Kisah Hari Raya yang dah basi
Salam Rabu, salam Syawal semua!
Lamanya mak tak bersiaran. Yelah, last bersiaran, rasanya awal puasa hari tu. Lepas tu muncul muncul dah nak habis Syawal pulak. Rindunya kat korang ! Sure mak banyak ketinggalan cite cite korangkan. Korang apa khabar? Sihat? Mak alhamdulillah.... sudah terlebih sihat weyh sejak Raya ni hihi.....
Tahun ni mak beraya kat Muar. Kalau ikut turn, sepatutnya mak beraya kat KL.... Tapi bila mak dan pak mertua dah meninggal awal tahun hari tu, maka Raya Muo lagilah gamaknya. Kiranya tahun ni first timelah Pak King beraya tanpa orang tua. Sampai baju baru pun tak dipakainya di pagi raya tau! Yelah kan.... sapalah tak sedih.
Jubah hijau tu pun jubah Pak mertua!
Weyh korang...... gambo raya mak semua tah pape..... tak de yang memuaskan hati tau! Baru mak nak berposing, rumah dah kena serbu dengan anak menantu, cucu cicit mak huhu...... Jadinya apa yag ada ajelah..
Mak dengan anak daras balik kampung 4 hari awal sebelum raya hari tu. Sempatlah berkemas apa yang patut. Pak King dengan abang King pulak menyusul balik hari Khamis sehari sebelum raya, biasalah balik rumah mertua kan hihi..... Jadiknya 2 keretalah balik raya tahun ni weyh...
Tulah tu, balik kampung punyalah awal, tapi pagi Raya mak order je hihi..... Mak tak kira dah pasal anak anak yang merindukan air tangan bonda di pagi raya! Yang mak kirakan mak tak nak bermandi peluh di malam raya! hahahaa...... Jangan nak ngengada sangatlah haih...... time raya pulak rindu nak merasa air tangan bonda, padahal sepanjang bulan Ramadhan tu, hari hari mak masak tau! Kasi chancelah ye dak?
Mak order dengan kawan satu sekolah rendah mak yang memang kerjanya masak masak ni. Nasi himpit, rendang daging, sambal goreng, sambal sotong untuk 10 orang makan. Pagi raya subuh tu mak ajak Pak King ambik kat rumah dia. Harga pun berpatutan... Rm140 siap! Tak payah nak bersusah payah potong daging, potong sayur kan..... Belum kira lagi ada ke tidak periuk belanga kat dapur mak tu. Maka memang sajak sangatlah kita order aje hahaha.....
Si abang pulak pakai songkok haji ajelah. Tak de nak bersongkok hitam bagai. Gasaklah nampak tua sebelum waktunya pun hahaha.... janji umur masih muda kan. Suruh gunting rambut pun tak mau. Nak bela panjang katanya. Suka hati lah bang. Yang penting mak serba baru hahahaha...... Anak lelaki mana kisah sangat bab penjagaan diri ni. Kalau anak dara, ye...... kalau boleh semua nak baru! Fening kepala...
Itu ajelah kisah Hari Raya mak yang dah basi huhuhu.....
selamat hari raya utk kak hainom sefamily...senang je order menu pg raya ye..idokler berpeluh222 hehe
ReplyDeletemeriah raya, tgk baju raya mak dah mcm iklan apantah yang semua org pink, anak bujang dia je hijo...
ReplyDeletebelum basi lagi mak, masih dalam syawal ni kan.
ReplyDeleteSelamat hari raya kak..maaf zahir batin ye
Eh! rayakan sebulan HOKje belum basi lagi ni boleh citer lagi konvoi raya pulak hehehe...
ReplyDeleteBercerita tentang balik kg dua kereta tu samalah kita HOkje. Mrs. A selalu jer...balik dulu Mr. A balik kemudian pastu bila nak balik Seremban dia pulak yang balik awal ha gitewww... #adaakukisah
Selamat hari raya Mak!
ReplyDeleteAkhirnya Mak muncul jua kihkih... Duit ghaya mana Mak?
Wah kemain Mak ye,ngalahkan Che Ta...main odasaja hehe.. Takpelah Mak, janji Mak bahagia :D
Raya kan sebulan...
ReplyDeleteSelamat hari raya aidilfitri utk Mak sekeluarga
mana ada basi, Nom.
ReplyDeleteraya is sebulan in shaa Allah :)
selamat hari raya dari Aida ye.
Hainom is back! Yay! hee..hee... Masih belum terlambat untuk LL ucapkan Selamat Hari Raya buat Hainom sekeluarga, ya. LL setuju 100% Hari Raya tak payah masak. Relax lah, beli aje dan bagi rezeki kat kawan yang tukang masak tu. Ni lah time nak bersama keluarga yang tersayang dan bukan time untuk berhempas pulas kat dapur. Betul tak? hee..hee...
ReplyDeleteUntunglah tak perlu bermandikan peluh pagi raya..
ReplyDeleteSelamat hari raya, maaf zahir batin
Selamat hari raya hainom. Raya sebulan kan. Tak basi lagi la tu...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Kak Nom & family..
ReplyDeleteLZ pun #teamrayaMuar, balik kampung raya ke-3 then balik Seremban sambung kerja.
Cantik baju raya Kak Nom, sedondon light pink..
Selamat hari raya maaf zahir batin nom
ReplyDeletebanyaknyaa makanan raya kiteee suka. salam aidilfitri maaf zahir batin =)
ReplyDeleteMurahmya mak rm140 tu, byk gak menunya, kalo aku pun jumpa murah camtu aku oder gak, betullah cam ko cakap tu, dah sebulan berpagi2 dan berpetang2 kita menyediakan menu sahur, berbuka berpeluh atas bawah kan, kasi can lah rilek2 sikit di malam raya smb menambah amal ibadah ye dok?
ReplyDeleteMak, tahun ni ko meround raya lagi ke? Salam raya ek, maap zahir batin.
Selamat hari raya Adilfitri kak.. Murahnya kawan akak tu buat.. Kalau masak sendiri, rasanya lebih lagi tu..kikiki..
ReplyDeletei pun baru up cerita raya.. mana basi nye.. best betul lah tak masak hari raya ni..
ReplyDeletekitarang macam nak pecah tulang siku.
tulah kak, mmg mcm dh nk basi dh gambar raya nya hehehe...
ReplyDeleteselamat hari raya kak nom, maaf zahir batin, kot selama ni terlebih gurau ke taergurau kasar ke...harap dimaafkan
mmg lari dr tema betul pak king tu kan hehehe...
adik bujang dana yg lelaki tuh, klu raya bergaya ngalahkan perempuan...
baju melayu kene sepasang siap ngn samping lg... songkong jgn di lupa kak
cantik warna tema kak thun ni. pink belacan erk kak?hehe
ReplyDeleteSelamat hari raya
ReplyDeleteRindu kat akak jugakk..
ReplyDeleteWah.. Senang la order je.
Murah la kak rm140 je. Rajin betul kwn akak tu ye. Raya pun ambik order lagi.
Cantik arr warna baju raya akak tahun ni..
Salam lebaran 1439H.
ReplyDeleteKira tema tak lari juga.
Pak King meche dengan dinding rumah.
Yang lain meche dengan alas meja makan.
Pandai pilih kaler
Rindu nak bertandang sini.. haha.. seronok balik Muo kak.. best raya kat kg tu.. lagi seronok sbb tak payah masak memasak.. hahaa main order je.. tup2 siap..
ReplyDeletePak King mesti sedih 1st time raya tanpa mak ayah.. Al- Fatihah buat yg telah pergi :(
Pak king dah serupa dgn den tu nom..
ReplyDeleteAnak yatim piatuπ’
Jadi menumpang kasih pada mertua je lah π
Kalau kat tmpt den ado mcm tu..
Den oder juga tu..
Murah sgt tu RM140..π
Selamat hari raya maaf zahir batin ye nom π
#rayakansebulan π