Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 29 March 2018

Pelajar Hebat, Guru Hebat, Sekolah Hebat, Mak Mak??

Salam Khamis.....

Cerita sehari sebelum cuti sekolah hari tu, hari Penetapan Target 2018 untuk pelajar PT3 dan SPM. 
Mak tak terkecualilah kan, sebab TLBD kan PT3 tahun ni. Nampaknya sawan seramlah mak hujung tahun ni weyh hahaha.....

Dah berpuluh tahun meninggalkan sekolah, sesekali datang sekolah, hadap ajelah tazkirah dari pengetua hihihi.... 



Lenguh tangan menulis amanat kat TLBD ni oiii.... hahaha.....
                             



Sebagai emak ayah, kita memang menyimpan harapan nak tengok setiap anak anak kita berjaya dunia dan akhirat kan. Kalau anak periksa tu, biarlah dia cemerlang, kalau anak dah boleh berdikari esok esok, biarlah hidup dia tu senang lenang, sihat walafiat selamanya, kalau anak dah berumahtangga pulak, biarlah rumahtangganya bahagia sampai ke syurga.  

Macam tulah jugak harapan Tok Sri Ti kepada Siti Aafiyah..... Ting ting tak ting, ting ting ting tak ting...... eh...eh.... ternyanyi pulak haih!.....hahaha...

Yang kita mampu hanya bermohon dan berdoa, kerana apa pun perancangan Allah adalah yang terbaikkan.....

Hokey, sebagai menyahut visi sekolah TLBD, ''Pelajar Hebat, Guru Hebat, Sekolah Hebat' maka ......


                     

Mak mak pun tak kurang hebatnya........ hebat berposing hahahahaha...... Kat sekolah pun kat sekolah lah weyh hahaha.....

                











Wednesday, 28 March 2018

Lauk orang malas, tapi jadi pembuka selera

Salam Rabu.....

Malas betul mak nak memblog sejak kebelakangan ni. 
Sebabnya mak tengah sawan melayan online drama episod Syurga Yang Kedua. Dulu dulu masa tengah ditayangkan kat TV, tak pulak rasa nak tengok sangat, sekarang, jadi terjebak pulak dah weyh!!! Bila tengok satu episod, jadi nak tengok episod seterusnya.... Tajuk pun dah memang kasi bergetar jiwa pompuan kan hahaha.....pelakon pulak best best, Fasha Sanda, Elizad Sharifudin, Azizah Mahzan.... itu yang semakin menjadi sawan mak nak tengok tu hihi....

Yang sedihnya, bukan sawan malas memblog je, masak pun mak dah kena sawan malas ni hahaha....
Nak buat sambal kicap pun malas..... sudahnya kita potong potong ajelah. 

Tapi jangan tak percaya yeh.... kadang kadang, benda yang malas malas macam nilah yang jadi pembuka selera kan! Tapi pembuka selera untuk 2 orang yang dah berkilau kilau dalam rumah nilah hahaha........ Anak anak kurang pandang kalau macam ni, dia makan ikan goreng tu aje ha!

Potong bawang merah, potong cili padi, bubuh kicap manis! Wallah........ 


Gu dia pulak dengan ikan goreng, tak pun telur goreng..... 
Lama tak beli anak ikan bawal putih ni sejak tak pergi pasar. Si TLBD teringin. Kat Tesco mana ada! Balik balik beli ikan sama jelah kat Tesco tu, tak ikan sardin, ikan caru, ikan kembung..... naik jemulah kadang kadang..... Kebetulan hari tu ke CS, ada ikan ni.  

Kalau ikut selera mak King, mak tak berapa suka anak ikan bawal ni..... tak de isi oii hahaha.....! Kalau mak makan, mau 20 ekor baru puas ni hahahaha..... 


Malas malas pun, kenalah seimbang...... sayur kena ada, cheewahhhh! Malaskan nak goreng goreng sayur ni, petik ajelah salad hahaha.......




Sekian, cerita malas masak hari itu bukan hari ini yeh .....hihi....

Tuesday, 20 March 2018

Musang King ke Musang Berjanggut

Salam Selasa....

Salam cuti sekolah korang ..... Korang ke mana cuti sekolah ni? Pulau ? Hutan? Obersea? Tak kisahlah kemana korang nak pergi pun, yang penting jangan pergi indesea sudah hihi... Bila dah lama tak berblog, tetiba rindu pulak yang bertandang youuu.  Terima kasihlah..... korang korang yang masih sudi berkomen walaupun tuan blognya tak muncul muncul...

Minggu baru ni balik kampung. Buat site visit kebun durian yang tak berapa batang tu. Alhamdulillah  nampaknya tahun ni dapatlah Pak King peluang memungut durian Musang yang tak berapa nak king tu hihi..... Tahun tahun sebelumnya, memang Pak monyet punya rezekilah, sikit tak ditinggalkan untuk mak.... Kurang hasam sungguh tau....  

Mana nak dapat kat mana mana orang pungut durian pakai kurta hihi.....

                  

Banyak tak banyak, dapatlah bawak balik KL penuh satu bakul ni.  
    

Tu je yang tinggal setelah diagih agihkan kepada adik beradik Pak King semalam. Kata orang berbagi rezeki gitu...... Lagi pun, waris kuat TLBD dengan Angry Bird tu, haruslah kena jaga lebih kan hahaha....



Abang ipar mak yang tolong jagakan durian ni cakap, durian mak ni sama standard dengan durian Musang King! Ye ke? Jenuhlah mak menggoogle cari ciri ciri durian Musang King weyh!...... 

Orang kata bentuknya bujur macam bola ragbi, atau berbentuk macam buah pinggang. Mempunyai tangkai yang sedikit panjang.... Hokey....nampaknya macam ada sedikit persamaan di situ! 
  
Musang King ke Musang Berjanggut
Bawahnya berbentuk tapak sulaiman, dan duri durinya mempunyai bentuk piramid .....

Musang King ke Musang Berjanggut
Pakcik google cakap lagi antara tangkai dan buahnya ada bahagian yang sedikit rata, tidak berduri.....

   

Isinya kuning, tebal dan bijinya kesip, leper dan tidak bulat..... Tak kisahlah Musang King ke Musang Berjanggut ....... yang penting mak dapat makan durian haha......

Musang King ke Musang Berjanggut
Terima kasih mak .....
Budak ni memang suka menyakat nenek suruh posing hihi....

  


Thursday, 8 March 2018

Double Right Biru aje?

Salam Khamis korang.....


Ceriakan hari anda dengan senyuman gitu!!!  Jangan bermuram durja takut jadi macam ni pulak hahaha......

                             

Tapi yelah kan...... kalau tengah ditimpa musibah, mana mampu nak mengukir senyuman. Cuma air mata jadi peneman. Sabarlah ye, banyakkanlah mengadu kepada yang Maha Pencipta kerana dia saja yang mampu menyelesaikan apa jua masalah hambanya. *Mood ustajahlah sangat ek..... *

Korang pernah tak mengalami sindrom menyampah akibat Whatsapp tidak dibalas? Kalau malas nak membalas dalam Whatsapp group yang ramai tu lain jugaklah kan. Ini dalam dalam Whatsapp berdua!  Kadang kadang memanglah perbualan tu tak perlukan jawapan tapi balaslah dengan emoji senyum ke emoji tangan jempol ke hape untuk mengakhiri perbualan! Ini tak, hampa.....Double Right biru je yang muncul! Krik...krik...krik..... Apa korang panggil? Blue Tick ek......  al maklumlah makcik dah maghrib nak, bab bab ni memang lambat sikit hihi..... 

Macam cakap sorang sorang pun ada jugak kadang kadang huhuhu.....

Cakap kat orang kotnya dia sendiri pun ada buat hahaha..... 
Biasalah ....sendiri buat mana ingat? hihi.....Tak pe, kita mulakan episod baru. Tak rugi pun menggembirakan orang lain. Kadang kadang benda gini nampak macam benda kecik, tapi kita tak tahu,  mungkin sangat besar ertinya kepada sesetengah orang.... Betul tak?

So lepas ni jangan tinggalkan Whatsapp dengan Blue Tick ek!!!




Wednesday, 7 March 2018

Lelaki jauh lebih muda dijadikan suami!

Salam Rabu......

Mak bekfes dengan jiran hari ni......maklumlah elaun baru dapat hihi..... Ingat nak makan nasi kerabu, tapi kedai tu tutuplah pulak hari ni. Sudahnya makan mee hoon campur maggi goreng ajelah. Sedap oii! Yang buat sedap tu semestinyalah paru sambal tu. Pergh!!

                             

Hari ni nak mintak pendapat koranglah..... Harap sudilah bagi pendapat ye. Kalau malas nak bagi pendapat buat buatlah rajin hihi.....
Begini ceritanya.....

