Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 23 September 2019

Diari Haji 2019 Part 7 - Sahabat Hati

Salam Isnin....

Baru nampak sinaran matahari pagi ni..... walaupun masih ada lagi sisa sisa jerebu nun di sana. Tempat korang macamana?
Banyak je benda mak nak share dengan korang pasal Haji. Mau tidakkan.... Ibadah Haji ni pengalaman seumur hidup! Selepas ni belum tentu dapat pergi lagi. Tapi, sebelum mak berkongsi tentang perjalanan Haji mak, mak nak share dengan korang pasal roomate mak dulu. Bukan roomate seumur hidup mak yang tuuuuuu hihi..... Pada mak, penting tau dapat roomate yang sporting! Yelah, kita nak berkongsi bilik dengan mereka bukan sekejap, sebulan lebih tuuuu.... Kalau dapat yang tak kena gaya, maunya iktikaf kat masjid sepanjang masa hihi.... Walaupun pahalanya besar, tapi sebagai manusia normal, nak jugaklah balik bilik berehat kan.....

Alhamdulillah, doa mak dari sebelum pergi Haji lagi, Allah makbulkan. Mak dipertemukan dengan roomate Haji yang sangat sangat best dan sporting. Rasa rindu pulak dengan penghuni bilik 715 ni.......
 
Di sinilah permulaannya mak bertentang mata dengan lima orang roomate mak ni. Memang janggallah pada mulanya. Mau tidak, selalu beroomate dengan Pak King, tetiba kena beroomate dengan orang lain pulakkan. Tak pernah kenal pulak tu..... Tapi itulah percaturan Allah, rupanya  Allah sedang hantarkan sahabat hati untuk jadi peneman mak selama lebih kurang 37 hari di bilik ini. Alhamdulillah... 


Ini pulak rumah mak di Mekah ( ustaz cakap jangan cakap hotel, tapi cakaplah rumah supaya kita boleh pergi selalu ke Mekah ), Hotel Masat Al Badae yang berjarak lebih kurang 1 km daripada Masidil Haram. Alhamdulillah, puaslah jugak kaki berjalan hihi..... Hotel mak ni berdepan dengan perkuburan Ma'la, perkuburan yang menempatkan makam Saidatina Khadijah isteri kesayangan baginda Rasulullah. Cuma makamnya taklah depan betul dengan hotel ni...


Perkenalkan Roomate Haji mak yang super best !

Dari kiri Makcik Sarmi, depan kiri Anis, belakang kiri, Fatin, Lela dan Mira Filzah

Gambar ni diambil sebelum kitaorang bertolak ke Arafah pada hari Jumaat (9/8/2019). Entahlah....  terasa sayu pulak pagi ni, lebih lebih lagi bila saling bermaaf maafan usai solat subuh berjemaah dalam bilik yang berimamkan kak Mira Filzah ( Glemer kan? Nama imam macam artis hihi......). 
Roomate paling muda, Anis.... umur 33 tahun.  Anak tunggal, lembut je orangnya. Putih merah kulitnya..... Hobi dia makan berger kafe hahahaha..... mak pun jadi terikut suka jugak makan beger huh! Sedap beger tu kot! Sambil makan berger, sambil mata kedip kedip hihi.... Alaaaa..... trade mark dia! Alaaa....  akak rindulah dengan kedip kedip mata dan ketawa Anis yang susah nak stop tu!

Di bumi Arafah

Sebab dia paling muda, memang dia jadi mangsa buli jerlah dengan senior. Berani nak lawan senior ke?? hahahaha..... 

Tapi ni memang betul betul senior, makcik Sarmi umur 69 tahun ( gambar bawah paling kiri ). Kalau mak tak bagi tahu umur makcik, sure korang tak dapat teka yang mana satu makcik Sarmi kan, sebab nampak sebaya je dengan kitaorang semua. ( Sorry Anis ...nampaknya Anislah yang nampak tua hihihi.....) 

Sungguh pun umur jauh beza dengan kitaorang, tapi makcik sporting habis! Sekepala je dengan kitaorang. Tenaga pun kalah orang yang sedikit muda ni tau hihi..... Salute dengan makcik, berkali kali umrahnya.

Depan bilik pun sempat posing......

Berbeza dengan kitaorang yang rumah area sini sini je, makcik sedikit tercampak jauh, makcik duduk Meru. Susah sikitlah nak jumpa.

Mira Filzah versi sinoneng hihi
Si tudung coklat tepi tu, namanya Afizah, tapi "bodyguard" yang glemerkan nama dia jadi Mira Filzah hihi.... Kak Fizah ni geng ketawa mak dalam bilik. Nak tidur ketawa, bangun tidur pandang muka dia pun ketawa..... Kadang kadang cakap sepatah pun boleh ketawa! Sinoneng betullah..... Entah apa yang lucu pun tak tau! Ha....ketawa ketawa jugak, lepas ketawa mak kena hafal makna surah dengan dia....Seremmmmmmm!! hahaha.... 
 
Kak Fiza dan Anis



Depan khemah di Arafah.... Sorry Fatin ( kanan sekali ), I nak jugak buh gambaq u yang tudung macam topi ni hihi....


Gambar atas versi suci, gambar bawah versi mak jadi mak Arab hihi...... Ye tak ye, susah jugak nak bernafas wei! Gambar ni masa mak ngan roomate nak pergi shopping. Orang pompuan biasalah.....campak kat mana pun mesti nak shopping jugakkan hihi..... Bukan shopping pun kadang tu, cuci mata je pun jadik wei...
 

Kalau pi shopping, si Fatin tulah yang jadi bodyguard, kalau kat bilik dia jadi "ketua pengawas". sebab dia paling tinggi dan paling kuat disiplin hahaha.... Fit tuuuu. Kalau berjalan dengan kitaorang, jauh dia tinggal kitaorang kat belakang. Kitaorang dah termengah mengah, dia steady jer. Tapi yang tak menahannya, hari hari kitaorang kena make sure Toilet Tissue ada tau! Kalau tak de, nanti "ketua pengawas" tanya! Kenapa tak mintak tisu???? Takutttttttt hahahaha...

Nampak tu..... dia posing kaki bengkok pun masih tinggi lagi daripada mak!

Selepas melontar Jamrah Kubro pada 10 Zulhijjah















Cuci mata timeeee

Yang ni pulak geng diam mak hihi....Katil dia atas kepala mak.... Paling awal bangun pagi kecuali time demam, dia kalah hihi..... Tak berapa banyak cakap, sedikit serious, tapi sesekali bila menyampuk kitaorang sembang, boleh tahan lucu jugak! Suka jugak dengar Lela ketawa.... ada iramanya tersendiri.

Terima kasih sahabat hati kerana menjadi peneman mak di sana. Menerima mak seadanya. Sudi berkongsi segala galanya di syurga kecil kita tu. Tanpa korang semua, rasanya perjalanan haji mak tak akan seindah ini. Indah dengan kenangan yang kita cipta bersama! Blog ni cuma mampu mencoretkan sebahagian aje cerita indah kita, selebihnya kita sematkan dalam hati kita rapi rapi ye......    

Terima kasih Allah kerana menghantarkan mereka kepadaku. Kau peliharalah mereka dan kau limpahkanlah rahmatmu kepadanya.

Semoga kita semua mendapat redho Allah dengan asbab kita bersilaturahim keranaNya....Sayang korang semua!


Sessi melepas rindu dendam dah pun berlangsung seminggu selepas balik Haji baru baru ni hihihi. Kat kedai mamak je.... Terima kasih Abang Ramli dan isteri Lela kerana beanja makan pada hari tu. Moga Allah luaskan rezeki korang berdua dan boleh belanja lagi hihi.....

Kami sebilik tau di Mekah!
 
Mereka pun sebilik! Cuma isteri kepada baju Oakley (Nita) tu lain bilik di Mekah tapi sebilik di Madinah.

Sorang tak dapat datang...

Roomate mak di Madinah.
Buat Nita dan Intan walaupun kita sempat sebilik cuma 5 hari 5 malam tetapi korang tetap istimewa di hati mak.

Kak Fizah, Fatin, Nita dan Intan


Thursday, 12 September 2019

Diari Haji 2019 Part 6 - Pergi yang telah kembali

Salam Khamis korang....

Alhamdulillah... mak dah selamat pun mendarat di bumi Malaysia pada pukul 11.40 pagi, hari Sabtu pada  31/8/2019. Hari yang sama kita semua menyambut Awal Muharam dan hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 62.

Setelah 42 hari bermastautin di bumi Ambiyak sebagai tetamuNya, Allah telah mengembalikan mak semula di bumi Malaysia dalam keadaan yang sihat, cuma batuk dan selsema sikit, adatlah kan..... orang kata batuk dan selsema tu adalah ole ole dari Mekah. Alhamdulillah.....


Serious..... 42 hari terasa sangat sekejap, terasa baru semalam mak meninggalkan rumah.....Sebak wei masa ni!

Mau tak.....pergi bukan sebagai pelancong tapi pergiku sebagai Duyufurrahman dan kembaliku insyaallah membawa kemabruran.

Movenpick -  pada hari keberangkatan menunaikan Fardhu Haji 2019/1440H (Ahad, 21/7/2019) sekitar pukul 9.00 am. Pakej Muasasah
Check in beg dulu.... Anak dara baju merah kotak kotak tu sedih nak kena tinggallah tu.....hihi


Terima kasih kepada adik beradik, anak sedara yang mengiringi sampai ke Movenpick. Terasa sangat istimewa bila menjadi bakal tetamu Allah ni kan....  

Mereka sanggup datang dari Muar semata mata nak mengiringi adik bongsu. Sebak hokey!....  



Baru semalam juga terasa diiringi polis trafik terus ke balai perlepasan KLIA, Sepang...




Tapi harini mak dah kembali semula ke tanah air....macam mimpi! Dah tak payah nak bermimpi sangatlah mak haih hehehe.....

Semoga kembalinya kami bagai bayi yang baru lahir. Suci, bersih.....


 Haji King hihi.....


Syukur, mak balik disambut meriah ...... Terima kasih kakak dan kakak iparku yang bersusah payah masak.Moga mereka beroleh keberkatan kerana meraikan kami dari kami pergi sehinggalah kami kembali semula......

Rinndu rumah!