Entri Starter....

Salam Jumaat geng......

Rasa kekok pulak bila lama tak menulis ni. Last entri mak rasanya Syawal ke 7 hari tu. Sekarang ni udah masuk bulan  Zulhijjah gamaknya....
Kalau pergi Haji mau dah on the way balik Malaysia mak ni hihi....

Mak tak ke mana pun selama menghilang, ada jer kat rumah. Lipat baju, basuh baju, gosok baju, masak, itu jerlah kerjanya, kalau dah nama Penganggur Terhormat. Tak denya pergi Umrah ke hape, berjalan ke Paris jauh sekalilah kan hihi....

Kalau ikutkan, banyak kisah pertapaan yang boleh diblogkan sebenarnya, tapi dah katanya mood mak ke lautan Hindi, faham sendiri cukuplah hihi.......Terima kasih kepada blogger Yana Yani dan Vee Sandi yang sudi mengirimkan Kad Raya. Blogger Umialya geng Lipis yang sudi bagi hadiah sempena menjadi Pengomen Ngetop dalam blognya. La ni dah corot kot haha..... Hadiah apa yang mak dapat, nantilah mak cerita ek.

Terima kasih jugak kepada blogger Mummydearie lah sangat merangkap jiran sebelah aka geng tarik rambut dan gusti lengan mak, kikiki......( Eleh..... rindulah tu! ), blogger Adey Manis yang sudi bertanya khabar melalui Whatapps. Tak lupa juga geng Whatapps Saing Ambe, Izan Mama Mia, Herba Tihara, Eita dan Laila.

Eh??? Konfius sekejap.....Mak ni menang Anugerah Blogger ke hape ???? Hahaha......

Udah.... meh nak tempek gambar mak dan jiran jiran mak yang sporting dengan tema Mata Lalat masa Marhaban Raya Taman. Gambar wajiblah dicrop bahagian leher ke atas sahaja memandangkan bahagian leher ke bawah udah tembun weyh.... sejak lepas raya ni hihi....

Sehingga ketemu lagi yek korang......


Comments

  1. amboi..dah tak cam tadi..silau mata..cun habis...hihi
    sura pon baru timbul dari pertapaan..lama menyepi..
    pas ni rajin2 update tau..suka baca n3 dgn bahasa sempoi tu..boleh senyum sensorang :)

    ReplyDelete
  2. Mak...pinjam cermin mata. Nak gi jalan-jalan ni..hihi :D
    Selamat kembali okje

    ReplyDelete
  3. Haii...
    bwh tu kumpulan pancasitara ker
    mcm comel jer

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah hainom dah kembali. Lepas ni janganlah malas2 lagi.

    ReplyDelete
  5. Betullh kata kak zai tu hainom,rinduuu sngat nk baca n3 hainom tau...

    ReplyDelete
  6. Betullh kata kak zai tu hainom,rinduuu sngat nk baca n3 hainom tau...

    ReplyDelete
  7. Amboi.melaram sakan noo..

    Kita sukalah bahagian dagu awak geng, runcing gitu, cucuk botok erkkkk????? opssssss...

    ReplyDelete
  8. starter lama dah xboleh pakai ye mak.
    hahaha..
    starter sy dah terendam dek banjiorr.
    xbeli2 lg starter baru.
    eh. ada lebih bg la kt sy starter baru ye

    ReplyDelete
  9. amboi mak jemah!!!! melaram abis

    ReplyDelete
  10. Amboi...lama tak bersiaran tiba2 dah tubuhkan group pancasitara ..hehe...
    cun2...

    ReplyDelete
  11. huhuhu lamanyaaa beraya riang ria di hari raya oiiii huhuhu dah tukar jadi mak mak ke okje?? hihi miss uu miss this blog actly..

    ReplyDelete
  12. Salam Okje ... ada rupanya, ingatkan tuan rumah melancong kat obersi. Lama tak muncul.
    cepat2lah up entri okje, rindu nak baca baca, komen komen ... semenjak okje tak update ni, mia pun malas nak buka blog, seminggu sekali jak update entri (alasan padahal diri sendiri ni yg malas). :P

    ReplyDelete
  13. Haha.. mak memang tau.. buat entry yang best je. Sesuaila tu entry starter ala2 menang award gitu.. haha. Nape tak letak gamba selfie dengan Pak Jilap? Haha.. kang dh kata, makin lama Okje bertapa, makin jelita gitu!! Tang dagu tu, ai dah macam anak dara gitu... meletop tau..

    Ha..lepas ni jgn buat entry lepas sebulan pulak ye.. kena giat memblog alang2 dah jumpa charger laptop tu..barulah dapat hadiah pengomen tegar lagi untuk tahun depan..hihu

    ReplyDelete
  14. Tu laa, baca punya baca macam skrip menang anugerah.. Hihi

    Wawa follow mak..")

    ReplyDelete
  15. Mak oiii, kau melampau mak, baru zulkaedah ler, ni kes tak sabo nak beraya lagilah ni.
    Lama menyepi tenggelam di lautan Hindi rupanya, kena lambung dek ombak ke tepian pantai dah la ni yek baru muncul, hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... tertinggal perkataan 'nak' kat situ weyh....maklumlah udah lama tak menulis....memacam yg lupa

      Delete
  16. ingtkan sapa la tadi..
    makin cun lepas raya. tembun apanya. hihihi

    ReplyDelete
  17. Hahhaha amboiii keluar entry terus macam terima anugerah ye hainom..
    Bila kumpulan geng mata lalat ni ditubuhkan hainom..
    Sibuk praktis pancasitara tu yg payah nak update blog ye..
    Tunggu lepas ni keluar gambar apa ye Nom :D

    ReplyDelete
  18. mak nie yang mana satu? hahahaha

    ReplyDelete
  19. kaget kejap kak.... almaklum dh lama sgt hilang baru muncul hehehhe

    ReplyDelete
  20. hehe...gambo last tu yang mengancam tu
    jangan lepas ni hilang lagi dah la ye
    lama menunggu ni

    ReplyDelete
  21. Alamak, ingatkan lepas kata hilang charger laptop tak update blog. Rupa-rupanya dia update ler. Kira ni Mak nak keluar terus dari gua pertapaan ke atau nak masuk balik dalam gua ni, Mak?

    Sesekali keluar macam menang award jerk kekdahnya. Yalah, ramai yang rindu katanya. Setakat hilang charger laptop terus tak boleh update blog. Nampak sangatlah alasan murah tau ~_^ Dahlah, kita nak balik rumah. Lagi lama kita kat sini, komen ni akan jadi entri Mak pulak kang. Maklumlah kita mengomen tanpa sempadan dan batasan katanya. Lagi-lagi dengan jiran yang tetiba jerk pasang padlock kat rumah tak bagi kita masuk mengumpat....

    Gambar kat bawah tu selalunya kita nak muntah, tapi entah kenapa kali ni kita rindu pulak kat Mak yang kuat selfie nih.... (Over ler perasan kita rindu dia!)

    ReplyDelete
  22. Wahh uols gang mata lalat gini ker.. hahahaha style..
    I pun malas malas jer jugak lagi ni, berbulan bertapa ngan anak2 kat umah perang dunia perang segala 24jam ngadap each other, now baru bersemangat nak bw balik since Jelita dah back to school, ada la masa luang sikit.

    ReplyDelete
  23. ni bkn setakat mata lalat , mata tebuan pun ada ni ... heheheheee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts