Belangkas, macam dappp jer

Salam Jumaat geng! Ada baik hari ini?.....

Lambat pulak mak masuk hari yek. Ada tanggungjawab sosial yang perlu mak selesaikan hihi..... Ni haaa...... jiran sederet mak ni kontraktor, dia buat kerja ubahsuai sebelah rumah mak ni ha. Ater...... dah bini kontraktor katanya, laki dia tak de, bini le wakil tengok tengokkan projek, tak gitu? Mak pun apa lagi, tumpang sebok ler sembang ngan dia..... Tu yang jadi lambat tu.

Hari ni bezday Ibu Mertua ku......
Macam tahun tahun sudah jugak, memang selalu telefon bagi ucapan pun. Ucapan ajelah, hadiah tak de hihi.....Ohhhh...... terasa sebak pulak mak pagi tadi. Sampai tak terucap huhu...... Nampak sangat banyak buat onar menantu dia ni yek haha.......

Ni ha....... ada geng WA hantar gambar Belangkas ni. Korang pernah makan?



Mak memanglah tak pernah makan. Tengok pun macam pertama kali je ni. Tapi nama 'Belangkas' tu memang sangat familiar.

Kan ada peribahasa 'Rapat macam Belangkas'

Kenapa dikaitkan rapat dengan Belangkas ni pun mak tak tau. Maklum le mak ni bukan pengkaji hidupan laut hihi.....

Rasanya Belangkas ni spesis ketam kot cuma dia berekor, Panjang pulak tu, ekor dia.  Seram mak.

Sedap ke weyh?
Rasa dia macamana?  Sapa yang dah rasa, meh ler kongsi rasa dia macamana?



Macam dapppp jer.....

Comments

  1. owhhh tak pernah makan belangkas juga.... he he he... dan rasa macam kembang tekak pulak nak makan...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makanlah, Mak makanya tak dapatlah nak berkongsi rasanya macamana!

    Tapi kita ni bukan adventurous sangat bab makan memakan ni, tengok gambar belangkas pun kita dah rasa macam tak selera nak makan belangkas. Kalau rasanya macam ketam, sedaplah tukan, Mak. Apakata Mak pi makan dulu belangkas ni dengan PakJilap, makan sepinggan berdua, lepas tu kongsilah pengalaman 'rapat macam belangkas' tu :)

    ReplyDelete
  3. masak apa tu...banyak telurrr..
    tapi knor belum boleh nak makan lagi...terbayang kura2 pulak nanti..

    ReplyDelete
  4. tulah hainom skg ni orang suka sngat makan belangkas ,macam2 menu kakak tengok.Tapi pada kakak yang dah selalu makan masa zaman budak2 dulu ...kakak rasa macam kurang suka sikit lah rasanya ...kakak tak minat sangat tapi masa budak2 kan bedal je kalau tak ,tak ada lauk lah jawapnya.Dah masa terkini belangkas pun tak pernah jumpa lagi,org macam belangkas ramai lah....hehee

    ReplyDelete
  5. macam takut jer kak nak makan ni..

    ReplyDelete
  6. sedap ke??yang mana yang boelh di makan tu?

    ReplyDelete
  7. kita pun tak pernah merasa okje, and rasanya tak nak rasa even in future, sebab belangkas adalah lambang kasih sayang merpati dua sejoli muehehhee.

    ReplyDelete
  8. Kita lg le geng, org pantai timur, seingat2 kita, x pnah lg jumpa belangkas ni..

    Bukankah ia makanan exotic & femes di Johor?

    ReplyDelete
  9. Pernah mkn..kak sy selalu msk

    ReplyDelete
  10. belangkas ni cuma blh mkn telurnya je hainom ... rasa telor mcm rasa telor ikan ...

    ReplyDelete
  11. Pernah jugak dengar orang kata isi belangkas ni sedap.. macsm ketam.....tapi ntah lah bunda tak pernah pun makan lagi...tengok betul2 dari dekat pun tak pernah...

    ReplyDelete
  12. Ohh..memang tak pernah makan..tapi banyak je orang jual kat Pasar Penambang tu

    ReplyDelete
  13. Tak pernah makan. Tengok pun first time kat blog Okje ni...hihi
    Biasanya balangkas ni saya dengar atau baca kat pepatah melayu aje...Contoh ayat.."Eiii, dah melekat aje macam belangkas".. :D

    ReplyDelete
  14. pernah makan zaman kecik2 dulu..sedap. sekarang payah nk jumpa kut..

    ReplyDelete
  15. tak pernah makan la plak kak...belangkas ni, memang kalau dia ada kapel, asyik melekat je.jeles belangkas-belangkas lain yang forever alone tu..haha

    ReplyDelete
  16. pernah makan dulu2. buat kena pandai sebab ada benda kat badan dia tu boleh mabuk kepayang dibuatnya

    ReplyDelete
  17. msa ddk penang dlu sepupu selalu bawa ke kedai.pastu order belangkas tp saya x mkn pon.
    hannya telur aja yg blh dimakan.kena pandai siang. kalau tidak, boleh mabuk bila makannya nnti. .

    so, x dpt nk komen sedap ke tidak. tp saya tgk anak ank buah suka kemain bila dpt makannya..

    ReplyDelete
  18. errr., xpala., ketam pun aku xmkn., ni kn plak belangkas., mmg tak la.,

    ReplyDelete
  19. Ok ni serius... petai pun saya tak makan.. nikan pula belangkas... huhuhuhu

    ReplyDelete
  20. sy xpernah makan. huhu. sedap ke?

    ReplyDelete
  21. benda ni la yang kira teringin sangat nak makan masa mengandung dulu tapi tak dapat. sedihnya rasa. nak pegi kedai rasa macam mahal sangat masa tu. ada jual kat pasar udah tak reti nak bersiang pulak haihhhhhh

    ReplyDelete
  22. Dr dulu lg tertanya2 part mana yg dimakan kat belangkas ni .. kosong jak dalam dia..besar cengkerang jak. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts