Hore...Hore....

Sedari semalam Si Tahi Lalat bawah dagu sibuk nak tengok Hore-Hore... Apa lagi Okje pun ambik peluanglah! Pagi-pagi lagi dah sampai kat Jusco Balakong....bukan apa....Okje tak nak bergaduh pasal parking ni...

Pada pendapat Okje..... jalan cite dia walaupun biasa-biasa aje....ringan...tapi seronok!! Syok jugaklah melayan.....jatuh jugaklah beberapa kali air mata Okje ni...he..he...(maklumlah cembeng!!!) Banyak motivasi dan nilai2 murni yg dapat dicedok dari sini......Diantaranya.....bagaimana nak mengatasi sifat rendah diri.... dan bagaimana hendak berhadapan dengan orang ramai dengan bentuk fizikal yg tidak secantik org lain. Jangan mudah putus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.

Sepatah kata Nurul Aiman (pelakon dalam cite tu le....)
"Cuba kita lihat jari-jari kita.....ada yg panjang ada yg pendik.....tidak semuanya sama....Allah jadikan setiap manusia itu ada kekurangan dan ada kelebihan.... supaya kita saling lengkap-melengkapi..." Betul jugak dalam hati....

Dan lagi....." Jadilah seperti matahari.....dia tetap memberikan khidmatnya ....dan memberikan manfaat untuk kita semua....samada kita suka ke tak suka"
 Tahniah untuk mereka semua !!!!

Surah ke 91 - Asy-Syams (Matahari)


Maksud Ayat :


1) Demi matahari dan sinarnya (pada waktu pagi)  2) Dan demi siang apabila ia mengiringinya  3) Dan demi siang apabila ia memperlihatkannya  4) Dan demi malam apabila ia menutupinya  5) Dan demi langit dan  Tuhan yg membinanya 6) Dan demi bumi dan Yang menghamparkannya  7) Dan demi jiwa dan Yang menyempurnakan ciptaannya..8)  Maka Dia  mengilhamkan (menunjukkan) jiwa itu kepada kejahatan dan ketakwaannya 9) Sesungguhnya berbahagialah sesiapa yg membersihkan jiwanya  10) Dan sesungguhnya rugilah orang yg mengotorkannya.  11) (Kaum Thamud) telah mendustakan (rasulNya) kerana keingkaran mereka  12) Ketika muncul orang sehabis-habis jahat (diantara mereka). 13) Maka berkata kepada mereka rasul Allah (Nabi Soleh) "(Jangan diganggu) unta betina Allah dan air minumnya"  14) Kemudian mereka mendustakannya (tidak mematuhi perintah itu), maka mereka bunuh unta itu. Maka Tuhan membinasakan mereka kerana dosa mereka. Allah menyamaratakan mereka (dengan tanah)  15) Dan Allah tidak takut akan akibat (kehancuran itu).








Comments

  1. eleehh...awak tu mmg kaki cembeengg....ckit2 nak nangiiiss....;P

    ReplyDelete
  2. heh cembeng kuat teriak rhupanya..hoohho..ala OKJE kan anak bongsu mmg gtu..hatinya lembut..ehe..mmg best gak citer hore2 tuu..

    ReplyDelete
  3. Ohh kisah hore hore dah lama rupanya, saya pun baru tengok kat Astro... hehehe.. dan pengertian surah Asy-Syam tu baru nak cari kat tenet, sebab jumaat baru ni dapat email dari teman ofis berkongsikan Renungan jumaat. ingat nak berkongsi kat blog tapi malas lagi nak cari ayat tu. Rupanya dah ada kat sini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga manfaatnyakan MFM entri ni hehe...

      Delete
  4. Eh, OKje anak bongsu rupanya. Lebih kuranglah kita, tapi MD anak perempuan bongsu (nak juga tu...) ada satu adik lelaki. Kita pun sama memang cengeng, sikit-sikit pun nak melalak. Memangnya anak bongsu ni mengada-ngada sikit kan, OKje :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts