Pengalaman buat Pasport Antarabangsa
Salam Jumaat ....
Hari ni meneman Pak Jilap pergi check kereta. Katanya malam tadi brek kereta tak berapa nak makan. Kena pam banyak kali baru berfungsi. Bab bab brek ni kena terus pergi check, tak boleh buat main main, bahaya!
Mak suruh Pak Jilap cuti jer terus hari ni, tapi biasalah orang yang kena sawan kerja ni, mana boleh tegah tegah, kang ada pulak yang bergusti laki bini dalam kereta kang hihi.....
Sebelum cuti Raya Aidiladha hari tu mak pergi buat Pasport Antarabangsa. Tidaknya nak bercuti kemana mana pun. Saja suka suka. Kalau dah ada pasport kan senang. Manalah tau dapat Percutian Free, Hadiah Bonanza apa apa peraduan ke haha..... Kan senang memasing dah ada pasport. Kebetulan abang pun cuti. Yang penting buat pasport abang tu. Sebab dia jauh. 2 anak dara tu buat bila bila pun boleh.
Risau jugaklah sebelum nak buat tu. Tambah lagi baca kisah Kak Zai yang siksa sangat nak renew pasport tu.
Mak pergi Jabatan Imigresen Kajang kat Jalan Reko tu aje. Pakai Google Maplah, apa lagi.... Kalau tak, confirm sesatlah mak. Mak kan buta jalan. Pak Jilap kerja masa tu.
Sepatutnya kena pergi pagilah, jadi tak delah lama menunggu. Tapi faham ajelah kalau pergi dengan baby bujang, emmm..... nak mengejutkan dia pepagi memang jadi hal mak maklah.....
Sampai sana dalam pukul 9 lebih, terus ambik no giliran. Hambik!!! Sabar ajelah menunggu 60 orang lagi! Tapi kaunter banyak bukak so tak delah lambat sangat kot. Mak menunggu sejam lebih jugaklah, baru no giliran di panggil untuk buat bayaran. Sempatlah bersarapan dekat kedai makan depan Imigresen tu. Kat Imigresen Kajang ni rupanya ambik no giliran sebelah pagi je tau. Kalau datang sebelah petang harus korang kena datang esok pagi!
Bayaran Rm200.00 untuk tempoh 5 tahun
Lepas bayar, menunggu lagi untuk bergambar. Mak dah siap siap pakai tudung biru gelap ye sebab tak mau kena pakai tudung Imigresen katanya hihi..... Tak payah isi borang bagai pun sekarang ni. Semuanya kat hujung jari staff Imigresen tu. Cuma kena bagi IC dengan standby ibu jari kita je weyh!
Lepas tu tunggulah lagi dalam setengah jam kot nak ambik pasport.
Dalam pukul 12 dah pun siap!!!! 12.30 mak dah sampai rumah. Si abang pun sempat lagi pergi Solat Jumaat. Kalau tau cepat, bawak sekali si TLBD.
Huh....... terserlahlah keboolatan wajahku......
Wah mudah ya sekarang nom...hanya dihujung jari.Seperti ke pejabat KWSP juga la ni nak keluarkan duit hanya perlu IC dan jari je.
ReplyDeleteMesti dah merancang nak ke oversea anak beranak lah ni agaknya....ke mana ya nom.
Tak de plan nak kemana mana pun SI..... memang saja saja buat je.
DeleteSalam Jumaat kak... tak susah mana nak buat passport antarabangsa ni kan.. just perlu sedikit kesabaran... hihi.. atie punya dah expired, ntah bila nak renew ni..
ReplyDeletegambar tu terserlah jg keayuan... :)
senang ada passport, kot tiba2 ada orang nak sponsor pegi krabi ke, tinggal masuk baju dalam beg je la hihu..
ReplyDeleteOh, baru teringat passport antarabangsa Kak Ton dan anak-anak pun dah expired. Malaslah nak buat, bukan ada plan pun nak ke mana-mana. HD tu asal keluar Malaysia aje, semua nak kena apply visa. Tak kuasalah Kak Ton nak bersusah-payah memohon visa!
ReplyDeleteMana ada orang buat passport antarabangsa suka-suka aje, Mak. Kalau 5 beranak kena buat passport, dah RM1000. Ni mesti Mak ada plan dalam diam ni nak jenjalan. Sajalah tu nak beri kita orang surprise. Tahu-tahu aje dah selfie kat Krabi ler, Melbourne ler, Bandung ler... Lebih baik Mak clarify cepat-cepat sebelum Kak Ton bombard dengan soalan-soalan cepu platinum ^_^
mak nak ke mana tu? bestnya jejalan
ReplyDeleteBetul tu MD mana ada org buat passport saje2 aje kan..
DeleteBagi tahu lah mak..
Nak gi mana anak2 beranak ni..
Atau Biarlah Rahsia..
iye ke saja-saja buat..tau-tau kang dah sampai aje..hehe. Jabatan Imigresen kajang ni Okl h mak, ce g kat UTC Pudu. Saya dulu siap g tengok wayang cite Spiderman, balik pun nombor tak panggil lagi
ReplyDeleteDah ada pasport ni jom gi UK jom...tiket mas tengah murah
ReplyDeletepernah buat sekali je dulu.. gi singapore je pun.. dah expired dan tak renew lagi pun...
