Majuk

Salam Khamis....

Masa balik kampung baru baru ni, teringin nak makan makan kat Umbai.Yelah, sementara si SA cuti katanya. 

Selalunya mak kalau makan kat Umbai ni, memang kedai Parameswaralah yang mak tuju. Selain servis yang cepat, makanan pun boleh tahan, mak suka jugak tengok pemandangannya yang cantik macam dalam gambar ni. Tak cantik ek? Hihi...... bagi mak cantik hokey....

Oleh kerana masa pergi baru baru ni, cuti Raya Cina, masyaallah, yang nama manusia, punyalah ramai! Parking full hokey!! So Pak Jilap ambik keputusan pusing balik pergi ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Sebelah jer pun dengan tempat ni sebenarnya. Tapi mak baru tahu. Cantik lagi tempat ni kalau dibandingkan tempat tadi sebenarnya. 

Kalau ikut hati mak, mak tak berapa nak setuju makan kat sini, nanti nanti jerlah kita makan ikan bakar ni bang weyh! Bukan apa, takut tempat ni tak memenuhi selera tekak mak! Tekak orang lain mak tak kisahhhhh hihi... Oleh kerana nampak gayanya Pak Jilap macam nak jugak makan sini, maka mak ikutkan ajelah.....

Ketam tu ingatnya mak nak Goreng Berempah macam kat Parameswara, tapi kat sini menu tu dia tak bikin katanya, dia bikin Goreng Kunyit Basah je. Huh.....Semakin bertambahlah darjah ketidak setujuan mak kat situ nampaknya. Okaylah, kunyit basah pun kunyit basahlah. Nasiblah sedap!

So tak payah nak tanya mana gambo selpie gediks mak ngan Pak Jilap kat sini! Majuk ar.... Huhu....


Comments

  1. Kakcik pernah makan di tempat ni (ada biawak besoooo kat bawah tuuuu), taklah sedap sangat makanan yang dipesan...

    ReplyDelete
  2. amboih kak... nak ngajuk skit3 udahlah... kt tempat perkampungan ikan bakar terapung tu cantik jgk view lah kak...
    tgk menu pun nmpak sedap hehehe... takpe lenkali ajak pak jilap pi lg ek... takmo majuk2

    ReplyDelete
  3. Comel HO majuk :) bestla HO datang tempat macam ni, makanan tak ikut tekak dapat menikmati permandangan yang cantik, tapi kalau nak majuk ok gak, time free free ni baru ada nak pujuk :)

    ReplyDelete
  4. majuk majuk pun mak makan abis kan kan kan? hihihiiii~

    ReplyDelete
  5. Gambar pertama tu pemandangan yang cantik ke atau jejaka dua orang tu yang rasa handsome sangat di pandangan mata Mak? Kira entri kali ni selpie dua beranak aje, bukan lakibinilah ya. Yalah, dah kata merajuk katanya...

    Tempat ni saya selalu pergi makan, Mak. Kedai yang pertama tu. Suka kat sini. Sambil-sambil wefie, pastu berangan kejap sambil menghirup udara nyaman kononnya!

    ReplyDelete
  6. Jelesnyaaaaaaaaaaaa.....sebab Pak Jilap ada jersey JDT !!!
    Beli kat mana tu?

    Umbai?
    Saya tak pernah sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pasar mlm jer weyh haha....
      Kalau tak pernah sampai, gi Melaka jgn lupa test !!

      Delete
    2. Kat pasar mlm jer weyh haha....
      Kalau tak pernah sampai, gi Melaka jgn lupa test !!

      Delete
  7. Kalau dah majuk tu semua tak puashati ya nom...oklah tu kalau dh kata sedap.Lain kali boleh pi tempat yang disukai tu...kan selalu balik kg.

    ReplyDelete
  8. Kak Zai pun suka makan kat Parameswara klau kat Umbai. Pernah cuba tempat lain tapi agak mengecewakan. Merajuk... makan habis tak?

    ReplyDelete
  9. ayokkk...tak tahu...ayokkk...abis la pak jilap kalau hang merajuk mak...hahaha...ala kang memalam pak jilap pujuk ar...aparahhhh...kahkahkah...sedap je tengok menu2 kat atas tu...siap lap ailio guna baju lagi hah...dah2 takmo majuk lain kali balik kampong pi le makan kat parameswara tu yek...

    ReplyDelete
  10. Aina tak pernah sampai lagi. Tp banyak dgr feedback orang cakap Parameswara terbaikkk! huhuhu.. takpe kak nak majuk pun yg penting perut kenyang. =D

    ReplyDelete
  11. Dua2 tempat tu CH tak pernah pegi Nom...
    Boleh majuk berganda2 CH ni huhuhu..

    Aii sedap pulak ketam masak kunyit tu.. kata tak memenuhi piawai selera ko tadi Nom..

    Untung gak majuk tu Nom dgn perut kenyang hahaha..

    ReplyDelete
  12. Kat mana kedai ni akak. Bolah bagitahu kawasan dia. Nampak macam menarik aje.. nak singgah nanti.

    ReplyDelete
  13. Cuti CNY memang ramai orang temapt makan-makan macam ni. Makan sambil berjalan-jalan makan angin.

    ReplyDelete
  14. ala sedap tu kak oi..tak yah majuk la..nanti cepat tua..kih2

    ReplyDelete
  15. Alooo2x,siannye dia majuk ye... G melaka ritu xsmpi pun kt sini tp mmg betulla ketam kunyit tu nmpk biasa2 je, sotong celup tepung mmg febret kita so mmg nmpk sedapla,huhuu

    ReplyDelete
  16. Ala mng sdppplh..mkn tepi laut...angin sepoi2 terjah kt muka..indahnya perut

    ReplyDelete
  17. hahahhaahha kemain merajuk...! org ckp kat merajuk lapar perut... hahahahaha

    ReplyDelete
  18. majuk majuk pon dpt gak mkn. hiks. nasb sedapkan kalau tidak mau berganda majuknya tu ye okje.. :)

    ReplyDelete
  19. amboi merajuknya mengalahkan org pregnant..tp betullah apa yg kita teringin n target nk makan..tiba2 tak dpt amg merajuklah.hehe nasib dh tebus kekecewaan tu..klu tak mau muncung sedepa mak jilapah kita seminggu ye tak.haha

    ReplyDelete
  20. amboi3 majuk ye...kikiki, nampak sedap je makanan kat situ, tapi ye lah kita ni bila dah aim sesuatu tu kalau tak dapat memang makan hati je kan, ku tengok suami pun kecik besor je hehehe

    ReplyDelete
  21. hahaha..majuk ye.tu yang takde selpie tu.jangan majuk slalu mak, nanti cepat tua

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts