Momen momen makan dalam
Salam Isnin.....
Semoga hanya aura aura positif yang mendampingi kita semua hendaknya....
Sekarang ni, setiap kali ternampak kapal terbang nun tinggi di awan biru, setiap kali tu jugaklah mak akan terkenang kenang pengalaman pertama kali naik kapal terbang. Momen momen makan dalam yang tak akan dilupakan seumur hidup. Pada orang lain, mungkin dah lali, tapi tidak pada mak dan anak anak. Walaupun teruja, tetapi jauh di lubuk hati sebenarnya mak seram tau! Harap badan aje besar hihi....
Paling tak dapat lupa bila sepanjang flight ke Kota Kinabalu mak anak beranak rasa tak selesa sebab panas! Ingatnya aircond rosak ke hape haha.... Rupanya sebab mak tak bukak punat aircond kat bahagian atas kepala tu...... Huh....ingatkan boleh harap Pak Jilap, sebab dia dah pernah naik kapal terbang tapi rupanya 2 x 5 je haha...... Rugi tau! Bayar tambang mahal mahal tapi panas sepanjang jalan aduhhhh.....
Siapa yang berani mendustakan betapa hebatnya hamparan kapas ciptaan Allah macam ini? Subhanallah....
Kalau korang tanya saat mana paling seronok naik kapal terbang ni ? Mak suka momen momen masa nak terbang tu. Momen bila engin kapal terbang menjadi semakin kuat dan laju untuk membuat tujahan ke udara. Best tau momen tu. Momen yang sukar digambarkan dengan kata kata. Walaupun mak ni sentimental orangnya, tapi sesekali terkena jugaklah tempias Fizik hihi....
Pada mak saat yang paling mencemaskan pulak, dah tentulah masa kapal terbang melanggar awan. Aduhhh..... seriau sangat hokey. Paling ngeri masa dalam flight balik dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur hari tu. Flight pukul 8 malam. Kebetulan masa tu hujan kat Kota Kinabalu. Bayangkan ajelah dengan petir dan kilat. Bergegar kapal terbang dibuatnya. Bukan sekali dua aje tau. Mulalah terfikir yang bukan bukan. Rasa macam tak mau dah naik kapal terbang lagi kalau cenggitu punya gegar.
Satu lagi masa part nak landing kat Kota Kinabalu. Mungkin pilot baru dapat lesen kot haha...... Terasalah macam kapal terbang tu terhentak kat Runaway. Nak kata memang macam tu style landing tak jugak, sebab masa landing balik KL hari tu, pilot landing cantik sangat dan smooth aje.
Masa ni dah nak landing kat Kota Kinabalu.... |
Inilah yang dinamakan pengalaman kan. Betullah, pengalaman itu mahal harganya. Pengalaman itu tak boleh diganti dengan wang ringgit. Pengalaman itu cuma boleh dikongsi dan dimanfaatkan. Setiap orang punya pengalaman yang berbeza......
Airport Kota Kinabalu. Dapat jugak merasa memanjat tangga nak naik kapal terbang macam dulu dulu. Berebut ko haha..... |
Muka orang orang terlebih excited dapat naik kapal terbang haha.......
dah lama xnaik flight..:)
ReplyDeleteHahaha! Dah kenapa ni ayat mengalahkan penulis novel romantika d amour, Mak oi?
ReplyDeleteMomen-momen makan dalam kononnya.... Tergeliat lidah Kak Ton masa baca entri Mak dalam hati tau! Macamana boleh tergeliat pun tak tahulah! Tersayat-sayat membacanya, rasa nak gelak semacam aje tau! Sejak bilalah Mak ni asyik bermadah pujangga. Cubalah Mak kembali kepada asal, Mak oi! Tolong jangan suruh Kak Ton gelak lebih! Mulut ada ulcer nih!
Yalah, Mak. Mana mungkin wang ringgit boleh membeli pengalaman berharga. Setiap pengalaman yang kita kutip sepanjang perjalanan hidup ni, tak ternilai harganya tau!
ingatkan ada momen cuti2 lg nengok sayap kapal terbang tuh
ReplyDeleteYalah nom,n3 ni agak sentimental apatah lagi tajuk pun momen2.
ReplyDeleteBetullah pengalaman tu tak kan dapat dirasai jika tak laluinya .
Akak tanya pada Iqa pengalaman kali pertama naik flight ,dia kata biasa je...huh takde perasaan langsung...
Momen menaiki kapalterbang yang mungkin akan selalu melintas di ingatan kakcik adalah sewaktu penerbangan balik dari Kuching ke KLIA yang mengambil masa 5 jam (sepatutnya hanya i jam 30 minit atau 1 jam 45 minit sahaja) sehingga terpaksa lajak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Tidak dapat mendarat di KLIA kerana keadaan cuaca ketika itu.
ReplyDeleteSekali lagi sewaktu dalam penerbangan ke Delhi. Bergegar lebihkurang 10 minit sehingga rasa jantung dah nak melompat keluar dari dada!
Alhamdulillah, segalanya berakhir dengan selamat.
Huh....kalau cenggitu punya momen seram, tak payah naik kapal terbang pun tak perlah KC huhu..... Memang dah mengucap panjang jerlah kalau bergegar tak berhenti ye KC. Tawakkal jerlah gamaknya.
DeleteCukup pulak minyak dia kat atas udara sampai 5 jam....
Kakcik catatanlan pengalaman itu di sini : http://kakciknurseroja.blogspot.my/2014/10/penerbangan-5-jam-dari-kuching-ke-kuala.html
DeleteLamanya nak naik flight..
ReplyDeleteAnak bujang sy nun jauh di utara, dah reti booking tiket bagai, pergi balik naik flight, kami le rugi, x boleh daa nak jln jauh2, hu3..
Lamanya tak naik flight ***error typing
DeleteMomen pertama CH naik kapal terbang tahun 1997..
ReplyDeleteMasa tu pergi Langkawi..
Alhamdulillah pengalaman pertama tu ok..
Cuma pengalaman kedua menggerunkan CH..
Masa tahun 1999 untuk ke Jordan naik Paskitan Airline..
Macam Kakcik Nur cakap menggerunkan bila langgar awan gegar sampai kedalam huhuhu...
Alhamdulillah balik naik Jordan Airline..
Ok jer..
Naik flight kali pertama memang kita ingat sampai bila2 tu Nom..
Lorr nekcik ingat nekcik yg tue ni jer yg takut naik kpalterbang ropernya yang muda pun gayat jugak ye...
ReplyDeleteUiii baguih nsk kpalterbang ni..macam maccam ayat dan surah hsbis baca...bergegar sikit terus mngucap..klau jadi apa apa pun..muga muga kita masih dlm kalimah Allah..walaupun jasad berterabur kan..tapi takuut
Cantikkan pemandangan diudara
ReplyDeletePH suka tau naik kapalterbang, Hainom. Tapi ada sekali tu naik kat Subang airport ke Kuala Terengganu. Separuh jalan hujan sangat lebat. Kapalterbang macam terumbang ambing. Seram! Dah tu tak leh landing kat KT. Habis pusing balik ke Subang. Aduh! Sambung flight pagi esok.
ReplyDeleteAntara perkara yang saya suka buat kalau naik kapal terbang adalah ambik gambo awan. Tu pun kalau dapat duduk tepi tingkap..
ReplyDeleteMakchaq pun tak suka naik k/terbang, ada pengalaman yg menakutkan & yg tak semenggah memalukan pun ada..
ReplyDeleteMakchaq pernah tulis jugak cerita pengalaman naik k/terbang kat blog
Ayat ni lawak,
ReplyDelete"Walaupun teruja, tetapi jauh di lubuk hati sebenarnya mak seram tau! Harap badan aje besar hihi.... "
Dapat pengalaman baru. Nanti lain kali dah tak panas dah bila tahu macam tu akak.
