Mee Tarik Warisan Asli
Salam Isnin.....
Salam cuti sekolah weyh....... Kuranglah jammed hari ni kan....
Sabtu hari tu mak makan Mee Tarik Warisan Asli kat Bangi. Akhirnya tercapai jugak le hajat Pak Jilapah nak makan. Sebelum ni, pernah beberapa kali jugaklah, lalu depan kedai Mee Tarik ni tapi tak pernah tersinggah. Banyak betul halangannya, ramai oranglah, tak de parkinglah, sudahnya makan tempat lain.
Dah katanya makan dekat kedai mee, wajiblah kena ambik mee, ye dak? Mentang mentanglah Pak Jilapah, yang bayar, dia ambik dua hidangan ko. Satu Mee Sup, satu lagi nasi apa ke namanya, lupa! Macam paprik kacang panjang daginglah lebih kurang ghupernya. Rasa je lain.
Ini Angry Bird punya . Mee Basah Xianjing. Satu pinggan mee satu pinggan lauk. Sayur punyalah banyak especially kacang panjang! Rasa ada masam sikit. Penggemar sayur mesti suka ni! Betul kata blogger yang pernah review, katanya kebanyakan menu kat sini memang menggunakan daging sebagai perencah utama! Mak rasa kena tambah satu lagi perencahlah, kacang panjang!Hihi....
Ini mak punya, Mee basah Mushroom and Beef. Rasa dia? Bolehlah.....
Hajat di hati nak jugak rasa sate daging, tapi bila tengok harga, terus tak sampai hati nak order. Tak delah mahal sangat sebenarnya Rm 26 henggit jer. Tapi takut nanti ada orang bising, makan ikut nafsu katanya. Huh....
Selera orang, lain lain kan , tak gitu?
Mee dia memang lain daripada mee yang biasa kita makan tu. Dari segi harga mee, memang standardlah harga zaman sekarang ni, Rm 8 - 12 henggit, cuma daging dia kat setiap hidangan tu kurang mewah! Tak puas makan daging weyh! ( nak makan daging lebih, sembelih le sendiri hihi.. ) Maklumlah selera Jilapah katanya, hihi....
Teh Ba Bao / teh herba
awal2 pagi dah ada hidangan special ya Hanom hehehe
ReplyDeletesedap mee tarik tuu, wak x penah try..,
ReplyDeleteps. psl komen cik kak hainomokje kata susah nak baca entry blog wak sblom2 ye., kat atas ruangan komen blog wak tu ada tulis tajuk entri seblum dan selepas., klik je., orglen dh berjuta2 lemon komen blog wak xde masalah pon., huhu2 timekaseh
Satu hari nanti nak cuba juga makan mee tarik ni...
ReplyDeleteSetakat ini belum ada sesiapa sudi menarik ke sana. :)
nampak sedap
ReplyDeletePergh, pak jilap order hingga dua pinggan... Portion dia kecil eh OKje?
ReplyDeleteSaya mmg tak merasa lah mee tarik ni... jauh beno nak ke bangi...
Kunyah kepok lekor aje laa hari-hari
tak teringin lagi nk singgah ..mungkin boleh pi cuba nanti
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteMee Tarik Warisan merupakan restoran dlm senarai yg akan diterjah.. Nampak sedap mee tu, slurrppp.. hihihi
Kat melaka ni rasa cam penah nampak kedai mee tarik ni...sedap ke tak mee ni mak? Cam konfius je kite baca...kahkahkah...tapi kalau dah lapo makan ape pon sedap kan mak...lain kali teringin jugak nak cuba lepas tengok gambo2 mak ni... :)
ReplyDeletepernah gak makan sekali tapi kat sri gombak....
ReplyDeletetelan air liur jelah nampaknya..x pernah merasa..
ReplyDeletesemacam pulak teh herba tu..hihi..
Kiranya makanan chinese lah ni ya nom...sedaplah tu sup2.
ReplyDeleteHahaa...tak kan lah nak makan daging lebih nak sembelih lembu sekor...Haha
sedap tak mee tarik ni hainom?
ReplyDeletebiasanya teh tarik je kan?
mesti sedap bila mee tarik digandingkan dgn teh tarik kan
Salam n happy Monday. nampak sedap ler okje. Nnti nak g cubalah . tq share yer
ReplyDeleteteringin jugak nak cuba mee tarik nih.
ReplyDeletetapi takut x kena dengan tekak.
Zura nih penakut sket nak cuba makanan yg x biasa mkn.
kecuali makanan yg femes amat jer baru berani nak cuba.
nak kena try jugak nih....nampak sedap sangat...macam dah tau tau je rasa dia macamana..hehehe
ReplyDeleteX leh terima dik anak tekak la mee tarik ni. Kat rumah pun ada. Lg mcm mcm menu.
ReplyDeleteKak Zai pernah pergi tapi tekak tak boleh terima. Tekak kak Zai lain sikit nak yang kemelayuan hihi...
ReplyDeletesaya dah try sekali..bagi saya ok lah rasa mee yg saya mkn tu (lupa nama menu). Tapi takle sedap sampai nak mengulang.
ReplyDeleteYg best, saya dpt tengok org tu prepare mee saya..memang dia tarik panjang2 pastu potong.
Yang tak best, kerusi dia rendah tak sesuai dgn meja... susah nak mkn (ini pun saya komen ya...hahaa)
Mcm sedap je.
ReplyDeleteTakpelah mak beli mee tarik jenama mamee jelah..hu hu
Dah banyak kali Mak pergi restoran ni tapi belum pernah masuk blog lagi ^_^ Maklumlah bila mood lapar datang, mana peduli nak selfie dengan menu hidangan ^_^ Mak kalau nak tahu mi tarik warisan ni ada satu di Setapak, Cyberjaya, Sungai Besi dan kat tengah-tengah KL dekat dengan Bangunan Jakel yang baru tu pun ada, Mak. Lain kali pi KL ajelah yerk! Fuhhh...lega! Hujung minggu lepas Ngah ajak pergi Bangi cari port makan tapi Kak Ton menolak! Kalau tidak, jangan-jangan takdir menemukan kita tetiba Mak. Kelu lidah nak melantak bila bertentang mata nanti. Keh3x!
ReplyDeleteperghhh tengok semua hidangan tu kak...sedap2 belaka...memang berasaskan daging ye semua... agak nya klu sate daging pun mesti sedap kan... hihi.. harga boleh tahan juga tu.. mee tarik ni mcm takdok kat LD @ Tawau.. hahaha..kesian kamek.. tak pernah merasa.... :)
ReplyDeletePernah pergi...
ReplyDeleteTapi sebab tekak saya ni selera jawa..jadi, gitu2 ajalah rasanya :(
mcm menarik je mee tarik ni.selalu tgk org sebut, post fb.tp xpenah try lg.huhu cian kan?
ReplyDeletewauuuuu nampak menarik...teh herba pun macam best ja
ReplyDeletesusah nak hapai nama menu dia
ReplyDeletemee beef n mushroom tu pnh rasa
ReplyDeletespecial dkt mee tariknya j la okje. tang lain biasa biasa j kot.
Sedap betul jika dapat pekena mee tarik ni. Nak kena pergi sekali.
ReplyDeleteTakut tengok teh herba dia. Macam-macam ada.
ReplyDeleteok...saya rasa saya tak teringin nak makan
ReplyDeletekalau based pada review OKJE ni lah...hehe
Sedapnya mee tarik
ReplyDeleteDulu peknen kan LM ngidam
Mee tarik x sempat2 nk mkn. Skrg ni ketagih yg kat cyberjaya tu asik ke sana je. Tak mahal mana cuma dlm rm8 je semangkuk mkn share berdua sbb byk sgt. Satay dorang pun sedap besar2 rm2 . Pedas siap ada serbuk cili. Ank2 suka la. klu mahal cam lat situ LM hentak kaki la x bg oder. Kikiki
Saya pun makan mee tarik di tempat LM cakap ni.. tak pernah lg cuba tempat lain. Ikut mood juga ordernya.. ada masa kena 4 sebab anak2 pun makan elok.. tapi ada masa 2 pun cukup utk 4 orang makan..
ReplyDeletePrnh nmpk kt kl sentral tp xprnhnye smpt msk gara2 kejar masa.... Nak tnyela masa nk byr tu diaorg scan barcode eyhh...nmpk kt cawan tu,huhuu....;-)
ReplyDeleteteringinnnn nak makan yg ini jugak tapi bila pegi belah sana nun tak tercapai dek kaki ni haaaa
ReplyDeleteKlu x mewah daging rasanya kureeng sedikit kepuasan makan tu.
ReplyDeleteTapi setau mia speses jilap ni vege jak. Kihkihkih