ReplyDeleteperlukan skit kesabaran je
ReplyDeletekire cepat jgk tu kak nom... semua dh makin mudah ye...
ReplyDeletewah3 tak pi melancong mana lah tu ye
Terbaiklah
ReplyDeletecomelnya tuan pasport tu..
ReplyDeleteTak lma lagi torobanglah tu naik beloon..
ReplyDeleteKnor dh mti lma dah passport. .last bt rm150 hgget..ni tggu nak pi mekah klu ada umuqq..pakejlah gamaknya In shaa Allah. Tabung haji knor dh tak ada gigi,blum tntu dpt pergi..tak mustahilkan...semuanya kerja Allah.amin
tahniah dah ade passport !!! lepas nie leh berjalan oversea plak
ReplyDeleteCH punya passport dah expire tahun sudah Nom..
ReplyDeleteCH ni tak ada lah nak buat passport saja2 aje..
tu sebab nak pergi bandung jer yg buat..
Pastu gi Medan semua trip di taja hahhahaha..
huhu saya dulu renew pasport kat UTC sentul... mmg nanges tunggu lama2 kat situ...renew kali ke-2.. trus wat kat UTC Keramat.. masa tu bahagia giler..x ramai..ada 5 org je..
ReplyDelete#sis nak bercuti ke mana tu? nak ikut bleh? hehehehe
nak ke mana tu.. a'haa.. teka boleh?msa mula kenal2 blog okje hari tu tuan blog sebok berkursus..ok, syhhh!':D
ReplyDeleteKONON KOT2 DPT HADIAH BONANZA KUNUN .. TAH2 MMG PLAN NK PI OBERSI NI KAK
ReplyDeleteKo nak pegi umrah 5 beranak sekali kan mak. Aku minta tlg doakan y baik2 utk aku juga tau, minta ada gak rezeki aku ke sana..tangkap sayu nih.
ReplyDeleteMak, ko pakai spek lagi cantik la. Tak pakai cam org lain je, tk mcm ko pun, mcm sape ntah.
Mak.....kena bukak spek mak, staff imigresen tu suruh. Aku nangis nangis tak mau bukak sebab takut ko ngutuk aku tp tak diluluskan mak haha.....
DeleteSemua orang ckp aku nak gi Mekah. Tak de plan ke mana mana pun sebenarnya. Tapi kalau Allah panggil mak anak beranak sebagai tetamunya, alhamdulilah.....
Ko nak pegi umrah 5 beranak sekali kan mak. Aku minta tlg doakan y baik2 utk aku juga tau, minta ada gak rezeki aku ke sana..tangkap sayu nih.
ReplyDeleteMak, ko pakai spek lagi cantik la. Tak pakai cam org lain je, tk mcm ko pun, mcm sape ntah.
Ko tau ek aku nk ngutuk, haha
DeleteKo tau ek aku nk ngutuk, haha
Deleteinfo sangat bermanfaat
ReplyDeleteBaguih macam tu..bersiap sedia... lepas tu siap2 beli tiket....suprisekan pak jilap..
ReplyDelete"Abang....suprise.... esok malam kita sekeluarga akan terbang ke paris..."
manalah tahu kot-kot angan kak hainom jadi kenyataan.^_^
ReplyDeletesaya pula tak pernah terfikir nak buat passport kak hainom.
mungkin sebab saya ni tak pernah terfikir nak melancong ke luar negara.
>,<
Wkmsalam.
ReplyDeleteNak merajuk ke manalah tu.
senang jela buat passport ni ingat susah kena interview bagai hehee
ReplyDeleteAmboi buat pasport ni macam misi merahsiakan lokasi melancong je.Ada ke org buat pasport sesaja.valid 5 tahun je kot.tak guna rugi. Baik mak mengaku nk p mana..hang nak pi mana..pi mana.hehe
ReplyDeleteemm..jie sampai skrg tak buat2 lagi passport ni..
ReplyDeleteadeh..
pasport kite dah 2 tahun tamat tempoh x gi baharu pun...malas ..huhuhu
ReplyDeleteDah ada pasport tu Nom meh lah dtg Brunei
ReplyDeleteBoleh lah kita makan2 kst rumah kaknoor ni jom lah
Kalau kanda memang kena ada passpot ni dinda sebab semua keluarga kat seberang tambak takut jadi sesuatu kan. Ahad ni pun nak kena pergi sebab ada majlis kanwen. Tapi pergi jejauh tu tak adalah kanda ni..
ReplyDeleteyeayyy!
ReplyDeletemaka bolehlah plan percutian ke obersea mak.. haha
Mak nak pergi mana ni sebenarnya? Baik cakap, Mak! Mana ada orang saja-saja buat passport. Baik simpan jer RM200 x 5 org tu kat SSPN BSN, barulah boleh menang Hadiah Bonanza. Hah! masa tu baru boleh buat passport, jalan2 mkn angin.
ReplyDeletePassport kami dah lama tamat tempoh. Sejak suami macam dah malas jer nak balik kampung halaman dia tu, tak payahlah renew.
Wahhh nak ke obersi la tu ... tak kemana2 kononnya, tup2 kluar entri melancong di london 😂
ReplyDeleteMia belum ada passort lg .. tak terpikir lg nak keluar negara 😊