Padang Besar, mak datang!
Salam Selasa korang.....
Trainlag mak masih belum hilang weyh!!! Mengantuk ya amat. Nak bangun pagi semalam dan hari ini, siksa betul.Tapi mengenangkan nak buatkan air, bekal untuk My Cinta Hati yang telah sehari semalam ditinggalkan tu, maka mak gagahkan jugaklah diri ini, cheewahhh.....
Mak sampai KL Sentral pukul 9.15 malam semalam. Gedebak gedebuk, gedebas gedebus, dekat pukul 12 jugaklah baru dapat baring atas my katil sweet katil. Huh..... gaya penatnya tu mengalahkan orang yang berjalan jauh je kan! Salbiah M yang berjimba sampai ke Jepun pun tak macam ni! Macamlah lama benar tinggalkan rumah!
Padahal pergi Padang Besar jeee.....
Padahal pergi Padang Besar jeee.....
Sebelum bertolak haruslah ambik gambar depan pintu masuk ETS. Jakun weyh sebab pertama kali naik! Maklah tu hihi....
Yang perginya 13 orang termasuklah 3 orang budak. Ni semua geng satu sekolah TIKL dulu. Lama dah kami tak bergader gader sejak reunion x-TIKL Ratu Rania Gold dan gathering kat Pengkalan Balak beberapa tahun sudah.
Satu rombongan menghantar Mak Jilap kooo hihi.......
Pertama kali hokey mak diberi perlepasan sesorang siap bermalam lagi macam ni. Nak dapat permission bukan senang weyh! Permohonan telah dibuat beberapa bulan sebelum tu lagi tau! Rayuan kali ke 3 baru dapat lepas ! Adoiyai suamiku......
Muka mak mak yang terlebih excited dapat bergader gader naik ETS, macam tak sabar nak bersoping sakan je! Yang pasti, best weyh! Sesekali dapat bercuti daripada rutin kerja kerja rumah yang tak pernah habiis tu.
Nak jugak berposing tunjuk kasut. Adoiyaiiiiii mak mak hampir nak menapose ni! Tak nak kalah! haha......
jauh mak berjimba....bestnye shopping....rietta pown belom naik ETS...sebab mls berangkut barang....hehehe...
ReplyDeletewahhhhhh tak sabar nk baca cite akak kt sana lah...
ReplyDeletecpt lah update kak nom... jgn lama2 trainlag tu yek...
Salam Hainom. Bestnya ke Padang Besar. Lama dah saya tak ke sana.kali terlahir pergi sana tahun 2004
ReplyDeleteamboi..makan angin nampak..untungla..hihi
ReplyDeleteBanyak ke menyoping Nom?...mesti riuh mak2 ni berjimba kan...tengok kasut2 tu macam kaki anak dara:-)
ReplyDeleteAnak akak Iqa pun sehari sebelum Nom datang tu ,merayau juga ke Padang Besar tu tapi xde beli apa pun maklumlah pelajar ,kalau dah kerja mau satu bas barang dibeli.
sakan oii berjalan..hahahah...berapa tan shopping haa? kekeke
ReplyDeleteWah berjimba sakan ye nom..
ReplyDeleteCH tak naik lagi ETS ni nom..
Best ye..
Hang shoping apa kat sana..
Tido kuala perlis ke..
Hahhahha pak jilap tak sanggup meragut daun sorang2 nom...
Tu yg berat nak lepaskan ..
Best kan nom dpt berjimba2 dgn kekakawan ni kan :)
Hamboi.. jauh jalannya tu kak..
ReplyDeleteselamat beristirehat ye..
wow best ni.
ReplyDeleteaida dlm kepala otak tgh berpk nak bwk angkatan anak2 bertiga ber ETS ke pdg besar :)
hmmm menarik!!!
sekali sekala bershopping..best..
ReplyDeletenampak luas dalam kabin etc tu... selesa...
ReplyDeleteSeronok juga jln jauh2 naik ETS, takde jem, aircond best, ada ruang makan, bilik solat & tpt wuduk disediakan dlm ETS, TV ada show "Janam2" yg blh khatam 2 kali almaklumlah perjlnan lebih 5 jam dr KL ke PBesar
ReplyDeleteBestttt & happening sgt..sume sporting..paling best part 'sharing is caring'..rasa xcukup time nk hapdet sume story..
ReplyDeletemak lawa sangat.. lg2 perginya semau yg cun2.. risaulah pak nya nak bgi izan..
ReplyDeletebest jugak kan kalau kumpul2 kwn2 lama beramai2 mcm ni.. girls day out
Seronoknya pergi holiday dengan geng2 satu kepala hee..hee... PH tak pernah travel pakai train. Agaknya tak boleh tidur semalaman (kalau perjalanan waktu malam) sebab dulu naik bas malam pun mata terbeliak sepanjang perjalanan dari KL ke KT. Bila sampai rumah jer terus loya >.<
ReplyDeletesyoknya pi Padang Besaq. Hampa2 saja conquer ETS tu kan. nak jenjalan jgak!
ReplyDeleteAmboi! sekeluarga menghantar dinda.
ReplyDeleteKena fahamlah yg mereka hantar tu makna balik jgn tangan kosong:)
dah jadi model sandal dan kasut pulak..
ReplyDeleteBaca post ni teringat bercuti tahun 2015 ada jugak singgah Padang Besar tapi tak shopping pun setakat layan Mr. A dan kids beli jersi bola murah-murah katanya.
ReplyDeleteHuhuuhu entrynya pun tergantung tak buat harap tahun 2016 punya cuti datanglah rajin nak sambung buat entry.
Wah meroyan sampai ke Padang Besar.
ReplyDeleteTentu banyak barang yang diborong.
Mesti sakan bershopping tu, ya? :)
ReplyDeleteNgalahkan model kasut lak, haha. Apsal ko pakai sandal mak, tak rok ar camni.
ReplyDeleteKo soping beli apa mak kt sane? Soping sakan ek? Bestnya dpt ngabiskan duit tuan ehsan kan, hikhik.
seronoknya dpt geder2 dgn geng lama. Bnyk ke sopink Nom..
ReplyDeleteBanyak tak banyak habis jugaklah duit KY hihi...
DeleteAmboii makk syoknya boleh gader2 ngan kengkawan...sopink apa tu kat padang besaq?
ReplyDeletesekeluarga menghantar ek, mesti ada makna tu mak. selamat berholiday mak, jangan noty k
ReplyDeleteKiranya train to padang besar lah yer.. Hehe.. Mujur xde zombieee..
ReplyDeleteKemain lg geng2 mak ni..
Hahaha.. Kemain lagi akak & the gang.
ReplyDeleteTp sesekali dpt pelepasan mcm ni best gak kan. Mcm ira ank kecik2 lg, xdpt la nk berjimba mcm ni. Kene hangkut semua.. Hehe..
pak jilap tak sanggup berjauhan, tapi malu nak cakap.uit, namaku diseru rupanya...haha. Gi travel memanglah letih Mak.
ReplyDeletehuuhu..ni mak2 muda lagi la kak..
ReplyDeleteHahaha pic last tu kelakar
ReplyDeleteMemang best sesekali camni..anak2 dh besar takpa mak jilap..macam sy ni tak dpt la.nk tinhgalkan anak ke pengasuh dating dengn en suami pun tak smp hati..teringat ke anak je.huhuhu
Tggu nti nk dekat menopouse baru bykkan aktiviti camni.sekarang pun macam la muda sgt.hahahaha
kasut semua tak mcm mak mak nk menopaus pon.
ReplyDeletebestnya lahai. dpt bergader gader gini..
noe pun x pernah naik lg ETS tu...ate laju beno ler yer...amboi gambar kasut pun ada yer...
ReplyDelete