Adoiyai Proton Iriz

Salam Khamis......

Mak baru balik dari Pusat Servis EON ni...... Boleh gitu? Katanya keta Lamborghini servis kat EON? Itu barulah muhibbah namanya haha.....

Idak le......ada ke bonet keta Iriz mak ni tak boleh bukak??? Mengarut ke tidak tu? Dah kena dua kali dah sebenarnya. Sekali tu masa ke Tesco beli barang dapur. Dah bonet tak boleh bukak, terpaksalah Pak Jilap bukak seat belakang tu, masuk barang dari dalam. Lepas tu esoknya boleh pulak bukak. Semalam, lepas ambik anak tuisyen Pak Jilap trylah bukak bonet, saja nak ngetest katanya. Udah tak boleh bukak lagi. Tak ke naya gitu. Kejap boleh kejap tak boleh.

Tak pasal pasal tauuuu.....pagi ni mak pulak yang kena hantar ke EON. Ni yang mak nyampah ni....
Mula mula tu macam nyampah, lepas tu, macam best pulak weyh.... boleh ngeteh sekali dengan geng yang duduk area situ sementara menunggu tu hihi.....


Rasanya sejak kebelakangan ni ramai orang tak puas hati dengan kereta Proton.  Macam Proton Iriz ni, ada yang cakap radio dia kejap kejap stop, macam search gitu, dashboard dia berbunyilah, enjin dia kasarlah, macam macamlah.

So far, dalam beberapa bulan mak pakai, memang betul pun radio dia cenggitu, kejap kejap search, kadang tu naik geram jugaklah. Yelah tengah syok syok dengar lagu, tetiba terstop pulak.....Terus terbrek mak punya berangan tau! Enjin dia pulak memang kasar bunyinya. Lain tu tak pulak, cuma getah panjang kat kanan kiri bumbung kereta tu kurang lekat. Sebelah, dah selamat pun terbang kat highway hari tu. So mak dah komplen tadi, nampaknya kena tunggu stok sampailah.
Adoiyai Proton Iriz!!!!

Nak kereta baik, bajet pun kenalah baik? Mampu ke? Tak mampukan..... So apa yang ada ni, alhamdulilah sangatlah. Hadiah dari suami lagikan.....

Comments

  1. Tu la Nom..
    Karang kata tak bersyukur pulak ye Nom..
    Jadi bertabah dan bertabah lah..
    Dulu ingat lagi masa CH guna exora..
    Udah hon nya berbunyi sepanjang jalan..
    Orang tengok lain macam jer..
    Sakit hati juga dgn proton ni..
    Sampai habis warranty pun tak elok juga hahhahah..
    Last sekali kita jual jer lah..

    ReplyDelete
  2. Ya lah nom kena redha dan bertabah je lah kan...mudah2an dipermudahkan urusan tukar2 barang tu....masih free lagi ok le ,kalau dah takde warranty lagi boleh pengsan membayar bagai2.
    Viva murah anak bujang akak ni sejak beli tempohari alhamdulilah takde masalah .

    ReplyDelete
  3. Kenalah redha dah namanya hadiah dari suami tersayang. Kalau komplen banyak-banyak kang terkecil pulak hati suami tersayang tu!

    Tapikan Mak. Kak Ton bukannya nak jadi batu api. Kenapa Mak beli Proton? Kalau Kak Ton jadi Mak lebih baik beli kereta Perodua. Eh, kereta Perodua yang sebaya umur ngan Iriz ni apa namanya Mak?

    Tetiba pulak terlupa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Axia.....tak sukalah pulak bentuknya.....ngengada bebeno mak ni ek hihi...

      Delete
  4. Dah beli nak buat macam mana. Ada cerita macam ni bagus juga untuk panduan kawan-kawan lain. Bagi yang nak beli kena beringat-ingat.

    ReplyDelete
  5. Dah suami tercinta beli nak buat macam mana. Terima aje. Rasa tak tahan, nanti boleh bincang balik dengan suami tukar perodua pula.

    ReplyDelete
  6. baru lg kan kak nom... bgs lg kot produk perodua... mcm myvi dana tuh dh msk 5thn baru dia bt hal cermin kete ssh nk naik... kire ok lah tu kan jarang2 bt hal nya...

    nsb msh under warranty lg kan kak nom

    ReplyDelete
  7. keta proton ni mmg masalah,,baik beli perodua,,,keta myvi sya dah umur 10 tahun jarang wat hal,,,tapi klu proton slalu masalah aircond rosak,pintu x leh bukak & tingkap tak leh turun naik,,, bertabahje la da keta baru kan...

    ReplyDelete
  8. ok lagi tu setakat bonet sesekali bikin surprise...kawan tu protes mak asik lenjan isi barang dapur kot, hihi, baru sangat lagi tu kan..saya ni kan idaman sangatlah ke SUprima tu dan rasanya setakat idaman sahajalah ...seram pulak bila baca komen-komen mereka yang pernah ber'SUprima'..eh, persona baru tu cun sangatkan :D

    ReplyDelete
  9. Kereta abe ekin proton saga flx cermin kat pemandu pernah xleh buka xp baiki tiba2 lepas 2-3 hari boleh pulak buka

    ReplyDelete
  10. bertabahlah dengan si Iriz tu OKje..kalo tak, nanti ke cop tak tau nak syukur, lagi parah,kan. Mau taknya terima dengan redho..hihi

    ReplyDelete
  11. Cubalah buat2 merajuk,
    Xnak si Iriz tu.
    Dh tersuka kat city pulak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh!!!! honda city kaler meroon cantik nye lahaiiii...nangis sy tengok :'D

      Delete
  12. Aku baru plan nak sambo Bezza sevijik tau, haha..sevijik je..
    Tapi mmg kete proton byk masalah kot, aku ingat dulu, Exora kami baru pakai dalam 4 bulan, satu hari laki aku nak gi keje, twtiba takleh start, tengok2 bateri kong,apahal? Lastnya baru pakai 3 tahun laki aku tuko kete lain dah.

    ReplyDelete
  13. makcik (hihihih).... kereta persona baru tu cantik kan. dah boleh tukar la kut. lagi pun iras2 iriz gak.

    ReplyDelete
  14. camtu ye mak...memang tak patut la ek...susah kot kalau beli barang byk2 tetiba x bole buka le pulak bonet nye...body Iriz memang lawa kan comel je kite tengok...kikiki...bertabah la ye mak sok2 dapat le ganti mana yg dah tanggal tu

    ReplyDelete
  15. tak tahu nak komen panjang ler mak. saya tak pernah pakai proton. Takpe lah mak, bertabah ye, dah kata hadiah dari suami tercinta, kenalah hargai. nanti kecik hati pak jilapah dah diberi, banyak komplen pulak...ke memang mak yg pilih nak iris ni?

    ReplyDelete
  16. Memang sesuwai benor Iriz dengan cik Hainom...pada saya, beli keta ni ikut nasib gak...ada gak yg beli keta mahal tapi meragam jugak...

    ReplyDelete
  17. Helok jer keta tu...dia nak manja2 tu...

    ReplyDelete
  18. Sabo Mak...musim bermanja namanya tu..hihi
    Sorry Okje..lama dah tak singgah...busy siket sekarang :(

    ReplyDelete
  19. mana blh komplain bgitau j mak.
    byk juge mslhnye ye
    sabau aje lah kan..

    ReplyDelete
  20. dapat hadian lamborghini iriz tu..hehehe, banyak juga masalahnya ye, takpelah kan beli kereta ni pun rezeki kata orang, harap2 lepas servis tu lamborghini mak tu dah ok takde rosak apa2 lagi

    ReplyDelete
  21. Assalamualikum,

    Terima kasih kerana memilih kereta Proton. Pelanggan seperti anda mampu menyelamatkan industri Malaysia.

    Untuk radio yang kadang-kala tidak berbunyi, cuba semak button TA (Traffic Announcement) pada skrin radio. Jika enable, maka bila ada Announcement, radio akan berhenti seketika. Sila disable kannya.

    Jika masih sama, sila ke pusat servis berdekatan untuk membuat pemeriksaan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  22. Traffic annnouncement tu utk apa? X phm.

    ReplyDelete
  23. Uosoctire Bei Howard Download
    paemofojohn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts