi kena tengok peluang pekerjaan juga. Minat anak juga. Kalau anak tak minat memasak kita paksa ambil kursus kulimenari (culinary) memang tak merasalah nak jadi selebriti chef okey!

      Mak tengoklah kecenderungan si Angry Bird ni terarah ke mana. Kalau itu yang dia minat, Mak pura-puralah tunjuk sokongan yang luarbiasa buat anak Mak walaupun Mak tak minat kerjaya itu (kerjaya yang baik-baiklah Mak ye, kalau anak nak jadi gangster, jgn tunjuk sokongan sungguh-sungguh pulak!)

      Mak jangan pulak buat hal suruh anak mak tak payah belajar pandai-pandai, suh cari lelaki kaya je. Susah Mak nanti bermenantu lelaki kaya. Kena redha ler memanjang. Hahaha....

      Buat macam Kak Ton ni (eh macam pengalaman luas pulak gayanya...) Kak Ton 'freestyle' gitu. Anak Kak Ton nak jadi hacker, okeylah nak...go ahead! Jangan lupa bawa Mommy pi jalan-jalan kat NY nanti ya! Kalau bawa girlfriend dulu, jagalah Mommy pelangkung! Itu jerk.....

      Eh, I kat mana nih? Kat blog sapa ni? Oh, hilang ingatan lagi sekali! Balik dululah ya, nak pi solat jap!

      Delete
    4. Masalahnya ada ke hartawan yg nak jadi menantu mak? Haha.....Tak hingin depa....ngabehkan boreh jer hihi....

      Kak Ton ni kan nyampah tau.....dah komen berjela jela kekonon terperanjat ......geli mak punya usus ni tau!.....

      Yelah makkkk.....suka hati AB ler nak masuk apa jurusan pun....Tulah pasal masalahnya dia sendiri pun konfius sebenarnya nak pilih mana satu

      Delete
  2. Hamboi kemain panjang komen Kak Ton kita..

    Kalau saya bercakap sebagai guru, saya rasa bagus bg anak ke asrama.. banyak kelebihan macam yang Okje dan MD cakap tu, tak payah nak saya ulang sekali lagi.

    Tapi kalau sebagai mak, saya rasa kena tengok karektor anak kita tu. Kalau rasa anak jenia boleh survive dan berdikari, ok, teruskan bagi anak masuk ke asrama..kalau jenis lain, lepas spm la baru bagi keluar.. kang lain pulak jadinya..

    Pasal bidang yang sesuai, pun tak boleh nak kata.. kalau orang yang cekap, kerja apa pun dia pasti boleh bahagikan masa yang cukup komitmen yang ada..
    Keje cikgu pun stress....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali-sekala, AN. Takkanlah asyik 'dia' je conquer rumah kita. Nak juga sekali-sekala tumpang sekaki jadi 'tuan rumah' ^_^

      Okeylah, minta diri dulu ya. Waktu makan dah time. Eh, dah tamat :)

      Delete
    2. Nasihat cikgu kena dengar! Barulah berkat hihi.....
      Itulah okje sebenarnya nak depa berdikari, barulah tau nikmatnya semua kerja mak dia buat kat rumah ni . Balik rumah sesekali barulah terasa kuat ikatan dengan adik beradik.....mesti tak bergaduh dah!

      Delete
    3. Haha.. yeke tak gaduh dah? Kalau kami adik beradik dulu, tetap gak bergaduh tapi dah jauh2 mulala bergaduh cara matang sikit.. takdela tarik2 rambut tarik baju macam dulu..

      Delete
  3. acik tak tau la untuk anak pompuan okje.anak acik lelaki semua..tiga2 masa sekolah menjurus ke teknikal..tapi kan..nampaknya senior2 hero bongsu ramai yang sambung pas tu mengajar kat poly atau pun di u tu semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah AE rasanya budak pompuan ni lebih sesuai menjurus pada akademik, jadi cikgu ke, lecturer ke.....kan!

      Delete
  4. saya ni kira tak layaklah tinggal komen sebab tak ada pengalaman dok asrama
    memanjang dok bawah ketiak mak walau dah masuk U =)
    rezeki saya semuanya dipermudahkan sebab dapat kampus dekat dengan rumah
    emm, ni lah dilema anak zaman sekarang,
    mak bapak dah dok decide apa mereka perlu jadi
    ada kawan saya anak baru 3 tahun dah aim suruh jadi doktor

    bagi saya yang kurang pengalaman ni, pada usia angry bird sekarang ni
    masih awal untuk penentuan kerjaya, bagi dia habis SPM dulu
    bab asrama pun terpulang pada diri anak tu, berdasarkan apa diceritakan
    mungkin betul angry bird perlu dimasukkan asrama

    apapun moga angry bird sentiasa success

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak decidekan bagi pihak anak awal awal YY....Sebenarnya okje nak bukakkan minda dia dgn 3 jurusan ni so biar dia pilih mana satu yg dia minat dan apa cita cita dia. Sebab dia blur sekarang ni. Sekurang kurangnya dapat bantu dia pilih.

      Eh tak awallah YY.....sebenarnya kalau dia dah tau cite cite dia dari sekarang ni, contohnyalah kalau dia minat nak jadi engineer, nak buat apa dia ambik teknikal, buang masa.....gitulah sebaliknya....

      Delete
  5. anak2 sura pon takde pengalaman duk asrama..si angah ni pon tunggu PT3..dah ckp awal2 tak nak amik tu amik ni..fenin maknya..abis tu nak amik jurusan apa..yg no 2 sura ni lain mcm sikit..dah ckp awal2 abis SPM tak nak belajar dah..terkejut maknya..fenin..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh....dia tak minat nak belajar yeh Sura.....Kalau cenggitu elok masuk Kolej Vokasional tu Sura sekurang kurangnya dia ada kemahiran boleh buat bisnes hihi

      Delete
  6. salams akak,

    suka tajuk akak hari nie :)

    saya suka anak2 duduk asrama sebab masa anak2 lebih terjaga dan berkualiti, ada prep, ada aktiviti terisi sepanjang masa utk mereka.

    tapi kalau tak ada rezki nak dok asrama, ddok rumah pon ok cuma mak paknya kena usaha lebih kuat nak monitor lepas balik sekolah, nak hantar kelas tambahan, tgk hw dia segala...

    kalau anak pompuan, anak zaman skrg nie depa belajar utk diri depa kan...kalau kita dulu belajar sebab nak tolong mak ayah yg susah, pd pendapat saya, tengok minat subject dan kecenderungan mereka dekat area mana....cthnya kalau minat engineering, kita arahkan/alirkan depa kearah engineering subject, kalau minat maths kita alirkan/arahkan depa jd ahli statistik yg berjaya, kalau minat arts kita alirkan/arahkan depa kearah arts cthnya animator/kartunis...byk cabang kerja menanti mrk insyaallah......

    tp saya suka jadi cikgulah.....rasa menyesal dulu tolak jd cikgu hehehehehh


    kak, saya pon tengah tengok kecenderungan/telek minat allysha kearah mana...sebab kalau dah tau dia minat arah mana, senang kita nak fokus/target.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh suka yeh tajuk gini....okje kurang suka sebab malas nak fikir haha.....

      Betul kata Amiza tu pokok pangkalnya kena balik diri anak anak tu jugak, mana dia lebih minat dan cenderung sebab mereka masih blur sebenarnya, mereka konfius nak pilih yg mana satu....

      Okje pun suka jadi cikgu Miza rasa menyesal tak apply dulu dulu huhu

      Delete
  7. Asalam ya..ok semoga apa sahaja niat yang baik menjadi nyata. Jadi cikgu zaman sekarang pun pilihan yang tepat..tak kenal maka tak cinta..Semoga berjaya anak2 ya..

    ReplyDelete
  8. Ok.. ini kanda punya komen. Setiap anak tak sama. Kanda lihat pada anak kanda sendiri. Ada yg boleh belajar secara berkelompok seperti di asrama. Ada juga yg tak boleh. Macam anak kanda yg sulung dari tingkatan satu sampai form 5 memang penuh duduk asrama tak ada masalah - titik. Anak kedua dari awal memang merengek-menangis sampai kanda sendiri setiap minggu masa mula dia duduk asrama kanda pun makan tak lalu. Akhirnya dah tingkatan 3 bila pulak PMR diganti PBSlah lepas tu timbul PT3 kanda terpaksa keluarkan dia dan ambil guru intensif sebab nampak ada yg dia benar-benar tak boleh. Alhamdulillah... express di rumah dia dah boleh catch-up kerana dia masih didudukkan di kelas terbaik juga...
    Jadi dinda kita tak boleh ikut kehendak kita tapi dimana kemampuan anak kita...

    Pandangan kanda aje hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kanda ......mereka yg akan belajar , so merekalah yg kena pilih arah tuju mereka.....cuma kita sebagai ibu bapa tolong bukak minda.... supaya mereka dapat pertimbangkan pilihan mereka dengan betul

      Delete
  9. Kena tanya anak hainom.. bidang apa yg mereka minat.. susah sekarang kita nak tentu sendiri utk anak. Nanti memberontak susah pulak.. macam anak kawan CH.. ayah suruh ambil pengajian Islam.. rupanya anak tak minat.. bila mak ayah gi mengerjakan haji dia boleh tukar bidang Mescom pulak.. aduh tension makayah balik Mekah..

    ReplyDelete
  10. Kalau dah lepas PMR masuk asrama, bagi saya OK la..

    Kalau umur lepas UPSR, bagi saya awal sangat..ni saya cakap based on pengalaman sendiri..saya masuk asrama bila masuk Form 1.

    Pasal bidang apa nak pilih tu, biar anak anak sendiri pilih, berasaskan panduan yang kita berikan...dan early exposure tu pada saya penting...Contohnya, kalau sibuk nak jadi doktor, bawak dia ke hospital kerajaan ( bukan swasta yer), biar dia tgk sendiri bidang kerja dia kelak...camtu jugak kalau nak jadi engineer, bawak la ke site ke, ke tempat2 berkenaan...Saya dulu, tak tau jerit perihnya keja kat spital Gomen...bila kena kerja, ambikkk kauuuuuu...hahahahaha....

    Jadi surirumah okeh apa...Tu kerjaya yg mulia..hari2 buat pahala juga..:)
    Kawin dengan hartawan, jadi surirumah...didik anak anak sendiri, tak perlu hantar ke nursery...makan minum anak suami terjaga...Itu yang wife saya buat...Dan jadi surirumah pun bukanlah fulltime, boleh buat bisnes juga..bisnes dari rumah ke, macam wife saya, ada masa dia aka ke studio bakery, boleh bawak anak anak....Oh ya, perlu ditegaskan, bahawa saya, bukan hartawan..kah kah kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang komen ...

      Sikit lagi nak cakap ... ada doktor hartawan rupanya ... hehe nasib baik ada penjelasan di bawah ... kihkihkih

      Delete
    2. Ni mcm melahirkan rasa menyesal jer sebab duk asrama awal awal haha....tak dpt main game kat rumah......

      Patutlah si bongsu awak dah distroller kan ke studio bakery yer baby baby pun....nak bagi pendedahan awal jadi chef ke? Hihi...

      Nasib mengaku! Haha ......weyh mak pun surirumah jugak tp laki mak Kuliwanm...janji ada Wan kat belakang haha....

      Delete
  11. Saya surirumah tapi berpendapatan lebih tinggi dr bekerja makan gaji 9-5 selama ni yg perlukan kelulusan universiti. Tapi belajar mesti sampai Universiti, dan pilihlah apa je yg beliau minat,

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
  12. ikut jer minat diaorng kak..budak2 skarang tak boleh dihalang nanti cepat memberontak..huhu

    ReplyDelete
  13. klu dh semua komen pnjg knor pendekkn lh... ikut jer budk tu nk duk mna.. kdg nk ikut kwn.. kononnya kwn semua duk asrama.. skli duk asrama menangis wey nk blik... kna kuat smgt dik duk asrama.. klu hti tikus tk yhlh... hihi.. bangkit pukul 4 pg.. subuh berjemaah sokmo... kng kena denda plk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Knor ....tang bangun pagi tu yg okje malas dulu dulu duk asrama....maklumlah budak lagiikan...tp pengalaman tu lah yg seronoknya

      Delete
  14. ank kakak iqa dn abng sulongnya sek teknik tapi takambil pun jurusan kejuruteraan..si abang skg ni ambil perubatan.iqa belum ada hala tuju.yg fatehah tk ke teknik ke jurusan kejuruteraan pulak..walaupun zmn sek ambil sains.
    kakak dan abang lebih suka ank2 duk asrama sbb utamanya sek men jauh ...ke2 bila kt rumh payah beno nk nghadap buku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah SI kat rumah ni depa 24 jam dengan Hp ...pening maknya...
      Budak pimpuan banyak beranganlah SI

      Delete
  15. Ikut pada minat masing2 la jugak OKje.. kdg2 nak buat apa2 kena pada minat baru menjadi.. uhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul RH ...mmg setuju apa apa pun kena ada minat barulah terbaek hasilnya

      Delete
  16. panjang komen diorang ni kan..jenuh saya membacanya..
    nak amik course apa2 pun tengok kelayakan kita kan..duduk asrama ke tidak ke sama je..
    saya suka takyah duk asrama sebab boleh berkepit dengan mak..tapi masuk uni takde choice kena duk asrama..tapi saya ok je memang jenis independent even duduk dengan mak mak skolah..
    cari je course yang sesuai dengan jantina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe....Mar ni mesti manjakan...asyik nak berkepit jer ngan mak. Okje ni walau bongsu rasanya tak rapat sangatlah dgn mak...

      Delete
  17. sains sesuai untuk anak perempuan.. hehe.. pandangan jeee..^^

    ReplyDelete
  18. ikut minat ank2...kalau kita paksa takut dia tak minat dan tak mau belajar lg susah.tp duk asrama ni bgs tuk mereka supaya lebih berdikari....tu pandangan sy.

    ReplyDelete
  19. Saya masa sekolah tak pernah duk asrama, so bila masuk U... agak terkial-kial berbanding kawan yang dah pernah duk asrama. . Tentang jurusan pulak.. terpulang pada minat dia la kot... dia menjurus ke arah mana. Itu jer yang dapat saya kongsikan. SAma sama kasih hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.....nak buat lawak lah tu....

      Delete
    2. Tp mmg bernas sungguh pendaoat awak tu MJ hehe

      Delete
  20. Saya yang nak sangat duduk asrama masa form 4 dan saya tak menyesal dengan pilihan saya itu...

    ReplyDelete
  21. Saya tak pernah duduk asrama masa sekolah... Kali pertama merasa duduk asrama masa matriks... Eh, bukan pernah lah ada pengalaman duduk asrama satu malam masa sertai kuiz apa ntah.... Masa tengok keadaan asrama tu, rasa syukur sgt dapat duduk dgn mak, tak duduk asrama... Duduk satu malam pun dah rasa stress.... huhuhu

    Saya setuju dgn pendapat lain2... Yang penting minat.... Kena betul2 slow talk apa minat Angry Bird... Bila belajar benda kita minat ni, feel dia lain macam sikit... Susah mcm mana pun kita akan cuba juga belajar sebab rasa dah mcm hobi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ....Bijen tak duduk, tak duduk asrama pandai jugak yer......terus merantau kat negara org putih lagi hihi...

      Okje dulu duk asrama suka sebab makan lagi sedap....huhu...

      Delete
    2. Sebab tak pandai masa sekolah lah tak dapat duduk asrama... hahhaha, kalau masa sekolah jenis yg score A, mesti mak hantar duduk asrama jugak mcm my abang.... ekekeek

      Duduk rumah memang lagi best Okje.... Goyang kaki jer.... Makan terhidang, baju mak basuh.... hahaha, sebab tu lepas kawin terkial kial nak belajar masak dan belajar basuh baju.... Tu salah satu cons sebab terlalu dimanjakan...

      Mak kena korek apa minat si Angry bird tu... Macam saya dulu bila tanya mak nak ambil course apa, mak kata "Ikut suka kak nur lah"... Tu yang terus ambil matematik - course yang orang tak minat... Janji saya minat gila-gila.... hahaha

      Delete
    3. Mesti otak awak ni geligakan .....kalau beli barang.....zup zap zup zap terus bayo tak yah tunggu cashier haha....

      Delete
  22. Tak pernah duduk di asrama masa sekolah dulu ... Mia kalau boleh tak paksa anak2 nak duduk asrama nanti ... terpulang untuk mereka buat pilihan. Ada baik dan ada juga buruknya bila duduk kat asrama ni. Samalah juga dengan bidang apa yang dorang nak ceburi nanti. Bak kata OKje pokok pangkalnya dari diri dorang sendiri ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah Mia ....si abg dulu dia mmg nak duk asrama sebab tak de kawan katanya kat sekolah lama, kawan kawan dia semuanya dah masuk asrama.... Rasanya itu jugak buat dia semangat nak belajar

      Delete
  23. Kita stay kat hostel dari form one Okje....memang ohsemlah.kecil-kecil lagi dah pandai berdikari...its good actually...

    ReplyDelete
  24. KY takde pengalaman duduk asrama..jadi tak reti nak komen.
    KY pun rasa ikut minat dan kemampuan anak2 juga..

    ReplyDelete
  25. Panjang lebornye komen komen deme nih. Berpeluh ketiak nak baca.

    ReplyDelete
  26. dok asrama ni bagus sbb mengajar anak anak erti berdikari.saya sndiri pernah ddk asrama.


    skrg ni kena pndai pilih bidang yg ada peluang pekerjaan.persaingan sengit antara kaum wanita. selain cikgu perbankan pon menarik juga .

    ReplyDelete
  27. saya dulu nak dok asrama tapi parent xbagi..huhu
    tapi dh smbung stdy mmg wajib dok la..

    ReplyDelete
  28. Mak aiii...semua orang bagi komen panjang-panjang..

    Saya duduk asrama dari form 1..memang diajar untuk berdisiplin..
    Tapi..kalau anak saya..rasanya tak berani lepas lagi..kalau ada rezeki..tunggu form 4 kot..hehe

    ReplyDelete
  29. Sy hantar jer si kakak dok asrama biarpun jarak sekangkang kera, biarlah berdikari...

    Ada kelebihan dan kelemahan, kebaikan banyak, anak2 dapat studi ikut jadual dsb, antara keburukan pula, selalu sangat barang2 hilang "umi, nak selipar, bangun pagi dah hilang kena curi, pinjam kawan punya", sib baik rumah dekat jer, boleh le hantar..

    ReplyDelete
  30. sy pun tak suka dok asrama.masa sekolah la sbb semuanya ditentukan..time belajar time makan semua kena ikut jam..anak sy pun klu dia sendiri tak nak dok asrama takkan kita nak paksa.pokok pangkal kena ikut kemahuan anak juga ye..budak sekarang ni tak bley dipaksa2 sgt..pastu tak boleh dimanja2kan sgt juga..

    dok kolej u lain la..ko nak makan tak nak nak studi ponteng kelas ko punya suka..tu yg chek suka.hahaha..

    ReplyDelete
  31. klu saya lbh suka serah pd anak tu sendiri utk pilih apa dia minat . bila dah minat , apa pun halangannya dia mesti akan terjah juga ... dlm Islam , pekerjaan paling baik bagi perempuan ialah dok umah jer tapi mendapatkan pendidikan tertinggi tu mmg perlu kepada semua gender . Klu x pandai mcm mana nak didik anak dlm dunia yg semakin mencabar ni kan ... tak kan nak biar anak selangkah di hadapan n lbh upgrade dr kita . nanti mrk krg hormat lah pulak ...

    ReplyDelete
  32. Seronok baca komen2 kat sini.. jenuh gak lah menghabiskannya.. hahaa.. apa2pun.. sukses buat OKje dan Angry bird :)

    ReplyDelete
  33. duduk di asrama atau diduk dirumah kedua-dua ada kelebihan dan kekurangan. bergantung pada diri sendiri untuk memilih

    ReplyDelete
  34. bila sebut lepasan UPSI pun belum tentu dapat kerja sbg cikgu..Adik JM salah seorang darinya..almost a year graduate until now masih menganggur

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts