Bolot sorang

Salam Khamis..

Hari ni mak bizi. Pagi pagi lagi dah kena pergi sekolah. Perjumpaan tiga penjuru antara guru, ibu bapa dan murid untuk program SPM. 

Pak Jilapah cuti tapi dia hantar abah pergi hospital. So mak pergi sorang sorang. Balik sekolah dah pukul 10 lebih. 

Takkan nak masak? Hish! Mana sempat! Walaupun kelihatannya mengelat, tapi nampak logik kan alasan mak ni hihi.....

Tanya si TLBD nak makan apa. Jawapan dia tu memanjang je nak makan luar. Ok, jom kita drive thru aje ...... tempat dirahsiakan, sebab kontroversi haha ......

Tetiba tekak mak teringin pulak nak makan Pengat Keladi. Lunjur terus kat kedai makan yang jual macam macam pengat dekat dekat kawasan situ. Pengat labu, pengat pisang, pengat gandum, pengat keledek. Entah apa lagi pengatlah..... rasanya ada dalam 6-7 bekas besar pengat atas meja tu. Tapi mak pilih Pengat Keladilah sebab dari tadi memang terbayang dah Pengat Keladi.... 


Masyaallahhhh..... nikmatnya makan pengat tengahari tengahari gini weyh. Dahlah isinya lembut, lemak, kenyal. Hayooooo..

Memang perghlah weyh!!!

Yang ni, tak payah dah nak risau pasal orang belakang sebab tak de sapa pun yang suka! Untung weyh, makan benda yang orang lain tak suka, sebab kita bolot sorang haha.....

Comments

  1. Kedai kat mana tu? Nampak sedap sangat pengat keladinya... pekat likat (tapi takde garam takde makne, kata Allahyarham Tompel...hahaha)

    ReplyDelete
  2. mak ai..sj je akak kan buat cik nor terliur..haha

    ReplyDelete
  3. Cerita skit pengalaman mesyuarat tiga penjuru tu,cheq nak..sori ayat di rahsia kan..sebab no komen hehe..suka keladi tapi tak pernah jumpa kut nak kena cari bahan mentah dan masak sendiri kut. :)

    ReplyDelete
  4. SA ni jenis tak makan pengat Labu, pengat pisang je leh layan..pengat2 lain yang boleh buat semput pun x leh sesekali makan...jeles tgok orang makan tau...

    ReplyDelete
  5. hahahha nampak sangat suka membolot ye Nom..
    tak nak kasi CH sikit ke..
    Dah CH kepenatan ni ..
    Pinggang sakit duduk atas kerusi jer..
    Jaga Nabil ..

    Pastu ditayang pulak pengat keladi..
    Memang jarang jumpa tempat CH ni Nom.
    Kalau nak pengat keladi ..
    Sila lah merajinkan diri buat sendiri :(

    ReplyDelete
  6. ADUDUDDUUDUDDUDU.....lieya puase ni kak...nak jilat skrin rase tgk pic pengat tuuuu....mmg kene sgt tuk berbuka hahahaahahha....manis2 lemak berkrim gituuuu......

    ReplyDelete
  7. Apa?...balik pukul 10 tak sempat masak? Nampak sgt menggeliatnya. Dah tu buat ramai yg terliur. Cercita kat mana nak dpt segala pengat tu blh kak Zai terjah.

    ReplyDelete
  8. Payah nk jumpa keladi yg kenyal, kalo dpt mmg mak pun tk lepas peluang, arini ko tau mak, aku dpt pose setengah hari je, tk tahan mcm nk fengsan rasanya, ni blk umh, bantai nasi air sejuk haa..segar terus.

    Aku kan mak tk penah pegi mesy ibubapa tu, aku biar laki aku je pegi, tak kuasa duduk lama2, ngantuk..

    ReplyDelete
  9. Payah nk jumpa keladi yg kenyal, kalo dpt mmg mak pun tk lepas peluang, arini ko tau mak, aku dpt pose setengah hari je, tk tahan mcm nk fengsan rasanya, ni blk umh, bantai nasi air sejuk haa..segar terus.

    Aku kan mak tk penah pegi mesy ibubapa tu, aku biar laki aku je pegi, tak kuasa duduk lama2, ngantuk..

    ReplyDelete
  10. Yalah nom baru pukul 10,sempat lagi kalau nak buat nasi beryani ke nasi arab pun boleh lagi :-)
    Ramai je yang suka pengat keladi ,tapi kalau kat sini rasanya payah nak jumpa orang jual kecuali bulan puasa.Pengat keladi memang sedap asalkan takde rasa yang mengaruuu...

    ReplyDelete
  11. Alaaa.. semangkuk kecik aje tu dinda. Kalau kanda pun bolot sorang
    Mahu-mahu kena beli 2 bekas baru puas.

    ReplyDelete
  12. ahahaha.... kemain tau. memang ngelat! pkul 10 sempat lagi makk nak buat ayam golek. Eh? tp betu la tu.. syok ye bolot sensorang benda yg org lain tak minat.. aina mcm x pernah rasa pengat keladi.. pengat pisang ye byk kali. =D

    ReplyDelete
  13. hahaha itu bagus mak, yang kita suka boleh bolot sorang2.

    sedap nampaknya pengat tu mak

    ReplyDelete
  14. macam nak cari keladi masa ni jugak Anom nak buat pengatt adoiii lah awat lah nampak sedapp sangatt

    ReplyDelete
  15. pengat ni kalau taruk dalam peti sejuk..sedap makan..

    ReplyDelete
  16. acik suka okje..apa2 jenis pengat memang acik suka..tapi buat sendiri le

    ReplyDelete
  17. Sedapnya. Nampak pun dah sedap. Memang bolot sorang bila macam tu.

    ReplyDelete
  18. Sedapnya kuih tu. Kena tambah dua macam tu akak.

    ReplyDelete
  19. Weyhhh tk kn mkn pengat ubi jerrr..mna maunya...
    Kurang nasi 2 pggn..😂😂😂

    ReplyDelete
  20. Bestkan kalau kita boleh bolot makanan. Nasiblah orang lain tak suka. Kita peduli apa. Kalau suami tak suka, lagi best. Tak payah main 'sharing is caring' katanya. Ni bukan zaman berendut dulu, you makan dulu, baru I makan. Sekarang ni kalau you tak nak makan, I peduli apa. I dah lapar!

    Sedap pulak Mak pengat keladi ni. Kat mana kedai ni. Habaqlah... mana tau kotnya terbuka hati nak pergi BMC. Opps!

    ReplyDelete
  21. Pengat keladi ni kira cam bubur keladi jugalah kan oKje... nampak sedap, tetiba teringin lah pulak.. huhu

    ReplyDelete
  22. untungla TLBD..omaknya sporting!

    ReplyDelete
  23. keladi yg kenyal mmg sedap buat pengat ... cuma telan air liur je lah saya ni ... waaaaa

    ReplyDelete
  24. Hahahaha perangai tuuuuuuu. Kemain beli benda yg org lain xmakan tuuu :p

    ReplyDelete
  25. Drive through..kontroversi? Mesti McD.hahaha..

    Wow sedapnya.macam tak pernah je makan pengat keladi..tp suka keladi..mana nk carik mak jilap oii.nasib tak mengidam..huhu

    ReplyDelete
  26. bolot jgn x bolot.
    sama ler kat umah aida, anak2 x suka makanan lama gini.
    diorang suka donut la, burger la, nugget la.

    ReplyDelete
  27. Hantar la kat Bangi siket...hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts