Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 22 August 2017

Senai ku datang....

Salam Selasa....

Jumaat hari tu pergi Senai. Pak Jilap ambik half day! Jek abang ipar le tu hihi.... Nak meraikan abang yang nak pergi Haji katanya. Ikutkan jadual, flightnya Sabtu tengahari so kalau mak dari KL pagi Sabtu tu takut terkocoh kacahlah pulak.

Bila sampai Senai ni teringat Kanda Zakie dengan Kak Saniah. Kalau ikutkan hati, teringin jugak nak jumpa mereka....

Pak Jilap siap siap booking Hotel Perth, betul betul berhadapan dengan Terminal Airport Senai. Sama tempat stay abang dan keluarganya.

Singgah solat  Asar kat R n R Machap! Banyaknya lalat!!


Ohhh.... mungkin sebab musim Haji kot!  Orang tua tua cakap kalau musim haji memang banyak lalat! Jangan tanya mak kenapa? Sebab mak belum berapa tua! Haha.....

Setakat lalat ni, mak ok je.... tak delah acah acah geli pun!! Apalah sangat benda terbang terbang cenggitu !! Kalau ulat, jangan ek!!!!...... Meremang bulu roma ai hokey!

Nah..... layan muka orang yang perasan tak berapa nak tua! Crop kasi sorok perut haha....


Puteri Bongsulah orang paling happy sejak kakak dia belajar, sebab dia boleh tidur sebilik dengan Nenek Kebayan! Huh.....

 
Oleh sebab Hotel Perth ni dekat dengan JPO, Pak Jilap, si kaki ronda tu, ajak mak pergi merendek ke sana lepas maghrib. Dia dapat jam, mak jugak yang  dapat melopong! Cis..... tak aci betul ah!


Balik JPO, join abang dengan family dia ngeteh pulak!


Esoknya, mak ada kenduri kawen makcik Pak Jilap kat Batu Pahat... Tak dapat nak tunggu abang sampai masuk dalam.


Doa dari kejauhan....
Selamat bermusafir abang dan isteri, moga dipermudahkan urusan ibadat disana, mendapat haji yang mabrur dan terus istiqomah sekembalinya.....

Acah acah sayang haha....

Thursday, 17 August 2017

Apa apa pun boleh

Salam Khamis.....

Tadi baca blog Ann Ishak. Dia ceritalah yang hujung minggu hari tu dia bekfes Kuih Raya, esoknya bekfes Kerepek pulak, yelah.... misi nak menghabiskan saki baki kuih Raya Puasa sebelum Raya Haji katanya.

Samalah kita Ann..... 2 x 5 sepuluh haha..... Mak pun kekadang bekfes kerepek jugak..... Yelah, manalah nak habisnya korang, kalau mak sorang yang tukang makan. Orang dalam rumah ni semuanya tak mandang weyh kuih kuih Raya, kerepek kerepek ni. Nak bekfes spesis macam ni, lagilah tidak. 


Kekadang bekfes Kuih Tart jugak haha..... 
Bekas kuih Raya pun ada lagi atas meja tu ha..... Nenek Kebayan katanya. Sawan nak mengibas tongkat sakti belum sampai. Sekali dah rajin mengibas kang..... dengan orang orang sekali mak libas! Eh.......

Separuh orang, bab bab makan ni kena proper, kena betul betul bekfeslah kata orang. Kena duduk atas meja, kena ada mee goreng ke, kena ada nasi lemak ke,  roti bakar ke....

Tapi untuk mak, apa apa yang ada pun boleh jadi hidangan bekfes. Ayam panggang lebih lauk malam tadi pun jalan haha...

Korang macamana pulak?


Wednesday, 16 August 2017

Hikayat Nenek Kebayan dan Tuan Puteri

Salam Rabu korang....

Satu hari, di hari bekerja beberapa minggu yang lepas, Tuan Puteri Bongsu ajak makan pizza. Teringin katanya. Dia ni kan memang memanjang teringin tau!

Maka untuk tidak menghampakan sang Tuan Puteri, Nenek Kebayan pun pergilah ke kedai Pizza. Orderlah set untuk 2 orang.... 1 regular Pizza, 2 mangkuk sup cendawan, garlic bread dan 2 gelas air.


Tak cukup dengan itu,  Tuan Puteri teringin pulak nak makan cinnamon bread. Katanya Cinnamon Pizza Hut lagi sedap kalau nak dibandingkan dengan Domino. Kata dialah.....entah ye entah tidak! 


Dah katanya perangai tu sama naikkan, Nenek kebayan pulak terliur tengok BBQ chicken. Entah bilalah nak masak sendiri ikut resepi Ayam BBQ Phong Hong. Tahun lepas lagi dah beli sos BBQ nya hihi.... Sampai sudah belum mencuba!

Semua pun sedap kalau dah katanya orang yang masak ni. Sedap weyh Cinnamon Bread tu, lembut sangat! Buat sendiri pun belum tentu jadikan....

Sudahnya tak habis! Tuan Puteri dan Nenek Kebayan sambung makan kat rumah!

Sekianlah kisah Hikayat Nenek kebayan dan Tuan Puteri makan pizza hihi....