Saling berpimpinan tangan

Salam Isnin yang blues....

Jangan cakap korang yang bekerja jer ada Monday Blues hokay, mak ni pun sedang memblues jugak tau. Mengantuk!....

Mid Valley ni memang tak pernah sunyi kan. Ramai aje orang. Entah apa yang mereka cari agaknya, mak pun naik hairan. Tapi, tak pulak mak hairan kenapa mak datang sini hihi.... Melilau jugak mata ni, kot kot terserempak Abang Sado dengan Adik Cute. Memang dan dan tu jugaklah mak tangkap maknya ajak bergusti lengan hihi....

Mak suka tengok gambar ni. 

Agaknya inilah salah satu hikmahnya mak mengukur jalan setiap hujung minggu. Merapatkan hubungan adik beradik katanya. Terasa sejuk pulak perut mak yang melahirkan mereka bila tengok mereka saling berpimpinan tangan cenggini. Masa sekarang nilah nak bermesra dengan adik beradik pun, sok sok dah pegang tangan suami isteri memasing pulak. Ye dak.....

Hujung minggu di dalam rumah, belum tentu dapat mengumpulkan mereka sama sama. Ada tak de pun masa makan, tak pun solat berjemaah yang kadang kadang sangat tu.Tulah.... nama jer duduk sebumbung tapi yang sorang kat bilik main game, yang sorang kat bilik, tidur, yang sorang tak habis habis tengok youtube kucing, maknya tak payah tanyalah.... ambik peluang ngadap bloglah, apa lagi haha.....


Comments

  1. Comel sangat mereka berpegangan tangan tu Nom..
    Anak2 CH yg kecik ni pun susah nak tengok mereka berpegang tangan mcm tu :)

    Nom kalau nak cari mummy abg sado dan adik cute..
    Kena cari kat dlm restoran..
    Mereka kan suka JJCM..
    Melilau macam tu mano nak jumpo :D

    ReplyDelete
  2. Semoga kasih mereka hingga ke syurga...

    Sebak pulak kakcik pagi2 ni tengok keakraban mereka tiga bersaudara.

    ReplyDelete
  3. seronok kan mak biler anak-anak macam ni..doakan anak-anak saya mcm ni jugak ye mak!

    ReplyDelete
  4. Anak perempuan kanda tak hairan sangat dinda sebab budak perempuan memang rapat tapi abang tu nampak caring sangat

    Best kan ada anak lelaki:)

    ReplyDelete
  5. Hua mak, aku jelez gila tgk anak2 ko bole pimpin tgn camtu, anak2 aku terutama si abg beso tu takde maknenya..
    Aku pun kekadang gak dpt jemaah ngn anak2, balik sekolah dh kul 7, nak suruh mandi satu hal, tulah kan, terasa sgt sebenar nya.

    ReplyDelete
  6. aah seronok kan kak.... masa tuh nampk mcm rapat sgt lah 3 beradik tuh walaupun kadang bercakaran...

    ReplyDelete
  7. comey betui dah besar2 pun dok pimpin tgn l;agi .... manja betui depa kan

    ReplyDelete
  8. Ni hujung minggu baru ni punya cerita ya, Mak? Kita mana ada kat sini. Kita kat PDlah!

    Kalau tengok gambar macam ni, terasa sejuk aje hatikan. Tetiba terukir senyuman sambil-sambil tu peganglah juga tangan orang di sebelah ^_^

    Masa nilah mereka nampak akrab. Nanti kalau masing-masing dah kahwin, jangan haraplah nak pegang-pegang tangan macam ni. Pegang tangan isteri/suami sendiri lagi afdal!

    Mak, mana satu si TLBD, mana satu Angry Bird ni Mak?

    ReplyDelete
  9. Anak kakak pun sama nom,kata je balik cuti semua tapi kdg sepi sebab dorang masing2 kat bilek biasanya dgn gajet2.
    Kalau jalan2 kat shopping mall pulak dorang berebut nk jalan dgn maknya berganding2...kacau betul mak nk pimpin dgn ayah pun tak dpat....hihiii

    ReplyDelete
  10. Sweet jer tgk mereka bertiga...
    Ala mak, saya dah boleh agak dah...
    Yang lagi dua orang kat belakang tu pun mesti berpegang tangan jugak...
    Tu yg seronok jer dapat melilau kat mall bila hujung minggu...
    Tak gitu mak?

    ReplyDelete
  11. comey nau pegang-pegang tangan ekkk hehehehhe

    ReplyDelete
  12. Tentu sekali bahagia melihat anak2 saling mesra..kita pun rasa sejuk jer..knnn
    Yg si abg tu tk ada gang...tentu rpt dgn si ayah jugakn..knor dua laki dua perempuan..ada gang gaduh....hihi

    ReplyDelete
  13. yang tengah tu yang bongsu kot, adik terpaling bahagialah ada abang ada kakak, betul tak tekaan saya tu kak hainom

    ReplyDelete
  14. heheh...saya pun kalau satu hari terserempak dengan kak Ton tu memang saya tangkap, cekup dari belakang, tak banyak cakap...ahahha

    ReplyDelete
  15. sweet betul la anak2 mak jilap ni sesweet maknya..susah tau anak2 remaja yg berlainan jantina nk jalan pegang tangan camni..nmpk mesra depa adik beradik..klu dh anak2 sweet camni kita boleh bayang la cmna makpaknya jalan2 pegang tangan lagumana punya sweet.hahaha

    ReplyDelete
  16. Hihihi...Sweet nya anak anak mak. Nampak kasih syg & keakraban adik beradik tu. Insyaallah sama sama pimpin tangan ke jannah nanti. =)

    ReplyDelete
  17. selalunya bila dah besar ni segan nak pimpin bila jalan2 cam g2.. :)

    ReplyDelete
  18. Suka bila tgk anak2 berbaik baik dan berkasih sayang.
    Sy ada 2 aje...Rasa rugi pulak tak beranak banyak2...

    ReplyDelete
  19. comey sangat berpegangan tangan macam tu, memang tersentuh hati mak2 ni dibuatnya

    ReplyDelete
  20. Abang sado ngn adik cute akan ada kat Mid Valley untuk tengok decoration perayaan je.

    ReplyDelete
  21. sweet sgt bila adik beradik macam ni... kejap je besar yea... nanti2 dah kawin pulak!! huhuhuhu sedih pulak rasa...

    ReplyDelete
  22. Ank ank sy x de nye nak pgg tangan. Bergaduh setiap hari ada la

    ReplyDelete
  23. Hihihihi kannnn. Xkan dekat dalam rumah pun nk kepit pegang tangan memang ada something la pulak nantinya kihkihkih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts