Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 30 April 2019

Babai UTP

Salam Selasa.....

Hujan renyai pagi ni......

Weekend baru ni mak pergi Seri Iskandar. Ambik barang anak teruna yang dah habis belajar. Akhirnya weiiii...... 5 tahun habis jugak anak mak belajo!hihi....
 
Anak lelaki punya barang 5 tahun memang beza banyak le kalau nak dibandingkan dengan barang anak pompuan yang cuma setahun jagung kat matrikulasi Perlis tu. Pompuan tu memang pompuan jugaklah kan hihihi.... 

Pesen mak ni pulak, tak kisahlah walau nak ambik barang je pun, satu rumah nak ikut jugak hahaha....Barang anak teruna dah tentulah, pulak ditambah dengan beg kitaorang, bertambah tambahlah barangnya hihi..... Nasib bonet masih steady....


Bila dikenang balik, macam terasa baru semalam je kitaorang hantar abang belajar kat sini wei [kisah hari pertama masuk U], tup tup hari ni abang dah hari last meninggalkan U pulak......ohhhh pantasnya masa berlalu!

Wajiblah ambik gambar buat kenangan kan....


Walaupun bukan mak yang belajar kat sini, tapi kesedihan tu mak yang over terasa hokey hahahaa..... Banyak kenangan yang terbina di sini gituuu!! Blok penempatan abang masa tahun 3 dan tahun 4, tahun 5, dah tak dapat blok kat sini dah, dapat hostel kat luar.....


Akan rindulah mak dengan masjid ni lepas ni. Seronok sangat solat kat sini. Suasana dalam masjid ni buat jiwa terasa tenang lain macam wei! Itu baru masjid UTP..... belum Masjidilharam lagi kan... entah macamanalah ketenangannya agaknya huhu....sebak pulak!








Dalam masjid..... dinding depan kat mimbar tu dibuat daripada batu. Cantik sangat..... Agaknya tu yang buat terasa sejuk je duduk dalam masjid ni 


Motor yang banyak berjasa..... Bukan cuma kepada tuan empunya, tapi berjasa jugak kepada kawan kawan yang memerlukan khidmatnya... Terima kasih motor! 

Barulah betul betul peribahasa 'alah membeli menang memakai' kalau cenggini punya gaya tempat duduk hahahaa ....


Alaaaa..... lepas ni tak dapatlah dah nak makan Nasi Kukus depan Hotel Putra. Tak dapatlah nak makan Cendol gula merah tuang suka hati lagi huhu.....Tak dapat dah nak soping tudung murah murah kat Billion.....Tak dapat dah lah nak jalan jalan Lumut. Nasiblah jugak Pak King dah bawak kitaorang pergi Kellie's Castle  dengan Cameron Highlands kalau tidak, memang entah bilalah nak sampai pulak! huhu....

Terima kasih UTP kerana memberi ilmu kepada anak terunaku.... Moga segala ilmu yang ditimba dapat memberi manfaat dunia dan akhirat.  Babai UTP!!!! Moga Allah panjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, supaya kita jumpa lagi November ni.

Last sekali posing tepi tasiklah apa lagi hahahaa....



Thursday, 25 April 2019

Mee Rebus daging berkerumun

Salam Khamis.....

Eiiiii lamanya tak memblog koranggggg..... terasa gatal gatal pulak tangan ni tau! Mak dah faham sangat dah, kalau sawan gatal tu dah mai kat tangan, tu petanda tangan mak ni request didatingkan dengan laptoplah tu hahaha.....  Sangatlah kan hahahaha.....

Korang suka Mee Rebus?
Mee Rebus bukanlah makanan faveret mak. Kalaulah korang suruh mak listkan makanan faveret, mungkin Mee Rebus ni jatuh no 15lah. Tapi dah katanya tekak mak ni sejenis tekak yang cuma tolak batu, kayu, besi, kertas, rumput dan sejenisnya kan, maka apa jua makanan yang lalu depan mata selagi ia halal, memang tak akan menjadi masalah korang sebagai tuan rumahlah untuk menjamu mak makan...... Eh, eh.... jangan tak tahu, itu nak bagi hint kat korang tu, jangan lupa jemput open house Hari Raya nanti ek hahahha.......

My faveret dah tentulah Soto, ayam lebih, bergedil lebih, sambal kicap lebih....pendik kata semua yang lebih lebihlah hihi ..... Soto kat gambar bawah tu mangkuk maklah tu hihi....Yang ni tak de lebih lebih, sebab malu ngan Pak King hihi....
Gambar ni masa sarapan kat Muar. Biasalah orang Muar, menu sarapan pagi dia selain Nasi Lemak benda nilah, Mee Rebus, Soto, Lontong, Sate....


Kenapa eh mak tak berapa suka Mee Rebus yang macam kat bawah ni ?
Mak rasa sebab kuah Mee Rebus tu tak ada isi kot..... Harapkan isi tahu dengan telur! Macam mak yang suka semuanya lebih lebih ni, memang kurang syoklah kan hihi.... Dari segi harga, Mee Rebus yang simple macam ni memang terbaik!! Jimat.....  

Janji kenyang....

Mee Rebus Muar

Jangan pulak tanya macamana rasa Mee Rebus Haji Wahid yang femes kat Johor tu..... Mak sendiri pun tak pernah rasa... Nak tau sedap ke tidak, nampaknya kena tanya Kak Saniah Ibrahim lah

Yang mak tahu, sejak jumpa Mee Rebus yang ini, hati ku sudah jatuh cinta wei !!!! Dahlah ada daging berkerumun kat atas mee tu .....  Kuah dia pulak sedap! Pergh..... Yang pasti, agak agak teringin, nak cari pun senang sebab kedai area rumah mak je kan....

Mee Rebus KL

Tahu kalau tak ada pun tak apa.....mak tak kisah pun ada tahu..... jangan tak ada taugeh, sudah.... Taugeh, i loike hokey!


Telur, ada pun boleh, tak ada pun tak berapa kisah...... yang penting ada daging berkerumun hahahaha....



Friday, 12 April 2019

Diari Haji 2019 - Part 4 - Teruja beli kelengkapan Haji

Salam Jumaat....

Diari Haji 2019 - Part 3 - Alhamdulilah dah lega
Diari Haji 2019 - Part 2 - Saringan Kesihatan
Diari Haji 2019 - Part 1 - Panggilan Istimewa dari Allah

Diam tak diam dah sampai bulan Syaaban dah kita kan...... ( moga Allah panjangkan umur kita semua dengan umur yang berkat supaya berkesempatan untuk menambah amalan yang masih sedikit ini....) lepas ni dah Ramadhan, pas tu dah Syawal pulak, sedo sedo Pak King dah pakai ihram kat KLIA hihi..... 

Nah..... mak copy pastekan, kot kotnya ada yang nak tau Raya Puasa tahun ni bila....

Sejak kursus Asas Haji dah habis ni, rasa macam lapang sangat pulak. Rasa macam tak de benda nak buat. Selalunya pagi Sabtu tu mak dah siap siap nak gi kursus dah. Sebenarnya boleh je nak isi masa terluang tu kan, cuma rajin dengan malas je, pokok pangkalnya diri sendiri, boleh je buat ulangkaji ke, hafal doa doa ke, ini tidak, goyang kaki je banyak hahahahaha.... 

Untuk kawasan mak, mak tengah tunggu tarikh untuk kursus Intensif Haji sebenarnya. Tarikhnya dah tau, cuma belum tau nama kita letaknya kat tarikh yang mana. Kalau ikut itinery dia, peserta kena lengkap berpakaian ihram masa tu. Kita pompuan ni tak delah kisah sangat, asal tutup aurat sudah, lelakilah, kena ada kain ihram jugak... Nak jugak belajo cara cara pakainya... kang cara tak betul, jadi seksi pulak...

Mak, bab bab soping ni memang sukalah hihi..... Tak kiralah soping apa, janji boleh tengok tengok barang. Sebahagian barang mak beli kat Warta Bangi, sebahagian barang beli kat Kenanga Wholesale. Kat Kenanga rasanya harga dia sedikit murahlah banding kedai kat Bangi tu. Tapi tu harga botol wudhuk lah hihi..... 

 
Konon beli awal botol wudhuk tu nak try prktislah, sampai ke sudah wei hahahahaa.... 

Jangan main soping je, kenalah jugak dengar pengalaman orang yang dah pernah pergi, ye tak....benda patut dan tak patut beli. Kadang benda remeh kat sini tapi jadi sangat perlu bila kat sana. Kalau korang ada tips tips mohon kongsi eh. Nak jugaklah tempek blog yang berkaitan, mudah sikit mak nak refer nanti Blog Fitrah al Hajj.


I beli baju putih you, nak ambik pahala sunat katanya. Tapi tulah..... baju putih ni leceh sikit ek, sebab ada sedikit jarangkan jadinya kenalah pulak cari anak baju, anak seluar dan macam macam anak lagilah hihi..... Kat situ je dah dah macam banyak je barang mak nak kena beli hahahaha. Yelah..... takkan nak pakai tshirt dalam kaler kaler pulak. Dah baju tu putih, tshirt dalam kenalah putih jugak.... Banyak cekadak betul pompuan ni hahaha !!! Baju putih dua dua tu mak beli kat Kenanga, sampai terserempak sekali lagilah dengan blogger Ana Suhana Suhaimi. Asal pergi Kenanga je jumpa si Ana ni..... hadoiiiilah .... hahhaha

Semuanya dah siap mak alter. Maklumlah orangnya tak berapa nak lampaikan hahahhaa.... jadinya kenalah alter sana sini sikit!  



Dah ada baju kenalah ada tudungkan. Katanya nak naik haji hihi..... Tudung mak ambik yang saiz  2XL hokey! Mak bab tudung ni kadang kadang ada cerewet sikit, yelah kadang kadang kat part muka tu tak cantik...... Yang tudung putih mak beli ni pun muka dia tak berapa best, tapi beli ajelah, takut kang ada pulak yang kena marah kang hahahaa.... Dahlah tunggu punyalah lama nak pilih tudung je pun, lepas tu tak beli......berani ka??

Dalam gambar bawah ni, banyaknya barang mak je...... nampak sangat !!! hihi.... barang Pak King cuma kain Ihram, sehelai jubah putih dengan seluar putih nipis untuk pakai dengan jubah je.... Best betul tau ketuk ketuk duit laki hihi..... Pahala bang hihi.....


Mengalahkan budak budak nak naik sekolah atau pun nak sambut Raya...... benda baru, wajiblah try banyak kali wei..... Laki bini sama naik hahahaha




Ya Allah panjangkanlah umur kami, berikanlah kami kesihatan yang baik, sihatkanlah tubuh badan kami supaya kami dapat menyahut panggilan menjadi tetamuMu untuk menunaikan fardhu Haji pada tahun ini Ya Allah.... aminnn

Thursday, 11 April 2019

Tukar angin

Salam Khamis

Kejadian hujung minggu lepas. Sesekali nak jugak tukar angin, asyik pusing taman je kan, mehlah kita pusing tasik pulak..... 



Pusing tasik dengan cik abang yang tak berapa nak sado ni hihi..... Dah ada cik abang tak laku dah geng taman hihi


Suasana pun tentulah berbeza..... bukan orang je ramai, burung merpati pun banyak nak menumpang meriah



Kenapa bunga ni orang bagi nama Janda Kaya eh? Sebab janda kaya suka bunga inikah.... atau bunga ini selalu ditanam oleh janda kayakah? Haih...... Jenuhlah mak memikirkan sebabnya sepanjang berjalan tu hahahhahaa...... tak de keje!



Lepas tu ajak Pak King sarapan, tapi sambal kicap dia kurang power... Eh sapa cakap mak diet? Asal jumpa makanan je terus lupa diet! Lain kalilah diet wei

Tuesday, 9 April 2019

Cuti Hadiah

Salam Selasa .....

Dah terlanjur Dr Bijen buat buat tanya pasal bezday mak ( sajalah tu nak ambik hati kan hihi...... ), maka mak pun konon konon terpaksalah up entri bezday ( padahal diri sendiri yang tak menyabo nyabo nak up hahahaha ....). Tarikh  bezday mak yang sebenonya, 3 April hari tu. Sudah berhari hari lepasnya wei. Saja malas nak up entri hari yang sama. Lagi pun tak de buat apa apa pun. Yelah... sejak nak jadi bakal hajjah ni kenalah belajo belajo behave, jangan ditunjukkan sangat gelojoh tu! hahhahaa.....

Jenuhlah mak menunggu nunggu surprise daripada Pak King. Sudahnya nan hado hahahhaha.....Mereputlah situ !!!

Happy belated Bezday, Isyak girl ! Tak payahlah tanya umur, yang pasti dah purbakala dah umurnya 🙄.

Kek hasil tuntut janji dengan Pak King! Terima kasih Pak King Kong ....


Kek free tu! Makan kat The Manhattan Fish Market. Kebetulan ada birthday promotion bulan April. So kiranya rezeki maklah kan.... Happy Birthday tag tu siap beli sendiri lagi. Punyalah teruja hihi..... 


Ini aje benda yang mak order. Kenyanglah untuk 3 beranak. Kebetulan tengahari tu baru lepas makan nasi briyani kat kenduri kawen anak sedara kat Bangi. Makan berat sepanjang hari. Memang ke lautlah diet mak hari tu....huhuhu...


Dr Bijen Pak King cakap, Cuti Hadiah tahun ni sebab selalu Cuti Masak! erk...... mak nak mogok lah kalau macam ni!

Friday, 5 April 2019

Rezeki pagi Jummat

Salam Jumaat...

Rezeki pagi Jumaat. Jiran mak aka geng pusing taman belanja nasi lemak, kuih kaswi dengan kuih donat. Kuih donat dah selamat dalam perut. Lepas bako kalori kita tambah kalori balik hahahahaa...... Lantaklah situ!

Menggodah kan....



















Katanya belanja sempena bezday. Terima kasih beb.....

Rezeki pagi Jumaat, sudah..... rezeki hujung minggu, mohon Pak King jangan buat buat lupa pulak  heheheh.....

Wednesday, 3 April 2019

Balas dendam lepas check up....

Salam Rabu.....

Sejak lepas check up haji ni, banyak pulak teringinnya mak ni. Mengalahkan nenek mengandung pulak hahahaha... 

Salah satunya benda ni, Mee Siput! Rasa dia tak delah sedap mana, tapi teringin dia bukan main lagi. Mungkin sebab dah biasa makan sejak kecik kan jadi kadang kadang sawan teringin tu datanglah ....  So, masa balik kampung hari tu mak paksa Pak King cari Mee Siput sampai dapat. Tak delah mencari sangat pun, banyak je kedai runcit yang jual Mee Siput kat Muo tu hihihi.....  

Rasanya orang Johor je yang reti makan Mee Siput ni, orang dari negeri lain mak tak sure.... boleh jadi jugak tak pernah jumpa!


Mee Siput Muo
Satu lagi berger..... lama wei mak tak makan fast food ni sebab nak check up punya pasal! Kebetulan masa hantar si TLBD ke klinik hari tu resto Berger King kat sebelah dia, apa lagi kan.... Mak jarang makan Berger King. Rupanya sedap jugak ek. Daging dia rasa asap asap gitu.....fefeeling macam daging salai gitu....

Berger King
Mohon terliur hahahaaa......


Habislah diet  mak hari tu wei....

