Hasil buruanku
Salam Jumaat .......
Korang..... walaupun cerita ni dah lama basi, tapi atas permintaan Aida, mak revealkan jugaklah hasil buruan mak kat Padang Besar hari tu. Bab bab harga ni, tak tau mak nak kata, murah ke mahal. Mak main beli aje mana yang berkenan. Yang penting ada ole ole dibawa balik untuk mereka yang ditinggalkan..
Orang lain punya beg tarik dah pesen baru, yang boleh tarik mengereng tu, mak punya masih pesen tarik belakang haha.... Gasaklah ko, janji boleh tarik sudah!
Memang pun Kak Cik Nur Seroja, anak beg dah lebih besar daripada mak beg haha...
Memang pun Kak Cik Nur Seroja, anak beg dah lebih besar daripada mak beg haha...
Anak beg tu Rm12. Letak barang ringan ringan bolehlah. Lepaslah letak kerepek keladi, kerepek pisang, kerepek seaweed, bubur cha cha, dodol, pulut hitam. Borong kerepek je dah macam nak berjual haha...... Macamlah kat KL ni tak de kerepek. Nak buat macam mana....... dah namanya perempuan! Dalam kepala dah ligat berkira kira nak bagi mak kampung sikit, mak mertua sikit, jiran sikit..... Aduhhh masalah sungguhlah kan! Rm100 henggit jugaklah habis bab makanan ni.
Beg sandang yang putih ni, anak dara mak kirim. Satu RM25 henggit, dah anak dara 2 orangkan, belilah 2 ketul. Beg sempoi gambar burung hantu tu tak ingatlah berapa. Rasanya RM 30 henggit kot.
Baju tidur anak dara gambar monyet macam ni harga dia RM25 henggit. Mak beli 2 pasang jugak. Baju hero hero sado mak, mak beli 5 helai. 2 helai untuk abang, 3 helai untuk Pak Jilapah. Baju diaorang habis Rm200.00,
Ni ha baju anak bujang mak. Jersey macam ni harga RM28 henggit kat sana. Murah ke mahal? Ke biasa biasa je harganya? Entahlah....
Celagi katanya, sampai sudah tak bersentuh..... Tau tau ajelah manusia dalam rumah ni, bukan suka sangat kudap kudapan macam ni...
Kalau dah katanya berjalan, sikit sikit pun habis beratus jugaklah duit tu......
Salam Jumaat Mak Nom,
ReplyDeleteCantik beg burung hantu.. unik gitu.. Betul sesgt mak Nom kalau kata berjalan x beli apa2 memang x percaya.. Paling kurang beli itu ini habis pun beratus jugak.. Apatah lagi zaman skrg.. Duit keluar mcm air. Hehehehe
penuh jugak la beg tarik tu yak.. heheeh
ReplyDeletetakla murah sangat mak ya. yang bestnya dapat jalan2 kan. hihi
ReplyDeletetakkan ni je kak nom? kak nom nyer barang takde pun
ReplyDeletebeg burung antu tu mmg comei lah
Betullah dinda kalau dah kata makan angin tak kan balik nak tangan kosong. Nasib baik anak cuma 3. Kalau 5-6 anak mahu tiga anak beg kena heret.
ReplyDeleteBeg sandang tu budak remaja sekarang memang sukalah dinda. Ada jual online mahallah sikit. Dinda beli kat sana oklah tu. Mesti terima kasihnya berkali-kali suka:)
haha..inilah entry yang ditunggu...best nya shopping Mak jilap oi..
ReplyDeleteBetul la kalau nama berjalan tempat orang mesti ada yang nak di beli untuk yang tinggal..kadang yang pergi tu tak ada apa pun untuk diri sendiri
ReplyDeleteBetul la kalau nama berjalan tempat orang mesti ada yang nak di beli untuk yang tinggal..kadang yang pergi tu tak ada apa pun untuk diri sendiri
ReplyDeletePerghhh betul2 memborong tu nom.Tapi kan tak kan cerita yang anak2 dan pak jilap aje...Hainom punya beli apa???
ReplyDeleteSaya tak beli apa SI... kiranya pulut hitam, bubur cha cha tu ajelah saya punya hihi...
DeleteNak membeli, masalahnya tak de sapa yg nak tolong bawak SI...
Hahhaha... biasalah tu kalau dah gi jalan-jalan makan angin tu.
ReplyDeletePergi satu bag balik mesti berbag-bag
Banyak betul hasilnya. Semuanya ada untuk merasa hasil dari sana. Bagus akak.
ReplyDeleteMak ai banyaknya nyooping.
ReplyDeleteKira2, pemburuan yang successlah ni.
Tak kitalah berapa banyak peluru yang dh habis melayang.
Asalkan hati puas...
Tu yang kakcik kalau berjalan suka keraskan hati je, konon tak nak beli apa-apa... Sementelah En suami un pesan 'tak payah beli apa-apa'...hehehe...Tapi yang pastinya ke mana kakcik pergi (tambahan jika tahu tempat itu tak mungkin pergi lagi), kakcik suka juga nak beli t-shirt yang menampakkan nama tempat itu... :)
ReplyDeleteBeli selalunya untuk semua anak-anak, padahal mereka pun pakai pun bila dah besar ni...
uish..banyak juga shopping tu...puas hati ke tak tu...mana tau...ada lagi barang yg nak beli...
ReplyDeletesy pun selalu pegi Pdg Besar dulu time atudy. masa convo alhamdulillah dpt bawa family shopping kat sana. barang2 kat sana harga boleh minta kurang lagi 😄 kerepek pon sedap, 3 bungkus RM10. bagi sy, barang kat sana ada yg murah ada yg x murah. tapi baju tido kat sana mmg comel2
ReplyDeleteBanyak juga Hainom shopping spree. Macam tu baru lah berbaloi, kalau tidak, balik rumah tangan kosong, ya dak? Yang PH suka, kerepek tu....
ReplyDeletedah nama pun bercuti berjalan, poket pun bercuti, duit pun berjalan. hahaha
ReplyDeleteewah ewah.. sakan jugak mak memborong tu..
ReplyDeleteTu nasib baik pak jilap tak ikut, kalau pak jilap ada, lagi meriah la proses jual beli sebab ada tukang tolong bawa beg.. hihihi
wow..shopping sakan kak..:)
ReplyDeleteKita perempuan berjalan..
ReplyDeleteMmg byk yg diingatnya..
Nak beli utk makpak.. adikberadik..ipar duai.. anak2..
Mahu tak beranak pinak beg tu kan nom..😂
Boleh lah tu nom..
Rega lebih kurang katanya..
Janji ada ole2 buat mrk kan..
comellah beg burung hantu tu. biasalah tu kan kalau dah sesekali pergi kita shoppinglah sikit
ReplyDeletekalau kami ke padang besar tu pun tak sah kalau tak habis beratus. dekat sana somi suka beli jersi. dengan kita sekali sangkut jersi. bukan jersi je. kelawar la apa la huuuu
ReplyDeleteWah shopping sakan... syok la sekali sekala menghabiskan duit okje.. hehehehe
ReplyDeletesemua makanan ringan tu nampak menyelerakan sangat ni
ReplyDeletehadoi! membara jiwa ku nak plan ke pdg besaq ni, nom.
ReplyDeletemr.asben lom luluskan plan aida ler.
aduhai !!! merana jiwa ni yg nak berjalan...
Bestttnyaaaaaa
ReplyDeleteComelnya beg untuk anak dara akak tu.. hehehe
ReplyDelete