Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 21 November 2019

Hadiah Anniversary

Salam Khamis korang.....

Mak muncul lagi korang hihi...... Bulan November memang wajib sangatlah mak kena muncul sebab bulan ni bulan Anniversary mak you. Dah katanya nak bagi ucapan kat boyfren kannn hihi....kenalah muncul!

Happy 24th Anniversary Pak King !! Moga jodoh kita kekal bahagia selamanya hingga ke syurga, terima kasih atas segala galanya ye!  Bolehlah tuuuu kan..... tak larat dah nak bagi ucapan panjang panjang wei..... dah tua tua ni otak kurang berhubung, cepat nau kehabisan idea hihi...

Meh tepek sikit otai veteran dalam entri ni hahahaha.... Gambo semua kelabu asap sebab kitaorang photoshoot dekat nak maghrib. Lagipun event habis petang, memang kelam kelibutlah jadiknya... Nak gambo esoknya tak bestlah pulak, penat mak pakai baju kurung riau dengan kain batik lepas tu tau hahahaha......Terima kasihlah pada Mr Tripod yang banyak berjasa.





Anniversary tahun ni memang sangat sangat bermakna buat mak ngan Pak King sebab anak sulung mak konvo pada 17/11/2019. Ngam ngam sama tarikh nikah kitaorang. Konon kononnya macam hadiah Anniversarylah gitu.

Korang yang tengok ni mesti rasa macam sekejap je kan anak mak dah grad, sepatah kata Yana Yani, eh, bukan hari tu Mak Jilap baru berdrama air mata ke hantar anak masuk U. Ha a.....memang mak pun terasa macam baru hari tu mak menghantar abang register masuk U! Tup tup hari ni anak mak dah grad!!!! Bila dah grad ni memanglah terasa cepat masa berlalu, cuba masa kena bayar yuran, masa tu terasa lambatlah pulak nak habis belajarnya hahaha.....Gitulah suka duka membesarkan anak belajar wei!
Apa pun, akhirnya....... setelah 5 tahun!  Tahniah abang! Ibu tau dalam tempoh 5 tahun tu bukan mudah abang melaluinya. Exam, assignment, tesis, presentation yang bersilih ganti untuk sampai ke hari ini. Dan hari ini, akhirnya ijazah menjadi milik abang. Ibu ayah tumpang gembira!

Alhamdulillah, now you grab it abang! Lebih kurang gitulah caption gambo ni hahaha....

Biasalah......anak yang grad, mak yang selalu hoverkan hahahaa..... Standby nak melompat tu, watch out mak....lutut tu, lutut tu jaga hahaha....

Wajiblah ambik gambo kat sini kan untuk kenang kenangan....lepas ni tak taulah bila lagi nak jejak sinikan!

Tak cukup dengan mengadap kamera, kita belakangkan kamera pulak hahaha...... budak budak punya idealah ni..... mak layankan ajelah

Kan dah cakap tadi...... kalau anak grad, maknya selalu hover hihi..... nak jugaklah berangan pakai robe hihi.....

Anakku,

Jadilah seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk menyembah bumi. Semakin tinggi ilmumu, semakin baik tingkah lakumu. Sematkan dalam hatimu, bahawa kejayaanmu hari ini adalah berkat doa yang tak pernah jemu daripada dua insan yang tengah sakan posing dalam gambar kat bawah ni. Jangan lupa anakku, dalam rezekimu, ada juga rezeki ibumu....Dasar ibu mata duitan hahhaha....




Wednesday, 13 November 2019

Nikmat Selera

Salam Rabu korang.....

Tak taulah apa nak jadi dengan makcik ni, sekejap muncul pas tu lama tenggelam, pas tu timbul lagi hahahaha....Tapi serious wei, rindu sangat dengan entri entri korang! 

Korang sihat ke ?? Mak semakin sihat alhamdulillah.... hihi.....Tulah tu, balik Haji ni, semakin menjadi jadi pulak selera makan ni haish!Serious ni wei. Kalau selera bertambah, berat tak naik tak apalah jugak!  Jeles tau baca FB Nora Karim dengan Puan Kutu. Diaorang menuju kesliman dan keruncingan dagu, mak pulak yang semakin menembun dan membulat saban hari hahahhaha....

Geram wei tengok ayam goreng panas panas macam ni, garing berkilat kilat pulak tu ..... lagi lagi kalau perut tengah lapo.....


Nasi Kukus kat Alor Gajah! Sedap! Jarang jumpa Nasi Kukus yang ada kuah masak lomak cili api cenggini ..... 

Dahlah makan berlomak, air pulak lomak berkrim...... Tapi ini bukan air mak ye.... air anak! Mak tumpang sedut sekali dua je hihi...  



Lepas berlomak lomak, kita berchicken grill pulak..... acanelah nak kurus kalau macam ni punya makan hehe!!! Tak healthhy langsung! Mak rasa, kalau boleh kurus pun ambik masa 5 tahun kot hihihi....


Selera ni satu nikmat sebenarnya kan....... Kalau Allah dah tarik nikmat selera, masa tu hidang apa pun depan mata, tak akan lalu kita nak makan. Jadinya, makanlah selagi ada selera..... Tapi, makanlah berpada pada..... Makan bila lapo, berhenti sebelum kenyang, gitu!. Ya.... cakap memang senang hahahaaa...