Kalau anak perempuan korang nak kawin dengan lelaki yang jauh lebih muda misalannya perbezaan umur mereka dalam 10 tahun, korang bagi tak? Anak korang ni pulak adalah janda anak satu. Ada degree, ada kerja tetap. Yang lelaki ni pulak kerja biasa biasa je. 

Korang rasalah kan lelaki tu memang ikhlas nak berkahwin dengan dia ke atau ada agenda lain?? Nak kena tanya Zain Saidin ni nampaknya hihi....

Jalan yang terbaik memanglah solat istikharah kan..... tapi sajalah nak tanya korang, kalau korang jadi emak kepada budak perempuan tu. Agaknya apa yang korang akan buat? Kalau tanya dekat budak lelaki tu, dah tentulah dia akan cakap "umur cuma pada angka" yang penting ai sayang kat you. Cuba tengok sok sok kalau dah kahwin.... takut jadi janda lagi sekali pulak.

Jadi mak mak ni agaknya memang tak habis habis pikir pasal anak ek!... Sampai anak kahwin, cerai nak kahwin balik pun emak nak tolong fikirkan..... Adoiyai lah anak.....

Ai beza dua bulan je you..... Nampaknya tua dululah mak huhu....



Patah pinggang mak membongkok weyh! Adusss.....




Tuesday, 6 March 2018

Kotak Pemulangan Ubat

Salam Selasa korang....

Seminggu lepas arwah abah meninggal, adik beradik Pak King berkumpul. Selain berkumpul untuk buat tahlil dan yasinan, tujuan berkumpul jugak untuk mengemas semua barangan tinggalan arwah. Masih banyak jugak baju arwah mak yang belum dikemas. So, kali ni kita sekali harungkan ajelah.  Mana mana baju bajan abah dan emak yang masih elok dan boleh disedekahkan, adik beradik bersetuju untuk sedekahkan ajelah.... Boleh jadi jariah jugak buat arwahkan. Pak King, mak ambikkan jugak jubah sehelai dua. Boleh jugak pakai untuk ke surau, kasilah chance Pak King nampak macam imam masjid negara sikit sekali sekala hihi.....  

Ubat abah yang berplastik plastik ni pun nak kasi clear jugak. Kebetulan... ubat memang baru ambik dan sampai sebelum abah meninggal.  



Daripada dibuang, eloklah dipulangkan untuk kegunaan orang lain pulak. Masih ramai yang memerlukan. Tak gitu? Lagi pun hospital tak delah jauh mana..... sekali jalan nak balik rumah mak je... 



Rasanya semua hospital pun ada sediakan kotak pemulangan ubat. Mak ni, dekat Hospital Serdang. Masukkan aje ubat mengikut kotak yang telah disediakan.  Kalau confuse, masukkan aje ubat kat mana mana kotak,  biar pihak hospital yang asingkan hahaha.....



Tu Pak King tengah confuselah tu! hihi...... Nasiblah pakai T-shirt baru Petronas yang ohsem..... kurang sikit confuse ...





Thursday, 1 March 2018

Baklava

Salam Khamis....

Korang pernah makan Baklava? Mak pernahlah jugak merasa sekali dua time time kerja dulu. Biasalah kan, time kerjalah kita banyak mengenal benda benda pelik pelik macam ni.  

Kalau ikut sejarahnya, Baklava ni merupakan dessert pastri yang berasal dari Middle East. Bagi tekak mak memang sedaplah! Rasa manis lemak, madu, minyak sapi secukup rasa oiii....
Memang sedaplah.....Lagi lagi pada tekak jenis tolak batu, kayu dengan besi je hihihi.... Tekak senang bela ni tau! hahaha.....

Baklava


























Rasanya banyak je Baklava jual kat area KL ni, cuma kita tak tau tempat je kan. Yang mak tahu dekat  De Centrum ada satu kedai Arab yang jual Baklava ni. Tapi tak taulah sekarang ada jual lagi ke tidak....

So masa jalan jalan dekat IOI Putrajaya hari tu, ternampaklah Baklava ni dekat kedai Baaji's. Rasanya satu satunya kedai Arab dekat IOI Putrajaya Mall tu. Apa lagikan? Takkan nak tengok je? Harga boleh tahan jugaklah.... Rm28 henggit untuk 200 gram. 



Macam teringin nak makan lagilah pulak...... Jangan sampai viral, sudah !!! hihihi.....

Apasal muka muncung je ni? 
Nak Baklavaaaaa......
Apa dia ?
Nak Baklavaaaaa......

Sekali Pak King piangg sekali baru tau....... ngengada sangat haha....

Baklava