Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 22 March 2019

Diari Haji 2019 - Part 2 ~ Saringan Kesihatan

Salam Jumaat.....

Sambungan dari kisah Diari Haji 2019 - Part 1~ Panggilan Istimewa dari Allah 

Bila mak tengok borang Saringan Kesihatan tu kena hantar sekali dengan Surat Tawaran Haji  hati mak punyalah susah. Susah sebab seram nak jumpa doktor. Seingat mak, memang dah lama sungguhlah tak jumpa doktor. Setakat batuk dengan seme sikit sikit tu memang mak minum ubat lebih Pak King yang mana ada aje.

Paling mak seram dah tentulah tang BP dan ujian darah. Pasal BP tu sebab mak memang pernah ada darah tinggi masa mengandung anak tiga orang tu dulu, cuma terkawallah kot sebab doktor tak bagi apa apa ubat pun masa tu. Yang part ujian darah tu tak delah seram masa cucuk ambik darah tu, mak seram masa dapat result tu wei!

Tapi nak buat macam mana kan, dalam pada takut tak takut tu, kenalah hadap. Nak gi Haji kan.....Mula tu nak pergi klinik swasta tapi staff klinik tu cakap untuk check up Haji tak semua doktor boleh check. Dah kalau susah sangat, pergi ajelah Klinik Kesihatan. Bayaran pun mungkin murahlah sikit kot! Rupanya tak jugak murah, kena bayar  Rm100 henggit jugaklah. Bab check up, check up ni biarlah mak check up asing asing dengan Pak King...  Sebabnya kalau ada dia, mak jadi terlajak nebeslah pulak.
  
Sampai klinik, ambiklah nombor giliran. Bila sampai giliran, nurse pun buatlah kerja dia. Ambik berat, ambik tinggi lepas tu check BP. Lepas tu tunggu lagi untuk jumpa doktor. Korang nak tau berapa BP mak time tu?? Tinggi wei...... 180/110 kot. Kali ke dua check, semakin tinggi.....Dan dan teringat Suria Amanda dengan Kak Cik Seroja. Semakin lajulah degupan jantung mak ni..... Nurse tanya ada rasa pening tak? Tak delah pulak....

Keluar bilik doktor sambil bawak borang Saringan Kesihatan dengan bacaan BP 175/104 mmHg. Doktor cakap, tengok bacaan tak cantik huhu..... Dan dan mak kena datang balik 2 minggu lagi. Kena monitor BP jugak kat rumah. Nasiblah bacaan lain macam Hb ( hemoglobin ), Glukos semua ok.... BMI jangan ditanya hahahhaa...


Tengoklah ...... terus doktor letak mak kat kotak Cardiovascular.... huh mengerikan sungguh!

Kalau ikutkan, kat rumah dah ada satu dah benda alah check BP ni. Tapi benda tu dah lamalah belinya. 2 - 3 tahun sudah. Bila dah lama beli, doktor nasihatkan kena bawak benda alah tu kat kedai farmasi yang kita beli dulu untuk dicalibratekan untuk dapat bacaan lebih tepat. Dahlah dulu beli kat Ayer Keroh? Emm.... susah susah sangat  beli baru jelah..... Tengok kat Klinik guna brand ni so mak pun ambik brand ni jugaklah. Harga dalam Rm300. Buatan Jepun. Ada yang harga Rm 100 lebih jugak, tapi saja ambik yang mahal sikit kotnyalah yang mahal lebih baguskan...

Gadget baru mak hihi......i
Yang menjadi masalahnya, bila check kat rumah bacaan mak macam normal!!!! Taklah setinggi macam kat klinik atau farmasi. Acane tu?

Selagi belum lepas 30/3/2019 mak belum boleh hilang debar wei... Apalah yang nak dicheck pulak  agaknya...


Thursday, 21 March 2019

Boss ku

Salam Khamis....

Semalam ada baca entri Puan Kutu, tajuk dia Birthday surprised untuk Abah. Dan dan teringat satu entri mak yang mak dah draft masa mak kena sawan betapa hari tu, tapi tak publish publish.....maka hari ni mak nak publishkan lah....

Kisahnya pasal surprise jugaklah...... Apa? Ingat Puan Kutu sorang je mampu menyeprisekan abah hahaha......


Kejadian ni masa Bezday Pak King hari tu. Bezday yang ke berapa? Kalau rambut dan janggut pun dah beruban cenggitu haruslah dah masuk Isyak kan hihi.....

Hari bezdaynya esok, malam tu mak suruh anak buh hadiah dalam bonet kereta.  Hadiah tu   dah belilah siap siap petang tu. Alah.... hadiah biasa biasa je pun.... janji hado hahhaha..... So pagi esok bila Pak King nak pi kerja, bila dia bukak bonet nak letak beg laptop dia, taraaaaaaa tetiba ada hadiah! Surelah hati berbunga bunga. Confirm tersenyum sorang sorang dalam kereta hihihi....Ha itu ajelah ceritanya. Birthday surpriselah jugak tu namanya kan hahahaha..... 

Happy belated Bezday Pak King, bossku....moga Allah memberi keberkatan umur buatmu, diberikan kesihatan yang baik, dicukupkan rezeki dan sentiasa dilimpahi kebaikan dunia dan akhirat oleh Allah. Terima kasih bossku kerana sabar mencari rezeki untuk anak binimu....

Sejak kawen dah lama dan dah semakin Isyak ni, semakin  tak de idea pulak nak buat ucapan panjang panjang emm bolehlah tu kan ...... janji hado hihi....

We ♥️ you bossku...






Tuesday, 19 March 2019

Berbingsu di Mykori

Salam Selasa......

Panas sungguh cuaca sekarang ni kan. Banyakkan minum air masak tau korang. Mak ni harap nasihat jelah pandai, kadang diri sendiri nak minum air masak pun tak lalu. Nak bagi lalu senang je, kena mengunyah benda dulu hihi....

Salah satu tips nak menyejukkan tekak di hari yang panas berdenting, berbingsulah di Mykori Dessert Cafe....... Ni semua idea si TLBDlah ni..... Lepas satu, satu..... hari tu nak merasa donat kalerful, nasib bendanya kat area Bangi je, bolehlah mak layankan, sekarang ni dia tengah memasang jerat nak order online donat cheese bertakung......yang tu kat area Shah Alam..... Hebat tak hebat penangan IG ni kan... 



Kalau selalu makan kat sini, mau kena cucuk insulin mak ni.....


Healthy kot!!
































Monday, 18 March 2019

Diari Haji 2019 - Part 1 ~ Panggilan Istimewa dari Allah

Salam Isnin ...

Hehehe...... belum apa apa tetiba dah muncul entri Diari Haji! Kalau dah ada Part 1, haruslah berpart part kan..... Dahsyat ke tak dahsyat tu hahhaha...... Sudah verangan nampaknya!!!. Maunya tak verangan wei..... bila tengok sorang demi sorang kengkawan sebaya pi Haji, tengok pulak kengkawan yang jauh lebih muda dari mak dah dapat panggilan Haji lebih awal, lama lama timbul jugak rasa cemburu dalam hati mak ni. 

Alhamdulillah, hampir 11 tahun menunggu giliran ( daftar pada April 2008 ) akhirnya mak dan Pak King mendapat panggilan istimewa dari Allah pada bulan Februari baru baru ni. Kalau dah dapat panggilan, rugilah tolak kan? Sedia ke tidak, kenalah usaha sampai sedia. Nak sampai giliran bukannya senang! Cantiknya setiap aturan Allah tu, tepat pada masanya, tepat pada ketikanya, sebabnya, masa mak dan Pak King berangkat ke Mekah nanti, dalam bulan Julai ( penerbangan Haji yang pertama dijangka 5 Julai ), insyaallah masa tu anak sulung mak dah habis belajar, si kakak pun masa tu cuti semester,  jadinya si bongsu ada orang temanlah. Tak delah mak risau nak meningggalkan dia sorang sorang. Jadinya bolehlah fokus ....

Panggilan istimewa dari Allah....


Kalau dah katanya istimewa, wajiblah setiap moment tu mak abadikan. Moga Allah panjangkan umur kami untuk melalui pengalaman yang istimewa dan berharga ini.

Dalam pada seronok dan teruja tu, seram pun ada jugak sebenarnya. Mau tidak, pengalaman pertama kot! Macam macam dalam fikiran mak ni tau....... Beruntunglah korang yang dah pernah pergi umrah dulu kan......sure tak seseram mak.

Seram yang tu satu hal, nak hantar balik borang tawaran Haji tu pun satu hal jugak!  Mau tak seram wei.....! Kena buat check up bagai! huhuhuhuhu.... Tengoklah borang dia tu ha..... macam macam yang nak kena isi. Paling seram part BP tu.... Dah tu macam macam kotak pulak kat bawah tu!!!!! Allahuuuu, tulunnnnnn...




Thursday, 14 March 2019

I am back

Salam Khamis .....

I am back!! hahahhahaa..... Sepotong tu ajelah omputihnya hihi.... Rindunya dengan bloggggggggg....... Rindunya nak baca cerita korang..... 

Korang apa khabar? Sihat ke? Mak doakan semoga korang semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah swt. Mak, alhamdulillah..... macam nilah, so far makan masih berselera lagilah hihi.....

Banyak je cerita yang nak dikongsikan ...... salah satunya, alhamdulillah mak dan Pak King dapat tawaran haji untuk tahun ni. Doa doakanlah ye moga Allah permudahkan segala urusan mak.... Tulah tu risau sikit pasal 'dare' mak yang tak berapa nak normal ni..... 

Dare normal ke tidak, tu perkara lain hihi....... Tekak mengidam Nasi Kukus jangan sesekali kecewakan hihi..... nanti dia mogok tak lalu makan? Mak jugak yang susah hihi....

















Mak masih istiqomah lagi pusing taman hokey!!!  Cuma berat je tak turun turun hahahaha..... Nak turun macam mana kan, sekali makan Nasi Kukus penuh sepinggan hihihihi..... 

Memang siksa nak menipiskan lemak yang dah tebal ni wei...... Setelah hampir 2 bulan menapak saban pagi, cuma turun 2-3 kilo je, tapi naiknya pulak berkilo kilo. Huh...... malaslah nak kurus...... Tuko niatlah pulak menapak sebab nak sihat! 

Aso taman pun mak ajak selpie .....






















Jumpa lagi korang.....

Friday, 18 January 2019

Pusing taman

Salam Jumaat korang....

Moga Allah memberkati dan mudahkan urusan korang semua hari ini..... amin! Masih bermalware lagi ke blog mak hari ni?

Hobi baru yang dapat dikenal pasti sejak masuk tahun 2019 ni. Pusing taman! Tak percayalah tu kan dengan azam baru mak ni! Kasi bukti sikit sebelah kaki hihi..... Doa doakan lah ye moga istiqomah..... 


Kalau ikutkan malas jugak sebenarnya, tapi apakan daya mengenangkan lemak yang semakin menjadi jadi tak hirau orang ni, terpaksalah paksakan diri ni jugak wei huhu....


Jadiklah...... dari pukul 7.30  sampai pukul 8.15 dapat 7 round.... keluar jugaklah peluh kan. Kalau duk rumah pagi pagi tu, berkemungkinan besar mak dah terbongkang atas sofa hihi....

Jangan jeles ek pagi ni mak dah 6000 steps 😎.





Sambil menghayun kaki, sambil ambik gambo. Manalah tau jadi foto terbaik Asia. Tak pasal pasal mak glemer  hahahhaa.....



Tengok bunga Telang ni teringat blog Kak Nor


Bukan cuma Bunga Telang aje yang tumbuh, tumbuh jugak duit Rm50. Siapalah yang tercicir agaknya tu? 



Monday, 14 January 2019

Buat apa hujungg minggu?

Salam Isnin...

Korang perasan tak?  Sekarang ni panas dia bukan main lagi wei!!! Terasa macam menggigit gigit kulit! Ikut hati nak aje melingko lengko dalam bilik ayaq.....Tapi apakan daya mak hanya manusia biasa bukan ulaq hahahaa....

Kemana korang hujung minggu baru ni ?

Mak tahun ni dah pasang niat tak mau ponteng kursus haji dah! Tahun lepas tak dapat pergi sebab bizi dengan parent in law yang keluar masuk sepital. Tahun sebelumnya pun, kursus macam main main, minggu ni datang, minggu depannya ponteng. Tak serious!  Astaghfirullahal azim.... Dapat panggilan Haji tahun ni baru padan muka mak tau hihi...

Tambahlah bersemangat bila ada jiran yang pi kursus sekali. Adalah jugak geng makan kuih masa break pukul 10 tu. Tak delah makan apam kat tiang masjid sorang sorang hihi.....
Bila selfie dan menjadi sawan! hihi.....

Pi masjid kita capai tudung sarung ajalah, leceh nak melilit.....

Balik kursus haji si bongsu ajak ke IKEA cari frame.... nak framekan lukisan yang dia lukis katanya.... Biasalah ayah dia, asal anak dia ajak, mesti mau punya. Mak apa lagi .... tumpang sekali. Dapat makan meatball dengan ayam goreng IKEA pun jadiklah. Sedap tu wei!!!

Kat gudang IKEA pun jadik hahaha.... 


Ahad tengahari dah pi mengambik anak pulak. Sekejap je dah habis Semester 1. Semester depan dah kena duduk kat luar pulak..... Budak pompuan, barang dia bukan main lagi, pergi 1 bonet kereta, balik kalau boleh nak sewa lori.... adoiyaiii ....

Babai bilik hostel!!!




Friday, 11 January 2019

Sup Seaweed

Salam Jumaat korang.....

Mak muncul lagi hari ni hihi...... 
Terima kasih korang kerana masih lagi sudi berkomen di sini. Masih ingat lagi rupanya korang kat mak ek! Entri ni sebenarnya dah lama dalam draf..... cuma biasalah kan, bila sawan ketum mak dah mai, apa pun jadi huru hara hahahaa....

Ada Malware ? Virus kah itu? Dah 2 orang report benda sama. Alamak apa nak buat ni??Terima kasih Yaya Azura ngan Mrs A.

Korang pernah tak makan sup seaweed ?
Pelik kot seaweed dibuat sup! Kalau seaweed yang dah dikeropokkan tu pernahlah makan. Kisahnya ada satu hari ni, si bongsu sebok mengajak mak cari Dried Seaweed, nak buat sup katanya. Apalah ko ni dik pelik bebeno permintaan. Macam tak de benda lain nak disupkan. Ni mesti adalah Joong Fuk ke Jo Oon ke geng BTS ke makan sup Seaweed dalam drama Koya ni kan...

Jadi mak mak ni, memang tak sampai hati kalau tak tunaikan permintaan anak kan..... Maka, pusinglah mak dua beranak mencari Dried Seaweed kat Tesco.Cenggini je rupanya Dried Seaweed.....
Dried Seaweed
Selalu je mak nampak benda ni, cuma sebelum ni tak pernahlah ambik tau apa ke bendanya kan. 

Kalau korang rasa nak cari Seaweed ni, ada je kat area rempah rempah cedok tu. Seaweed dah siap pack pack macam ni harga dia Rm7 ringgit dalam 500 g gitu.

Balik Tesco, tak menyabo nyabo anak dara sorang tu masuk dapur.  Mentang mentanglah dia yang teringin. Cuba mak yang teringin? Sah sahlah mak pulak yang tak menyabo nyabo masuk dapur hahaha... Kalau tengok Youtube memang macam macam versilah kan.... ada yang buh mushroom, ada yang buh daun bawang.... tapi mak punya sup ni togel je hihi....




Jadinya mak ikut resepi yang paling mudah ajelah hihi........

Bahan bahannya :
1) Dried Seaweed -
2) Daging
3) Bawang Putih
4) Minyak Bijan
5) Kicap - mak guna kicap manis
6) Garam , gula secukup rasa

Rendamkan seaweed, basuh dan toskan.... Kalau tengok kat Youtube, seaweed yang diaorang guna, warna hijau, nampak macam fresh. Seaweed kita hitam. Huh.... hitam pun hitam lah hihi



Lepas tu potongkan  daging mengikut cita rasa kita, nak cepat masak, potong saiz kecik kecik...



Panaskan minyak bijan tumiskan bawang putih yang telah di racik halus... tunggu bawang putih kekuningan, masukkan daging, kacau daging sampai daging bertukar warna. Masukkan sedikit lada hitam, masukkan kicap. Masukkan air dan rebus daging sehingga empuk. Last sekali masukkan seaweed. Seimbangkan rasa sup dengan garam  dan gula. Siap!

Sup Seaweed

Nak sangatkan makan Sup Seaweed....... habiskan dik hahaha......
Rasa dia sedap ke? Kalau orang suka Seaweed sedaplah kan.... Kalau orang tak suka, tak sedaplah jadinnya. Tekak mak OK aje..... maklumlah tekak bullldozer hahahaa....


Thursday, 10 January 2019

Salam Tahun Baru 2019

Salam Tahun Baru 2019 .....

Pejam celik, pejam celik, dah bertukar tahun  2019 rupanya. Mak masih bermimpi lagi hihi....Lama betul tak menjengah blog. Last entri bulan Disember, itu pun cuma 1 entri. Patutlah terasa lamanya menggua hihi...Ni semua gara gara menjangkit Kak Tonlah ni! Hish....

Apa khabar korang semua? Harapnya korang sentiasa sihat dan ceria di bawah lindungan Allah hendaknya. Mak, macam ginilah..... macam tahun yang lepas lepas jugak hihi.... Semakin membeso dari hari ke sehari. Tak maun pulak turun. Malaslah nak fikir, gasaklah wei!

Korang mesti sebok ngan anak anak masuk sekolah kan? Mesti cuti..... pas tu hantar anak ke sekolah. Kalau mak dulu dulu first day tiap tiap tahun wajib beratur depan kelas anak bayo yuran. Sekarang dah tak de kan.Yang anak baru masuk darjah satu mesti tunggu kat kantin, pas tu kejap kejap mesti intai intai anak  kat cermin kelas. Betul tak?

Sekarang ni mak dah tak de anak kecik yang nak diintai.... intai Pak King  ajelah nampaknya hihi...

Abang dah final semester tahun ni, tengah ready nak buat tesis. kakak sekarang tengah final exam, Ahad ni last test, pas tu dah cuti semester. Semester depan dah kena duduk luar. Nasiblah dah dapat rumah sewa. Si adik pulak dah tingkatan 4. Ambik aliran yang sama macam kakak, Perakaunan. Cita cita adik bukan calang calang wei.... nak belajo kat luar negara! Pak King gitulah.....hari hari  ulang alik cari nafkah nak membesokan bini hihi...

Macamanalah Pak King tak  membeso, makan nasi goreng nak yang Sotong Banjir aje hihi.....Nasi Goreng Sotong Banjir hanya di Ipoh wei! Harga Rm 18.90 kalau tak silap..... Kisahnya makan ni masa pi hantar si abang balik Seri Iskandar minggu lepas, mak tidur semalam kat Ipoh.

Nasi Goreng Sotong Banjir
Mak makan ni aje hahahahaha...... Macam tak percaya je 🤔

Rojak sotong kangkung
Makan kat sini. Apa ke nama tempat makan ni.....entahlah wei. Tanya orang Ipoh mesti tau....