ReplyDeleteSaya paling takut naik 'belon' ni masa nak mendarat..
Seriau rasa..
Moment paling best dlm flight bagi kita time makan mak! Dapat sekut je pun rasa best giler hahaha...
ReplyDeleteBut the best moment of course time kita flew to mekah, rasa sgt berbeza dgn penerbangan lain esp bila pilot pun buat announcement "para tetamu Allah, anda berada dlm flight sekian...sekian...
meremang bulu roma kak :)
Ewah, ewah.. siap kaitkan dengan Fizik lagi...
ReplyDeleteMesti mak dulu2 terror Fizik...
Tapi betul la, masa flight nak naik tu lain sikit feeling dia.. Saya kadang2 rasa takut.. sebab rasa "semacam".. Anak menakan saya siap kata, "Geli geli" lagi masa flight nak naik tu......
Gamgar paling bawah tu mcm kakak dan adik jer... Sweet!
kalau saya pun memang seram gak naik flight ni mak. teringat MH370 dan MH17
ReplyDeletei feel u Nom.
ReplyDeleteeverything.
aida paling seram time nak berlepas. sayup je hati ni Nom oii! seram giler!
pernah dulu. kursus ke sarawak. cuaca gi balik hujan ribut.
kes MH370 baru je jadik. hadoi! Allah je tau perasaan hati :(
SAYA PALING TAKUT NAIK FLIGHT ! Haaaa....punyer takut
ReplyDeleteKena air pocket pun cuak juga kak. Ana kena masa blk dr Bandung sebab cuaca buruk. Berzikir sepanjang 2 jam tu. Huhu.
ReplyDeleteAdoi...ingatkan apalah yang makan dalam tadi.
ReplyDeleteBiasanya momen momen kena laser/syarah yang makan dalam.
subhanallah cantik sangat view masa kapal terbang nak landing kat airport KK tu, nampak juga air masin dan air tawar yang tak bercantum...kagum sangat.
ReplyDeletepengalaman pertama mak..nanti akan ada pengalaman yang seterusnya inshaAllah
Same here...moment Best..bila dapat tengok awan dari jarak yang sangat dekat. Moment tak best ada dua. Yang pertama, masa langgar awan. Bile yang die nak elak tetiba...zuppppp! ke bawah sket. Allahu..perut terus kecut. Tapi takde la terus flat. HAHAHA! yang kedua pula adalah bila nak landing. Sebab ade pilot yang pelbagai gaya landingnya. Terkejut pun ada..terus berzikir,pegang apa yang boleh dipegang.
ReplyDeleteTak suka naik flight 😂 Kena kawal nafas, kalau tak boleh buat sakit palo
ReplyDeleteeija suka naik flight waktu siang boleh tengok pemandangan dari atas... subhanallah cantik sgt
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHahaha..edehhhh..kelakar lak part lupa buka suis aircond tu.. aduhhhh bertabahlah mak menahan kepanasan tu😂😂
ReplyDeleteLya mmg takut n fobia.. pdahal x pnh fly pom lh.. tp pnh la ckp2 dgn papa fsya psl nk fly ni.tergantung di udara. Bila fikir keseraman n kemungkinan berlaku mmg tkut jgk.tp in shaa Allah, akn slalu dilindungi., kat mana pom..darat..laut atau udara sama je risiko kan
best jugak kalau sekali sekala naik kapal terbang ni kan. Tapi seram jugak. Paling tak suka part yang dia naik tu. Rasa berdengung kepala jap.
ReplyDeleteSama macam saya masa naik kapal terbang pi Jepun.. kemain nasihatkan anak-anak... "tak pe jangan takut..." padahal saya dah pucat lesi dah, jangan cakap macam mana kecut perut semua.. hahaahaha subhanallah memang cantik awan tu Okje...
ReplyDeleteBilalah sha nak berani naik kapal terbang nie.. nak gi sabah.. huhuhu..
ReplyDeleteJeles nengok akak melalui momen momen makan dalam.. hehehe