Kalaulah mak yang pergi...
Salam Selasa .....
Mesti jalan lengang hari ni kan..... maklum le cuti sekolah katanya. Tak taulah pulak mak, kalau ada yang masih hantar anak sekolah hari ni hihi....
Kalau yang dah terhantar tu......anggapkan ajelah bersiar siar di Subuh hari....kehkehkeh.....
Dah.....dah....... nak menyakat tak boleh banyak banyak kang ada pulak orang yang perasan.
Sat lagi nak gi tengok Pak Sedara Pak Jilap nak berangkat ke Mekah. Nama aje mak sedara, tapi bini dia umur lebih muda dari mak huhu..... Pak Sedara ni pergi ikut pakej, bawah kuota apa tah. Bayar ajelah lebih kot. So tak yah le tunggu giliran Tabung Haji macam mak ni. Entah bila nak perginya tah.
Rumah dia dekat jer, tu yang boleh nak jengah sekejap tu. Pak Jilap kerja. Mak babai kat rumah mereka, udah lew, tak delah hantar sampai KLIA pun. Kang ada pulak yang sesat kang, yang dihantar dah sampai Mekah, mak tak sampai sampai rumah haha.....
Mak nak bawak tisu hokey!.....
Kang kalau hujan lebat tetiba kang macamana?
Kang kalau hujan lebat tetiba kang macamana?
Tak dapat nak bayangkan kalaulah mak yang pergi. Mesti sayu bila dengar adik beradik tolong Azan sebelum nak meninggalkan rumah tu. Mau meraung sedas dualah haha....
Tapi kata orang, kalau dah sampai sana tak ingat dah orang yang ditinggalkan Betul ke?
Tapi kata orang, kalau dah sampai sana tak ingat dah orang yang ditinggalkan Betul ke?
Yelah....suka tu sukalah kot sebab jadi Tetamu Allah, tapi sedih pun sedih jugak mengenangkan anak anak yang ditinggalkan. Lama tu huhu......Kalau ada umur dapatlah berjumpa lagi, kalau sebaliknya, tinggallah semua huhu... Sedihnya.....
Itulahkan..... dah sampai Mekah pun belum tentu kita sempat buat Haji.
Macam kejadian baru baru ni, siapalah sangka. Sedih sangat tengok gambar dalam WA sorang jemaah pompuan yang terkorban. Gambar tu sebelum bertolak ke Mekah. Masa tu dia bersalaman dengan sorang budak lelaki, mungkin anak dia kot. Sapalah sangka itu adalah salaman terakhir. Uwaaaaaa.....
Tawakkal ajelah.....
Mak doakan moga kalian mendapat haji yang mabrur dan selamat pergi dan balik.... Insyaallah.....
Haha.. ayat terhantar anak ke sekolah di hari cuti ni sensitif kot.. haha.. siapa makan ais krim dialah rasa manis sejuknya..kan?
ReplyDeleteOo.. bawa tisu banyak2 ya.. insyaAllah moga maksedara Okje ni dapat haji yang mabrur.. kita pun doakan utk kita juga, moga sampai giliran kita masa kita masih sihat.. berserah dna berdoa byk2 moga kita pun sampai seru dan dipanggil utk melakukan haji.. untung insan2 terpilih, dengan niat nk mengerjakan haji, insyaAllah diorang dah meninggal dalam keadaan terbaik...berjuang ke jalan Allah, demi Allah.. moga kita pun juga ada peluang nak meninggal dalam keadaan berjuang atau beribadat kpd Allah...
ada kawan terhantar anak ke sekolah hari ni. lastnya anak ikut g opis
ReplyDeleteDah sampai ajalnya. Meninggal di tempat yang mulia. Dengan tujuan yang baik. Semoga selamat semuanya.
ReplyDeleteAda juga yang terhantar. Tak sempat dapat berita.
ReplyDeleteSeronok anak buah bercuti hari ini. Esok cuti lagi.
ReplyDeleteakak ter hantar jugak ke?hihi
ReplyDeletebilala gamaknya kita nak jadi tetamu Allah jgk kan kak..:)
hehe..kamu tulis simple tapi hati tersentuh..
ReplyDeletealfatihah buat yg dah pergi..
semoga kita satu hari nanti dijemput manjadi tetamu-Nya..insyaAllah :)
Walaupun mereka pergi tak kembali, mereka di'terima' ditempat suci dan sedang beribadah. Mudah2an syurga itu jaminan buat mereka.
ReplyDeleteAnak kecil itu, anak bongsu yang baru berusia 5 tahun. Bersalaman dengan ibunya yang berwajah ceria dan bersih... Rupa2nya itulah kali terakhir mereka bersama di dunia yang fana...
Kesian alahai emak-emak yang dah sampai depan sekolah hari ni. Bazir duit minyak kereta Ferrari masing-masing. Tapi takpa, minyak RM1.95 aje bulan ni..
ReplyDeleteYalah, Mak... Kalau kitalah yang nak pergi menunaikan haji, dia punya tangisan tak tahulah macamana. Yalah, pergi pun tak tahu kembali semula ke tidak. Tapi kita redha ajelah. Lagipun bukan senang nak jadi tetamu Allah.
Kalaulah Mak dapat pergi, informlah Kak Ton yerk. Kak Ton nak nangis atas bahu Mak buat pertama kali. Lama tu Mak... tak dapat nak sakat hari-hari. Huhuhu....
Akak terbangun lewat hari ni sbb malam tadi tak boleh tidur, batuk teruk..bangun je che abang kata, Ari ni deeja tak sekolah sbb jerebu..alahai senang nya dalam hati, tak payah jadi tarzan pagi-pagi..
ReplyDeleteOh ya kan kat sana cuti ,bolehlah smbung esok skali kan...bdak2 sini sek sprti biasa xnak pulak pakai mask...
ReplyDeleteInsyaAllah moga satu hari nanti impian hainom,impian kakak akan ter capai juga
Insya'ALLAH jika ada kesungguhan & hanya DIA dihati spt yg sya alami ALAHAMUDULILLAH sya telah menyelusuri pd 2010/haji, pertama sya mengalami kembara seorg diri dibumi ALLAH iaitu tanah suci Mekah.jua pengalamaan keluar negara
ReplyDeleteLain org lain rasanya dinda. Masa kanda pergi memang betullah masa org azan ada sedikit getar di dada dan luruh juga airmata. Tapi masa di sana mana tak ingat anak. Kanda ni dgn anak macam belangkas. Apa lagi telefon kan ada boleh katakan setiap hari kanda call anak-anak. Lagi pulak masa tu semua masih kecik-kecik. Mak Zah masa tu masih kerja lagi. Jadi bila mak Zah kerja budak-budak dgn bibik. Bibik masa tu bibik baik.. nasib baiknya.
ReplyDeleteTapi pergi masa usia 30an bagus sebab kita masih sihat. Ingat lagi kanda boleh jalan rilex aje 7km dari Mina utk ke jamrah. Seronok tau... pergilah dinda. Buat rayuan setiap tahun. Masa kita kuat inilah buat haji sebab ibadah haji memerlukan tenaga.
sedih bercampur cemburu yang amat bila tengok mereka2 yang terkorban depan kaabah. Ada yang dalam keadaan bersujud. Ya Allah.. bertuahnya mereka terpilih untuk pergi di tempat yang baik dalam keadaan sedang beribadah..
ReplyDeletesesungguhnya aturan Allah itu adalah yang terbaik... saya pun rasa sayu je bila tgk gambar2 tragedi baru ni... kita yg hidup ni je yang bersedih... mereka yang terkorban tu tersenyum lebar agaknya okje kan? apapun saya doakan pak sedara pak jilap akan sihat walafiat di sana dalam menjalani ibadah... moga selamat pergi dan selamat balik... insyaallah...
ReplyDeleteHari ni anak2 pon akak anto sampai gate sekolah last2 cikgu halau balik....kikiki....nasib sekolah dekat je....selamat pergi dan selamat kembali semoga mendapat haji yg mabrur dan di permudahkan segalanya
ReplyDeleteptt lah pg td senyap sunyi je selalu dgr jgk lah bdk2 nngis takmo mandi hehehe bas sekolah pun takde hon2... ptt nya dh lama sekolah kene cuti dek jerebu yg makin teruk nih...
ReplyDeletekak.... org kata, mana2 yg pergi Mekah nk sgt meninggal n dikebumikan kt sana... lps tragedi sedih kt Mekah baru2 nih... sayu betul kalu ada sedara mara yg nk ke sana... yelah ajal maut di tentukan Allah, kt mana2 pun hanya Dia yg maha mengetahui
kehkehkeh...lieya ni pagi2 mujur cek fb.... tgk dah umum cuti daku tido balik..tkayah prepare bento ahahahaahaha.....
ReplyDeleteabg ipar lieya dah nak sebulan kat mekah tu kak...die antara yg awal...KT04 tak silap..... moga2 mendpt haji yg mambrur buat semua jemaah haji kita...dan diperlihara dari segala kesusahan...amin
In shaa Allah. Impian setiap insan ingin menunaikan haji bersama keluarga tersayang
ReplyDeleteBagi anda @ ahli keluarga yang ada denggi. Apa penyelesaiannya?: PLATELET RENDAH
pakej mmg senang nak dpt pergi janji ada RM lah byk tu ... semoga mereka dapat menunaikan ibadah haji dgn sempurna ...
ReplyDeleteharap2 lah kan ada rezeki kite semua untuk jadi tetamu Allah..inshaa allah
ReplyDeleteMak pagi2 dh buat lawak..sini hujan dr pagi nk jalan mana mak..dok rumah main masak2 membesaqkan badan sudah.haha
ReplyDeleteYg pergi tu berjuang kerana Allah..Insyaallah matinya syurga..kita ni je nelum tentu..semiga anka sendara mak pergi n balik selamat..dpt haji mabrur ya
Semalam kot yer ada yang terhantar anak kesekolah sebab lambat dapat info cuti jerebu....harini pun ada jugak ke...hehehe..
ReplyDeleteKita tak nangis plk....tgok saudara mara pergi,suami pg pun tak rasa apa,tak hantar plk..hntar dpn pintu rmh jer..lps tu suami dgn abg ipar.....kita slm n bai..bai...
ReplyDeleteKita serah pd Allah jer,sbb kita ni tak ada kuasa melainkan Allah jer..kalau nak jadi,maka jadilah.
tak tahulah klu knor yg berangkat kut ramai yg meratap..hihi
Insya Allah kalau dah ada niat untuk ke sana, akan sampai jua, cuma awal @ cepat jer
ReplyDeleteishhhhhhhhhh silap typing lg.. - 'awal @ lewatnya',
DeleteMemang sedih dgn kejadian di mekah baru baru ni. Bertambah sedih dgn pemergian ibu muda yg tinggalkan 3 anak tu. itulah salaman dan ciuman terakhir ibu dan anaknya. Fuh. X dapat nak bykan perasaan anak anak dia. Apa apa pun mak depe pergi dlm keadaan yg sgt baik. Moga syurgalah tempatnya.
ReplyDeleteMmg nak nangis pun dgr org azan kalau kita nak pegi haji. Ada satu perasaan yg tak dapat diungkap
aamiin
ReplyDeletemudah mudahan urusan kita ke sana pon dipermudahkan juga okje..
adik ipar pak sedara saya skrg ada di sana
. tinggal anak 5 org.. masih bersekolah..
sayu aje kan. tinggalkan orang tersayang kat sini. tapi tula sape yang meninggal kat sana mesti seronok. meninggal time tengah niat nak buat haji, dalam keadaan suci lagi tu. kita yang dekat sini pun sekurangnya seronok bila tengok dia pergi dalam keadaan tu, dan disana. walau macam ngeri sikit
ReplyDeleteSedih pula baca entri ni. Moga mereka di sana selamat dan mendapat haji yg mabrur ...
ReplyDeletehehe...mesti orang yang terhantar anak tu insap! =)
ReplyDeletetulah kan OKje...sedih sangat time diorang nak pergi tu
teringat tu mungkin yang terakhir
tapi rasanya semua nak mati kat sana...memang sasaran orang islam
mati dalam keadaan hati berniat untuk beribadah
moga semua dapat mati dalam keadaan macam tu. beruntungnya diorang