Minyak naik
Salam Rabu....
Bila kekandaku dah komplen, katanya asyik kena makan bubur kelmarin aje bila datang sini, maka nampaknya nak tak nak mak kena jugaklah perah ilham yang dah semakin gersang ni weyh.
Nak kata bizi, tidaklah jugak...... Biasalahkan, sawan makcik makcik ni haha.....
Pagi ni mak sarapan dengan kuih faveret mak hokey!! Sardin gulung.... satu je yang tinggal! Jangan di tanya berapa ketul dah mak makan. Kang fensang pulak bila tau kuantitinya hihi....
Siap siap tapau kari ayam 2 ketul. Nak lawankan dengan bubur lambuk yang mak dah buat semalam. Penat tau orang buat bubur lambuk, tapi tak de sapa yang makan! Hari ni tak nak masak!!! Majuk!
Minggu ni memang sawan beli lauk ajelah kerja mak. Sebab stok lauk mentah dah habis. Tunggu refill hujung minggu aje.
Tak reti nak masak kari sampai keluar minyak cenggini weyh!. Kata orang masak sampai minyak naik cenggini barulah rempah tu betul betul masak? Ye ke?
Bukan sebab pakai santan kotak ke? Tu yang payah nak timbul minyak tu. Mak ni memang jarang sangatlah guna santan parut setakat nak masak berkuah macam ni. Santan kotak ajelah yang ku bedal haha.....
Reti masak kari pun dah ok sangat tu mak, walau karinya tak pecah minyak..
ReplyDeleteSaya nak kari mengari pun fail lagi..
Bila anak2 minta kari, cepat2 pass baton kat en suami... hihihi
Peberet abg Pae tu sardin roll kak..klu sy kureng skit...hihi..
ReplyDeleteklu suruh sy masak kari mcm tu pun kompom gagal... haha..dok reti...memang dah jarang guna santan ori, sllu guna yg kotak jgk..
ko ni kak suspen je ingat minyak petrol nk naik harga lagi hahahha
ReplyDeletekari tu punyalah banyak minyak dia yg naik... seram lak nengok...
rasanya kalau nk msk sampai minyak naik, masa msk rempahnya tuh... api kecik n kene msk lama...
betul tu kak...kalo pakai santan kotak mmg payah terbit minyak...tu kdg2 lieya ngelat bubuh minyak mase tgh gelegak2 santan tu hahaahahaha...nak jugak efek2 minyak2 tu...sebab baru le lawa kurma ke kari kite kan...same la kak, lieya pun pakai santan kotak jek....sebeban beli buat stok....
ReplyDeleteTapi kalau kanda pulak nampak minyak banyak macam tu ngeri juga dinda. Maklumlah dah tua-tua ni. Ala... kanda pun selalu guna santan kotak juga, senang.
ReplyDeleteTengok tajuk ingat kan minyak petrol yang naik ,rupanya minyak kari...hainom ni :-)
ReplyDeleteAkak masak kari jarang guna santan....bukan pe nk jaga kesihatan je .
Nom ,sardin gulung tu bentuknya lain macam je akak tengok...hihii.
Rasanya, santan kotak ke, santan fresh ke, sama ajerlah Mak.
ReplyDeleteTumis rempah tu lama2 sampai masak, letak santan..naiklah minyaknya...hihi
Jgn Mak yg 'naik minyak' sbb minyak tak naik, sudah.
Saya pun pakai santan kotak je Mak sebab nak senang!
Ehh igtkan nk cerita minyak masak naik.subaidi dh kena tarik rupanya org masak kari naik minyak..makanan kedai memanglah tak berkhasiat mak jilap..minyak sekati.nak sedap punya pasal.huhu
ReplyDeletemak... kuih tu mengimbau memori ketika di kelantan dulu.. semua kuih kelantan tak boleh telan sebab ngandung dan takleh makan manis.. yang ni satu la penyelamat jiwa..sekali beli borong byk2..
ReplyDeletesaya guna santan serbuk je mak.. kalau rajin sikit baru singgah kedai santan..
samalah mak..tak pandai masak sampai minyak naik gitu..lagipun masak kari suka tak pakai santan
ReplyDeleteOily sungguh tu, OKje.. Ni santan pecah minyak kot?..lama sangat masaknya tuh
ReplyDeleteYg kan minyak masak yg naik..
ReplyDeleteRupanya kari minyak kena terbit..
Kalau berminyak mcm tu selalumya kita menumis cili dan kari tu nom..
Barulah terbit minyak mcm tu..
Beli je senang nom 😆😅😂
sedapnya...lapoo ni
ReplyDeleteRata2 komen santan kotak, sedap k geng?
ReplyDeleteBiasanya kita beli santan segar, packing siap2 & bekukan, nak guna ambik seketul..
Kari kt atas tu bukan sbb lain, semasa menumis, dorg buh minyak masak berkilo2, ishhhhh dah tua2 ni seram nak makan...
Rata2 komen santan kotak, sedap k geng?
ReplyDeleteBiasanya kita beli santan segar, packing siap2 & bekukan, nak guna ambik seketul..
Kari kt atas tu bukan sbb lain, semasa menumis, dorg buh minyak masak berkilo2, ishhhhh dah tua2 ni seram nak makan...
Klau Nur guna santan kotak, nmpknya sendiri lah makannn
ReplyDeleteMasak klau kuar minyak cam gitu, mmg sedap..
Pos kat Reen.. Reen blh tolong makan kan. Hihihi salah satu fav iaitu bubur lambuk atau bubur nasi biasa.
ReplyDeleteSejak dua menjak ni, reen kerap masak bubur tengah2 malam bila susah nak tidur.. Layan betul. Nyum nyum... Rasa cm nk masak skrg.. Heh :D
yummy....sardin gulung....
ReplyDeleteMak dah kenapa asyik membubur aje ni? Tetiba pulak buat bubur lambuk. Memang nak bedal sorang-soranglah tu, dah tau seisi keluarga tak makan. At least, PakJilap kalau tak nak makan, bolehlah salahkan darah tinggi ^_^ Takdalah Mak merajuk panjang tak nak masakkan!
ReplyDeleteKalau setakat nak naik minyak sampai macam ni, apa kata Mak curah aje minyak lebih sikit. Barulah sedap makan minyak instead of makan karikan ^_^
Ahah, kita tau! Mesti Mak dah makan sardin gulung tu dalam 11 biji. Mak mesti beli sedozenkan sardin gulung tu. Pandai tak Matematik kita?
Ohhh. Ingatkan harga minyak naik.
ReplyDeleteMasak kari hingga minyak naik oklah,
jangan sampai naik minyak sudahlah.
Tapi harga minyak masak katanya akan naik sebab subsidi ditarik balik.
lain kali kalau mak masak bubur panggil saya ya, saya boleh tolong makan. hihi
ReplyDelete