Dilema 4 tahun lepas berulang kembali
Salam Selasa.....
Sabtu baru ni mak hantar abang balik U. Si abang ni dari bulan Januari lagi cutinya..... Mengeram lelama kat rumah bukannya ada hasil pun, elok sangatlah mak hantar balik hihi......
Ya Allah ku serahkan anakku dalam jagaanMu...... Peliharalah dia sebaik baiknya, moga kau berkatilah setiap langkahnya. Aminnn....
Lepas ni giliran Angry Bird pulak.
Tawaran UPU, Matriks dah dapat. UPU dapat Diploma - Sistem Maklumat Perakaunan, Matriks pun Perakaunan jugak.
Cuba cakap dengan mak, kalau korang jadi mak, mana satu nak pilih????
Nampaknya dilema 4 tahun lepas berulang kembali! Sekejap rasa nak ambik Matriks sekejap nak ambik UITM. Hish.... pening ah! Malas weyh nak fikir, berserabut kepala mak. Kang mak stress kang, tak boleh nak masak kang..... ha macam mana?? haha..... Alang alang kepala Pak Jilap dah terlanjur berserabut tu, kita serahkan ajelah pada Pak Jilap untuk menganalisa semua ni hihi..... . Tugas mak menyokong dari belakang, cukupppp! Boleh tak gitu?
Nampaknya mak berbuka puasa bertiga ajelah tahun ni. Jangan sangka mak tak ada selera pulak hokey!!! Bab bab makan ni, makan sorang sorang pun jadik! hihi......
Jk sy ditempat awak, sy pilih UPU tp terpulanglah kpd empunya badan..
ReplyDeletePsstttt: dpt jauh dekat??? ^_^
Sama tempatlah geng....
DeleteTulah kan.... mungkin ambik UPUlah kot
Samalah, kat sinipun berbuka bertiga TETAPI alhamdulillah mgu ke 2, anak sulung cuti sem hg raya, bolehlah bermnja2 sikit, malas masak, sih jer dia pergi ke PARAM.
DeleteLgpn bukan jauhpun kami terpisah, bila2 masa boleh berbuka bersama.
Betulkan tekaan sy smlm??
DeleteLama ya cuti si abang ....xpe lah biar dia rehat2 kan minda kat rumah.Dah balik u stress memanjang belajar kan.
ReplyDeleteOh upu dh keluar ya?.Kalau amik diploma pun ok juga nom.Dulu kawan ank akak straight A pun amik diploma perakaunan,lepas tu sebab terror terus degree...cuma lewat setahun je grad nya dari anak akak yang dari Asasi ke degree.
Ya ya je hainom ni berselera ...ntah2 nghadap juadah berbuka menangis ingat anak....hihii
dilema jugak kalau macam tu kan mak, moga2 dapat buat keputusan yang terbaik untuk angry bird.
ReplyDeletemak samalah kita...sorang2 pun makan tetap laju
Dilema!? kalau Mrs. A yang dalam dilema itu tamat dengan memilih UPU ngeh!ngeh!ngeh!
ReplyDeleteAlaaa kenapa berbedar macam rasa benda yang sama je nanti..huhuuu..
ReplyDeletepilih2..jgn tak pilih..pastikan yg terbaik..:)
ReplyDeleteUPU kot kak..
ReplyDeletetahniah mak !!!!
ReplyDeleteanak-anak dah jejak kaki ke menara gading ;)
kalau saya pilih upu la mak. anyway kalau bab makan tu bagus camtu mak
ReplyDeleteAll the best Pak Jilap ! HAHAH! Sian mak ha..kang pening stress pk pasal anak yer. Saya doakan yang TERBAIK buat anak akak dan akak sekeluarga. Saya pun bakal melaluinya juga suatu hari nanti. Huhuhu..
ReplyDeleteAlhamdulillah...anak-anak yang cemerlang hasil didikan ibubapa dan guru-guru yang hebat... :)
ReplyDeleteadik bongsu dana pun dh dpt jgk keputusan UPU nya kak...
ReplyDeletedpt di unisza nun jauh di pantai timur, mak kt kampung dh mule lah pening2 kepala risau anak bongsunya jauh di sana
dh dia sndiri yg setuju ngn tawaran tu, kite setujukan jelah
ana pun UiTM bidang perakaunan. Mana2 pun sama kak. cuma bezanya matrik graduate awal satu sem kalau every sem lepas. tp budak matrik hebat2 selalunya. ana tak layak masuk matrik sebab add math tak lepas syarat. hehehe
ReplyDeleteamin...alhamdulillah
ReplyDeleteAlamak.. terdilema sama.. Bila course sama, mulalah tak tahu mana nak pilih.. hehehe..
ReplyDeleteSerahkan pada empunya diri nom..
ReplyDeleteDia yg nak belajarkan..
Cari kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain..
Pastu baru boleh buat solution...
CH dulu buat diploma..
Ambil perakaunan dan kewangan..
Pastu terus kerja hihihi.
Sambung degree dah kerja..
Anak ada 2 masa tu..
Mengandung nabil lepas tu hihihi..
Den ingat nak buat mcm tu dgn anak2..
Ambil diploma .. habis terus kerja.
Nak smbg degree buat PJJ..
Hahaha..
Bab mkn mana boleh tolakan nom..😂😂
Tahniah untuk Angry Bird ... bijak anak2 okje semua, dahlah bijak, comel2 semuanya, sebijik cam maknya.
ReplyDeleteTahniah buat anak akak Angry Bird dpt tawaran U.. Dilema juga ye bila dpt 2 pilihan ni. Ira xde experience amik diploma, so tak tau sgt. Ira matrik melaka dulu, 2nd intake.
ReplyDeleteBelajar kat matrik jadualnya pack sbb setahun je kan. Jimat umur la kat situ, lagi satu ada elaun so xde la meminjam ptptn. Jimat umur, jimat hutang ptptn. Mcm adik ira amik diploma lps tu amik degree 2 ptptn dia kene byr.. Hehe.. Apa2 pun tu pengalaman kami dr keluarga yg susah 16 tahun dulu.. Skrg ni tak tau la mcm mana.. Better dptkn pro n cons utk dua2 tawaran tu la.. Dan terpulang juga pd tuan punya diri yg nk belajar.. Hehe..
All the best buat Angry Bird. 😁😁
Sy tak pilih dua2, sy pilih form 6 😏 Kah!
ReplyDeleteSuh tuan punye badan la pilih mak...dia yg nak pi belaja...hang xyah sebuk2 pikir baik siapkan list menu sepanjang bulan ramodon nnti...semoga sume anak2 mak sukses dunia akhirat :)
ReplyDeleteHmmm...pening juga ya Hainom nak uruskan pendidikan anak2. Angry Bird suka yang mana satu? Sekarang ni budak2 ada kebebasan memilih. Tak macam time LL dulu, parents yang tentukan. Suka tak suka, kena follow jugak.
ReplyDeleteSerahkan kat empunya badan kot. Yang nak belajor tu dia. Bior dia belajar buat keputusan utk masa depan jgak. Kita bagi opinion je. Hehe. Ni pun opinion jgak. 😁
ReplyDeleteDengar cerita matriks ni memang kena struggle mak..budaknya kan pandai2. Tapi jimat masa gradenya cepat sikit. Jadualnya pack..klu diploma tu rilex sikit boleh lagi outing masa exam.hahaha..
ReplyDeletesy pun bekas budak Diploma uitm jugak dulu.haha mana2 pun ok janji buat yg terbaik..belajar rajin2 Insyaallah penyudahnya kejayaan
Ambik upu!
ReplyDeleteApa kptusan psti ianya y terbaik.. Lya dlu pom pnh brada dlm dilema mcm ni..
ReplyDeletesemoga anak2 berjaya dunia akhirat hehee.. best apa berbuka puasa 3 org masak sikit pun ok
ReplyDeleteHantar ajelah dia balik cepat, Mak. Kasihan dia nak dating tak dapat tau. Kalau kat rumah tu, asyik kena ikut Mak pergi ukur jalan. Sapa nak, dah besar panjang ikut Makkan!
ReplyDeleteKalau UPU pun dapatnya di mana? Ambil matriks ni kena usaha keraslah. Kalau tak belajar, macamana nak sambung lagi nanti? Apa-apa pun ikut pilihan anak, tak pun pilihan PakJilap sebabnya dia yang berserabut jaga akaun rumahtangga nanti ^_^
Mak lagi suka bertigakan. Hari pertama aje meraung lebih. Lepas tu happy dah. Boleh order untuk 4 orang tapi makannya bertiga. Yang extra satu tu memang saya yakin sangat Mak punya bahagianlah!