Monday, 1 April 2019

Diari Haji 2019 Part 3 ~ Alhamdulillah dah lega

Salam Isnin....

Diari Haji 2019 - Part 1 ~ Panggilan Istimewa Dari Allah
Diari Haji 2019 - Part 2 ~ Saringan Kesihatan

Sabtu baru ni mak baru je selesai check up untuk bakal bakal jemaah haji. Terasa lega seleganya wei..... Kalau tidak hari hari duk memikirkan masalah check up ni. Cengginilah masalah orang pengecut jumpa doktor agaknya ek...... 

Mak ngan Pak King punya giliran pukul 10.30 pagi. Pukul 10 mak dah sampai Klinik Kesihatan hokey. Kalau boleh nak cepat siap sebab lepas tu nak balik kampung, anak sedara mak kawen. Lepas daftar bagai macam biasalah kena ambik darah untuk tau jenis darah, kepekatan darah, gula dalam darah, lepas tu baru ambik berat, ukur tinggi dan ambik tekanan darah. Part ambik tekanan darah ni tak payah nak cakaplah, macam biasa jantung mak berkompang dalam tu hihi....Entah apa yang diseramkan pun tak taulah. Alhamduillah, gula dalam darah ok, 4.8, mau tak ok, sejak sebulan lepas lagi mak dah pantang air manis tau.

Tapi bab yang satu ni, memang dia tak dengo kata! Haih tinggi jugak engko ye Tekanan Darah! Penat seminggu makan epal hijau blend macam yang di saran ko Yati Cahaya Hidupku.Tak lut! hahhahaha.... Kebetulan masa check tu Pak King kat sebelah meja, dia punya tekanan darah pun tinggi jugak! Hihi... boleh sekufu pulak tu laki bini . 



Untuk umur yang 40 tahun ke atas, yelah umur umur yang dah menjelang Isyak macam mak laki bini ni diwajibkan buat ECG. Sebab mak dah pernah buat ECG masa check up rutin sebelum ni, jadi mak tak takut sangatlah, konfiden jelah, kalau tak, ngeri jugak tu. Sekejap je buat ECG ni. Nurse klip klip kat kulit bahagian dada, kat kaki, kat tangan dengan wire, tak sampai satu minit dah keluar graft rentak jantung.....

Lebih kurang cengginilah bentuknya. Tapi ini bukan result ECG maklah ye.... Result ni macam menyeramkan je... Graft dia kejap ke bawah, kejap ke atas..... hish!!!
Image result for graft ecg
Google

Selfie luuuuu......
Ada orang tu takut nak kena injek hahahhaa....


Dah siap semua check check tu, last sekali barulah masuk bilik doktor. Dalam bilik doktor ni belum boleh rilex lagi wei. Check paru parulah, check payudaralah..... nasiblah tak de buat pap smear, kalau tidak mau berkompang balik mak punya jantung hihi..... Alhamdulillah, doktor puas hati dengan semua result mak dan Pak King walaupun tekanan darah memasing tinggi tapi terkawallah kot. Lagi pun, mak ngan Pak King kan dah makan ubat. Barulah doktor luluskan untuk buat injection Meningococoal Quadrivalent Vaccine. Doktor  pun ucap Tahniah!!!! Terima kasih Dr Noor Asyila yang comel! Yahuuuuuu......Lega wei!



Dekat pukul 1 jugaklah selesai urusan check up ni. Lepas tu mak dengan Pak King apa lagi!!! Balas dendamlah wei, makan penuh pinggan hihi.....  

Syukur ya Allah, kau mudahkan urusan kami....... rasa nak menitis air mata mak! Walaupun masih panjang lagi perjalanan, masih banyak lagi cabaran yang harus mak, Pak King dan bakal jemaah haji lain tempuh, tapi terasa sebelah kaki dah berjaya melangkang..... Moga Allah mudahkan urusan mak  laki bini dan bakal jemaah yang lain jugak selepas ini....aminn


.Dah jom bang..... cepat balik kampung!