Mee Goreng

Salam Isnin...
Hari ni, trial SPM. Sedih pulak masa menghantar Angry Bird ke sekolah tadi. Tak termampu nak melontarkan pesanan, harus jatuh air mata mak nanti. Eh!!!.... kenapa pulak yeh? Entahlah ......sebaklah weyh.....
Dah tak payah nak berdrama sangatlah mak!
Nah.....mee goreng khas untuk tatapan ko Tie... Kata hari tu nak tengok sangat kan....


Meenya sebungkus je, tapi bila dah goreng, hasilnya macam nak kenduri pulak jadinya. Mee mak ni nak kata basah, taklah basah sangat, nak kata kering, taklah jugak kering sangat. Kang kalau mak buat basah, Pak Jilap sampai rumah, bukan mee je yang kembang, tekak Pak Jilap pun kembang sekali hihi.......


Macamana korang buat mee Goreng? Ini mak punya Mee Goreng.

Bahan bahan :

1) Mee sebungkus
2) Udang, daging, fishball atau apa aje yang ada
3) Sawi dan taugeh
4) Bawang merah, bawang putih blend
5) Cili kisar
5) Kiub ayam sebungkus
6) Sos Tiram
7) Sos cili
8) Sedikit Sos Ikan 
9) Kicap manis
10) Telur

 Setiap orang berbeza caranya. Yang penting sedap di tekak keluarga sendiri. Ye dak?



Comments

  1. singgah pagi...
    nampak sedap nie...terliur tgk..

    ReplyDelete
  2. Akak kalau buat mee goreng main campak2 je apa yang ada bahan dalam peti ais.Suka pedas2 tapi goreng lain untuk Iman .
    Mee goreng hainom tu mesti sedap dengan fishball,udang dan daging yang terserlah tu.

    ReplyDelete
  3. sedap nampak tu. meh hantar sini mak

    ReplyDelete
  4. sedapnye.....dah trial SPM erk...UPSR plak dah xlama lagi....

    ReplyDelete
  5. Akak kalau buat mee goreng main campak2 je apa yang ada bahan dalam peti ais.Suka pedas2 tapi goreng lain untuk Iman .
    Mee goreng hainom tu mesti sedap dengan fishball,udang dan daging yang terserlah tu.

    ReplyDelete
  6. mee goreng tu nampak melekat dan memikat lah hainom
    kalau lah dapat sepinggan tu mmg sedapppp

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap tu OKje.. SB ni nak goreng mi kali ni, agak bercinta la sikit..hahahaa!!

    ReplyDelete
  8. meriahnya mee goreng mak! macam-macam ada...

    kalau mee goreng saya, ayam dan sawi sajalah semedangnya. ayam ku cincang-cincang kasi halus supaya anak2 tak memilih ambik ayam banyak2. nanti kesian orang belakang makan mee togel dengan sawi ja.

    ReplyDelete
  9. kita suka mee goreng lembab macam nie!

    ReplyDelete
  10. Saya punya mee goreng, campak2 jer apa yg ada dalam peti ais tu ke dalam kuali, siapppp...

    ReplyDelete
  11. Nom terliur pulak CH tengok malam hari ni..
    Macam nak terjah kedai mamak jer rasanya ni..
    Kalau nak terjah rumah ko nom..
    Sure dah abis kan..
    Jadi baja organik tu hahaha 😆😆😅😅

    Betul nom ikut lah tekak ahli keluarga sendiri..
    Dah keluarga sendiri nak mkn kan 😀😊

    Anak CH najeeha ni dah trial ke 2 pulak UPSR hari ni..
    Real UPSR lagi 2 minggu jer ni..
    CH pulak yg seram Nom..
    Doa jer lah agar dia mudah menjawab nanti..

    ReplyDelete
  12. Anak aku pun tgh trial gak nih. Dia tepon aku kul 11 lebih dah dekat kul 12 malam, aku dah lelap, rasa cam kat alam mimpi je dengo suara dia minta mak dia nih doakan dia..
    Lama dah aku tak goreng mee, laki aku tak suka makan mee
    Nmpk cam sedap je mee goreng ko tu mak, segala mcm perasa ko curah ek..

    ReplyDelete
  13. xsabor nk ada anak. eehhhh.. hehehe...

    meh la hntor sket kak

    ReplyDelete
  14. Nampak mee goreng okje ni, teringin pulak nak order mee goreng basah kat kantin sekolah. Haha..bukan masak sdiri ye.. tp pasti yg okje punya lg sedap. Mee kat sekolah tu ada masa masinla, manis la, ikut keadaan semasa. Tp nak tak nak situ juga makan. Sehari dua serik, cari makanan kat kedai luar. Dh byk keje kena juga beli kantin..

    ReplyDelete
  15. Saya lagi sukalah mi goreng basah, Mak. Yang kering-kering ni terasa kering juga anak tekak. Apalah PakJilap ni! Padanlah tak sehati sejiwa dengan saya. Hahaha!

    Saya kalau buat mi goreng of courselah togel. Bawang dan bawang putih tu saya chop-chop sehalusnya lepas tu tumis terus. Mi goreng saya lagilah sadis. Kalau ikutkan hati segala seafood saya nak letak tau tapi anak-anak dan suami tak makan. So memang togel habislah, kalau tak letak daging, letak isi ayam. Maknenek fishball, fish cake dan seangkatannya dengannya akan buat satu rumah tak mahu makan!

    ReplyDelete
  16. Baru trial exam aje.
    Ada masa lagi.
    Mee goreng setengah basah tu nampak macam sedap.

    ReplyDelete
  17. kitapun suka mee goreng basah.. tu sebab mi goreng mamak kurang sikit.. tapi ada satu kedai di ipohtu mi goreng mamak dia kita suka ada lagiker pakciktu...
    tp memang susah nak buat mee goreng basahni selalu gak kena nak sedap sangat jadi kembang... dahler suami buat muka yang buat kita cuak...

    ReplyDelete
  18. Saya pun suka mee goreng yg x kering Dan x basah . sederhana je Tapi mee tu mesti saya celur dulu utk buang rasa kapor ...

    ReplyDelete
  19. faham rasa sebak tu..msti terasa..ehh..dh besar ank y ku tatang dri kecik..igt dulu bru bertatih bjln..tup tup..dh spm kan.. huhu..lya pom akn melalui nnti..ni ank dh mkin bsr, msk drjh 2 pom blh rsa sebak.. huhu..

    nmpk sedap mee toyengg mak buat..aummm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts