Salam Ramadhan Kareem
Salam Jumaat,
Salam Ramadhan Kareem untuk semua. Esok, jangan buat breakfast pulak hihi..... Nak buat breakfast boleh, tapi buat pukul 5 pagi ek hihi.....
Semalam rasa lemau sungguh. 2 - 3 hari ni rasa badan tak berapa sihat. Mula tu si TLBD yang bersin bersin. Maknya membebel..... Ha tulah.... minum ais tak ingat dunia, sekarang dah seme, dahlah time tu tengah pereksa. Sekarang sapa yang susah? Diri sendiri jugak yang susahkan. Esoknya, mak pulak yang bersin bersin. Badan sakit sakit. Nak kata demam, tidak! Adoiyaiiii kena daulat anak pulak dah haha.... Dugaan menjelang Ramadhan nampaknya. Allah nak menghapuskan dosa dosa kecil. Sebaik baiknya adalah redho.....
Semalam bezday si Angry Bird. Kebetulan sama tarikh pulak dengan sahabat blogger jiran depan rumah, Cahaya Hidupku. Happy Bezday Yati! Moga sentiasa dalam limpahan rahmat Allah. Senyap je hang kat bilik whatapps semalam. Party tak habis lagi ke? Hihi....
Buat anakanda Angry Bird,
Happy Bezday dik....
Moga adik panjang umur, murah rezeki diberikan kesihatan yang baik , menjadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat.
Mehlah ibu belanja makan kek.
Nak buat kek sendiri, tak tentu jadi macam kek yang dia nak. Manalah mak reti weyh nak buat kek berlapis lapis macam tu ha? Daripada membazir bahan, eloklah kita beli je hihi.... Dah tentulah sedap!
Tak berapa hari lagi adik akan jauh dengan ibu. Lepas sorang, sorang lagi anak ibu akan pergi. Tak ada dahlah teman ibu bergaduh nanti, tak ada dahlah tangan yang akan suapkan makanan untuk suruh ibu rasa. Tak adalah orang yang boleh ibu harap untuk tolong ibu masak sayur huhu.......
Ahhhh...... sure ibu akan rindu adik nanti.
Salam Ramadhan Kareem
ReplyDeleteKita serupakan??? ha3 ~_^
ReplyDeleteHepi bday adik, mg panjang umur, murah rezeki dan berjaya dunia akhirat., aamiin...
Mak, lama tak datang sini. Happy birthday utk Angry Bird!
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan Mak dan selamat menjalani ibadah puasa. Saya minta ampun & maaf jika ada keterlanjuran bahasa yg menyinggung perasaan ya Mak.
Allahu Akram. Salam Ramadhan Kareem juga buat HOkje.
ReplyDeleteHappy birthday buat anakanda HOKje semoga menjadi anak solehah yang menggembirakan keluarga.
Salam Ramadhan Kareem Mak Nom..
ReplyDeleteHappy birthday juga kpd Angry Bird..
Mak Nom speedy recovery dari seme..
Selamat berpuasa, Hainom! Ni time kita boleh kurus, betul tak? Atau sebaliknya pulak hee..hee... Happy Birthday kat Angry Bird. Pretty girl. Kenapa pulak bagi nama Angry Bird hah..hah..
ReplyDeleteSalam Ramadhan, Mak. Maaflah ya kalau bergurau kasar sampai bergusti bertumbuk semua di alam maya. Kalau tak layan, siapa lagi nak layan ^_^
ReplyDeleteHappy Birthday, TLBD. Kiranya Mak bersalinkan TLBD sama hari dengan CH lahirlah ya. Hahaha!
Eh, syahdu juga rupanya Mak ya! Ingatkan brutal aje bila anak perempuan nak pergi jauh...
Salam Ramadan Kareem, semoga lebih baik dari sebelumnya.
ReplyDeleteUhh..tetiba tumpang sedey lak rasa yg ujung2 tu, jiwang gak mak ko ni dik, yelah ank kesayangan nk pegi jauh mak mane tak tangkap sayu. Dik..hepi bezday ek.
ReplyDeleteRamadhan kareem mak ye. Moga puasa kita tmbh berkualiti tahun ni, in shaa Allah
happy birthday Adik. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan untuk Mak sekeluarga
Ramadan Mubarak, kak.
ReplyDeleteAnd happy belated birthday buat adik. Semoga menjadi anak yang solehah, dimurahkan rezqi, dan sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
Ramadhan Kareem Mak! Moga cepat sembuh.
ReplyDeleteHappy birthday Adik! Good luck ye...
Selamat berpuasa...
ReplyDeleteSalam ramadhan kareem kak. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga sentiasa sihat. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dr sebelumnya. InsyaAllah.
ReplyDeleteDan sanah helwah buat adik angry bird. Semoga menjadi anak yg solehah yg berjaya di dunia dan akhirat. Amin.
Allahu akrom..ramadhan kareem mak.
ReplyDeleteSanah helwah adik, moga cemerlang dunia & akhirat, sedihkan mak ank2 nak belajar jauh
Salam ramadhan sis dan selamat menjalani ibadah puasa. selamat hari lahir dik! moga success selalu :)
ReplyDeleteAllahu Akram..
ReplyDeleteSelamat berpuasa..
Terima kasih ucapan besday..
Ohhh sama dgn TLBD ye..
Patut kena belanja kek bertingkat mcm tu juga nom.😊
Bila anak berjauhan mmg rindu kan nom..
Alhamdulillah anak CH balik..
Salam Ramadhan kak.
ReplyDeleteHappy Birthday Angry Bird (comel je) 😊
Salam Ramadhan nom...
ReplyDeleteCanteknya anak dara hainom seperti ibunya juga....Happy Birthday AB....semoga sukses dihari2 mendatang ,apatah lagi dah terpisah jauh dari ibu.
Salam ramadan mak.mesti rindu kan bila anak-anak dah berjauhan.
ReplyDeleteSelamat beribadah di bulan ramadhan dinda
ReplyDeleteSemoga baik-baik semuanya.
Makin berjauhan makin erat kasihnya..
selamat berpuasa sis
ReplyDeleteSalam ramadhan kak..! =)
ReplyDeletesalam Ramadhan ;)
ReplyDeletedah 5 Ramadhan dah ')
Salam ramadan Okje ... baru sempat ucap salam dah seminggu kita puasa :P. Happy birthday untuk Angry Bird.
ReplyDeletehepi bestday..:)
ReplyDeleteEppi belated bestday AB
ReplyDeletealamak. perenggan terakhir tu, sedih bunyi nyer...
ReplyDelete