Offer di Hari Merdeka

Salam Khamis......

Ramai betul orang kat IOI Mall Putrajaya semalam. Beratur panjang orang menunggu nak makan. Siapalah suruh datang tengaharikan hihi.... Pak Jilapah ni bab bab kena beratur panjang sebab nak makan memanglah dia tak suka. Dia lebih rela tak makan..... Mak pulak tak kisah, lagi lagi kalau teringin sangat nak makan kat kedai tu, rela je mak tunggu tepi meja orang hihi..... Buat muka tembok! Hahaha..... apa salahnya, bukan kita nak paksa orang tu makan cepat pun, kita cuma nak cop meja je.... elehhhh!!! hihi.....

Banyak tempat makan yang buat offer Merdeka tau semalam. Macam Baskin Robins, beli sebijik kek, dapat 2 scoop ais krim free, Secret Recipe pulak, harga sepotong kek dia cuma Rm5,90. Ayamas, beli 2 ekor ayam dengan harga Rm29,90. Kira murahlah tu, mana nak dapat Rm15 henggit seekor kalau bukan hari Merdeka? Tapi apa kan daya, semua pun mak tak merasa, sebab malas nak beratur panjang! Yang Ayamas tu masa bila pulak nak makannya sebab memang dah plan nak keluar pun kan semalam.

Cuma mak tak lepaskan peluang jugaklah, makan Ayam Penyet guna kupon promotion set. Dapatlah harga Rm10,90, katanya jimat Rm6.10. Entah ye entah tidak. Tak kisahlah apa pun, yang penting alhamdulilah, rezeki Allah bagi.... Kalau tak mencari, mana mungkin rezeki melayang layang depan mata ye dak....     


Muffin Merdeka! Nak kata free tak jugak free sebabnya kena LIKE FB Bandar Mahkota Cheras. Terus mak laju laju suruh anak anak mak LIKE jugak. Dapatlah 3 ketul muffin. Berbaloi baloi, tak payah beratur panjang, cuma guna tenaga hujung jari jer weyh hihi.....

Muffin Merdeka.... yang satu tu udah ku tarah bukitnya hihi......

Comments

  1. wah...nasib baik ada 3 anak..kalau ramai lagi best...dok pakat like...seronok jugak kalau dia buat hari-hari ...hehe

    ReplyDelete
  2. selamat hari merdeka mak :)

    kite semalam gigih duk beratur depan SR dgn cik boss...siap pegi dua sesi ko...hahaha...pagi tu kebetulan cik boss ada tabik hormat medeka kat dataran pahlawan jadi pakse mamat tu singgah SR dapat la 4 kotak...dah petang2 skit terjah kat SR cheng pulak...rejiki lagi dapat 8 kotak...huhuhu...puas makan kek...gembira ria lelemak kite semalam dah lama tak dpt kenduri kek katenye...hahaha...matilanakkkkk

    ReplyDelete
  3. Kanda pergi juga SR tapi tak beli yg kek offer tu sebab perginya berdua aje. Memang ramai sungguh umat manusia sampai Q panjang.

    Kanda makan spaghetti aje - anak-anak balik kg.

    ReplyDelete
  4. sana sini ada je promo time merdeka day...

    ReplyDelete
  5. Betul lah sanasini ada offer hari merdeka.Akak keluar juga teman fateha beli barang nak bawak balik u kat Tesco....rasa nak tergoda juga barangan separuh harga tapi terpaksa tahan nafsu ,kerana bukan satu keperluan pun.

    ReplyDelete
  6. Betul lah sanasini ada offer hari merdeka.Akak keluar juga teman fateha beli barang nak bawak balik u kat Tesco....rasa nak tergoda juga barangan separuh harga tapi terpaksa tahan nafsu ,kerana bukan satu keperluan pun.

    ReplyDelete
  7. betul tu kak..sana sini offer...lagi2 dah viral kat fb mmg ramai le yg beratur...secret recepi sendiri mane2 outlet beratur panjang hah.... bagus laa dieorg buat offer gini..same2 sambut hari merdeka dgn cara mereka....sanggup tak sanggup ajek laa nak q panjang tunggu turn kan kak....

    ReplyDelete
  8. OOoo..kena like fb baru dapat muffin rupanya..kalo SB like fb dia tu, agaknya boleh tak dorang kasi kirim guna flight itu muffin..hihii

    ReplyDelete
  9. kita g beli kek SR.
    aloh sekali telan je portion kek.

    ReplyDelete
  10. semalam keluar nak jugak beli kek SR sekali tengok Q panjang..tak jadi ler..tak kuasa nak beratur..huhuu

    ReplyDelete
  11. Wah mkn Ayam Penyet tu..
    Jalan merdeka ye Nom..
    La kenapa tak suruh CH anak beranak like juga FB tu boleh dapat byk lagi hihihi..

    CH anak beranak tak suka muffin lah Nom..
    Kering ajer makan tu..

    ReplyDelete
  12. Selamat menyambut hari kemerdekaan! terima kasih sudi singgah ke blog saya. :)

    ReplyDelete
  13. Saya pergi SR. Bertur sampai ke luar kedai. Malas nak beratur pergi cari kek di kedai lain.

    ReplyDelete
  14. Nak pergi BR. Jalan nak masuk ke jusco pun dah bertur panjang. Nampaknya kena beli hari biasa untuk bulan ni bagi yang mengidam nak makan BR.

    ReplyDelete
  15. untungnya..

    abis muffin tu dorg pos ke tak?

    ReplyDelete
  16. memang banyak sale kan makkk masa merdeka haritu! fuhh rezeki rezeki.. tp sekali nak beratur dkt SR & Auntie Anne kemain panjang lagi

    ReplyDelete
  17. Salam singgah bila ada kelapangan hari ini. Terima kasih masih sudi bertandang ke blog KA. Memang betul tu, waktu nak beli kek di secret recipe di alamanda, beratur mcm keretapi, sudahnya kena cari sc kat tmpat len... he3

    ReplyDelete
  18. memang banyak sale lah masa merdeka tu, tapi satu pun saya tak sahut hehehe. sedap nampak muffin tu

    ReplyDelete
  19. Salam sesudah merdeka Hainom
    Bestkan kalau sale mcm tu, tapi tang nak beratur mmg serender lenguh kaki menunggu, nak2 pakai kasut tinggi hahaaha sabo je lah

    ReplyDelete
  20. dalam banyak2 offer tu, mak dapat muffin jer? hihi

    ye lah, sebab nak rebut offer kena beratur panjang tu, yang fed up kan mak.
    suami saya pun sama jugak, tak gemo tunggu lelama gitu!

    ReplyDelete
  21. merdeka merdeka merdeka hehehe

    wah semangat kemerdekaan kak hainom dengan muffin merdeka lagi

    ReplyDelete
  22. putrajaya, satu tempat yg tak asing pada saya waktu belajar dulu. selalu pergi sana tengok wayang & jalan2. sekarang, dah tinggal sejarah. tak mungkin pijak kaki kat sana dah. bestnya dpt makan ayam penyet diskaun di hari merdeka yg mulia ni. ahaks..

    pe kabor kak hainom? lama tak singgah cni, harap sihat sajork ^_^

    ReplyDelete
  23. Kak.. kat sana Reen pergi hari sabtu pun boleh tahan ramai. Ada masa nak makan kena baratur.. Ada masa line clear.

    ReplyDelete
  24. salam nom ..
    wah kedai makan pun buat offer juga yer,
    selalunya kedai kain baju jer yg buat !!!
    kewareken dak nek mangan

    ReplyDelete
  25. whoahhh salu dengar boleh tahan ramai :D

    ReplyDelete
  26. oooo banyak erk offer...xperasan lak...patut la ramai org kt mall...

    ReplyDelete
  27. Byk offer tapi tak kuasa nak berbaris panjang ... 😅

    ReplyDelete
  28. Tak tahulah kenapa Kak Ton tak berapa suka pergi IOI Mall Putrajaya nih. Nanti sesekali nak pergi ke IOI Mall Puchong naik trainlah. Lama dah tak pi sana!

    Alah, Mak! Buat muka tembok tu okey lagi tapi yang tak okey, bila orang yang kita tunggu nak bangun tu buat tak tahu aje! Kak Ton baru aje terkena tau masa makan kat Jiran! Kita berdiri dengan anak-anak, boleh pulak lepas suami makan, pass kat isteri. Lepas tu suami bangun pergi mana, si isteri duduk aje padahal masing-masing dah selesai makan. Nasib baiklah ada tempat duduk lain yang dah kosong dulu, kita terjah pergi situ ajelah!

    ReplyDelete
  29. Alahai saya kalau tang orang berdiri sebelah meja makan... mesti saya susah hati. Nak cepat cepat makan dan beredar... tapi sebenarnya lebih pada tak selesalah okje, bila orang berdiri dekat meja kita and tengok kita makan...

    Banyak rupanya promosi merdeka haritu? Nampak sangat tak keluar rumah... malas nak bersesak dengan jam bagai.. hahahah

    ReplyDelete
  30. Benda free sapa tak suka.yg berbayar pun orang berebut2 nak..siapa kata org malaysia takda duit..nahh tetiba bab politik.harharhar

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts