Di penghujung Syawal
Salam Selasa.....
Hari ni dah masuk pun 1 Zulkaedah kan. Bye bye Syawal!! Rasanya, semalam jemaah Haji Malaysia dah pun terbang kan. Kawan kawan mak ramai jugak yang dipanggil tahun ni. Tak perlah tu rezeki mereka, rezeki mak tahun depan insyaallah....., Allah nak bagi peluang mak tambah ilmu lagi tu. So hujung tahun ni kursus haji tak boleh nak lubang lubang dah!
Buka puasa anak anak di akhir Syawal....
Buka puasa anak anak di akhir Syawal....
Abang di Perak. Nasi Arab! Wah bang!..... kenduri sorang sorang nampaknya tu! hihi....
Adik di Perlis. Makan dalam dulang macam tu, mesti kolej sponsor makan ni. Lama dah mak perhati, asal kolej sponsor makan je, lauk dia mesti Gulai Kuning tu. Gulai kuning ni mesti lauk faveret orang Perlis kan!
Maknya kat KL makan kari ayam dengan sambal tumis ikan bilis .
Jauh disudut hati seorang yang bernama ibu ayah, terselit juga rasa gembira bila anak anak dapat menghabiskan puasa sunat walaupun dah dipenghujung Syawal. Moga anak anak ibu terus istiqomah ye.
Jangan jadi macam ibu masa remaja dulu dulu...... ruginya baru terasa sekarang. Membiarkan Syawal berlalu pergi tanpa ada pengisian.....
Wah sedap nampak makanan ifftar anak2.Adek dapat sponsor ,makanan berdulang gitu pasti bertambah selera.
ReplyDeleteAlhamdulillah anak2 yang baik ..
cik nor sempat puasa 10hr..:)
ReplyDeleteAnak den smlm telefon tak dpt puasa satu hari lagi syawal sebab sakit tekak..sedihnya diaðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteSiap tanya dapat tak pahala puasa syawal dia yg 5 hari tu 😢😢
Aduhai anak omak..
Pahala tu milik Allah..
Bila dah laku kan kebaikan..
Allah dah janji kan pahala atas amal kebaikan itu..
InsyaAllah panjang umor kita jumpa ramadhan dan syawal tahun depan..
Dan kita dapat menyempurnakannya ..
Iftar abg paling best ye nom..
Nasi arab ayam berempah tu..
Dak kakak kena redho lah..
Dah namanya sponsor kan..
Wah! makan dalam dulang kat Seremban payah nak jumpa
ReplyDeleteTeringin nak makan nasi dalam dulang tapi yang tinggal kini cuma kami bertiga, x cukup ahli, BATAL... hi3
ReplyDeleteInsyaaAllah mama tetamu rumah Allah tahun depan. :)
ReplyDeletetunggu nak tengok mana lauk maknye tapi takde pula gambarnya. ye lah orang utara memang suka kuah kuning tu kot sebab saya pun suka juga hehehe.
ReplyDeletehati mak ayah mana yang tak terharukan bila tengok anak2 berjaya buat benda2 sunat macam ni.
InshaAllah tahun depan adalah rezeki mak dengan pak jilapah untuk Makkah tunaikan haji. sebelum dijemput jadi tetamu bolehlah penuhkan ilmu didada dulukan.
sedih syahdu lak nengok lauk2 tuh... lg sedih sbb teringat anak yg nun jauh tu kan kak nom...
ReplyDeletebgs bdk2 zmn skrg, bkn mcm kite tau beraya je jaman2 muda dulu
Alhamdulillah dpt juga anak2 habiskan puasa syawal ye kak..tahniah buat omaknya jugak... rezeki dpt makan mcm tu... mudah2an ada rezeki tunaikan haji tahun depan..kami semua mendoakan...:)
ReplyDeleteWah mak, bestnya tahun depan ko dpt pegi Makkah yea, jelesnya aku, aku daftar lambat, kalo ikut giliran 60 tahun lagi, entah2 mati dulu, nyesal aku lmbt daftar.
ReplyDeleteAku pun Alhamdulillah, ada rezeki buat puasa 6, kalo thn2 sbl ni aku puasa qadha niat sekali puasa 6, tapi taun ni aku up sikit, bust puasa 6 jer, qadha waktu lain.
Hehe..ko jgn marah ek..bukan ke syawal ko dah isi dgn jalan2 rayo mengeratkan ukhwah dan silaturrahim, Kira ok la tu..larikk
Cepat kan masa berlalu, Hainom? LL teringin nak makan Nasi Arab. Hmmm...
ReplyDeleteSemoga ada rezeki akak & suami tunaikan haji tahun depan..
ReplyDeleteSeronok tgk org dpt buat haji muda2..
Alhamdulillah.. Bagus anak2 akak..
Sedap tu menu berbuka nasi arab..
nasi arab sedap gile.. e'in suke..
ReplyDeleteAinum baru terasa rugi sebab syawal yg dulu-dulu pergi tanpa pengisian. Bukan Ainum je begitu orang lain pun serupa. kita tak perlu kesal perkara dah berlaku. semua orang buat silap. kita tak bersalah melakukan kesilapan. Kalau bersalah pun sebab kita silap. sekarang kita dah sedar kesilapan tu. Ingat sekarang kita ada tenaga ada keupayaan untuk membina semula semangat yg timul dari sesalan. andainya kita abaikan kuasa dan keupayaan ini, bermakna kita melakukan kesilapan paling besar.
ReplyDelete*yang tmbul
Deletesedapnya menu buka puasa..
ReplyDeleteseronok tengok kawan2, jiran2 dapat jemputan haji.. moga sampai juga giliran kita suatu hari nanti
Assalamualaikum Nom, dah habis syawal dah ni
ReplyDeletegi mana ni honeymoon ke ni
ke macam kaknoor jugak tunggu mood
Dah masuk Ogos ni.
ReplyDeleteTunggu entri baru
Seronok makan dalam talam nie..merapatkan ukhwah..
ReplyDeleteeh, knapa saya boleh tak tau ke tak perasan orang perlis suka kuah lemak kuning gitu ye..hehe
ReplyDeleteInsyaAllah kak Mudah-mudahan ada rezeki akak ke Mekah tahun depan. Amin.
ReplyDeletetak dpat buat di zaman muda, zaman sekarang pun boleh buat juga Mak..lega rasanya dah habiskan puasa ganti sekali.hehe
ReplyDeletebtol la Nom. zaman skang ni anak2 kita lebih ke arah islamic la.
ReplyDeleteanak2 buah aida pun ramai yg berpuasa sunat.
aduhai, syahdu dgr nyer.
dulu zaman aida, tak kenal kot puasa sunat syawal :) ha ha ha. jahil nyer zaman remaja ku.
Anak-anak habis puasa sunat, emaknya bagaimana?Hahaha!
ReplyDeleteAlhamdulillah, baguslah kalau mereka sedar ketika usia muda. Dan untuk kita pulak, masih lagi berkesempatan selagi hayat dikandung badan. Tak gitu, Mak?