Menu yang korang harap bila Open House
Salam 12 Syawal....
Minggu ni mesti orang dah start buat Open House sana sinikan. Penuhlah aktiviti hujung minggu korang nampaknya. Bukan setakat penuh aktiviti, perut pun penuh hihi....
Kalau korang pergi Open House kan, menu apa yang korang harap akan ada? Memanglah.... niat berziarah ni bukan nak makan.... makan kuih Raya pun ok aje, tapi ni acah acah kalau tuan rumah masaklah..... Agaknya apa menu yang korang nak makan? Soto? Mee Bandung? Mee Goreng? Lontong? Kambing Golek? Kancil Golek? Haha..... Kalau mak, Ayam Golek pun belum tentu tergolek haha......
Jangan salah sangka pulak! Ni bukan mak nak survey menu untuk Open House rumah mak tau ! haha.......Mak tak pernah buat Open House haih! Bagi mak, buat Open House ni tak bestlah. Tak boleh nak menyembang! Tuan rumah dah tentulah sebok ke sana sini kan.... Lagi satu yang tak bestnya, kalau tuan rumah combine semua rakan taulan, jiran tetangga dan kaum kerabat diaorang sekali harung, tak ke tercongok congok kita dibuatnya. malu ah....Mak lagi suka style Raya dulu dulu. Rumah sentiasa open untuk tetamu. Bila bila pun boleh datang, makan aje apa yang ada hihi.....
Berphotoshoot Raya dengan mak Pak Jilap pulak. Tak meriah pulak jadinya bila bergambar Raya tak pakai baju Melayu ek! Tak macam Raya ah! Lain jugak berpohotoshoot di pagi 1 Syawal rupanya...
Mak, minggu ni macam nak ke rumah kakak Pak Jilap, lepas tu nak ke rumah makcik dia jugak. Lepas tu nak ke rumah Yati Cahaya Hidupku, emmm nak tengok langsir baru dia .....eh! eh! Ngerilah tu mak cakap nak datang ! haha...
Atok.....
raya sakan yer akak..kita pulun kerja dah..:)
ReplyDeleteHahaha kena cepat update entry langsir raya ni nom 😅😅😅😚😜
ReplyDeleteBetul tu nom..
Suka raya mcm dulu2..
Dtg jer raya bila2 masa..
Boleh sembang lama2..
Pastu tak lah tercongok bila tuan rumah dok sibuk melayan sana sini..
Pastu nak pastikan mknn mencukupi..
Den kalau buat open khas utk keluarga jer..
Pastu kekawan atau jiran selalu buat potluck je..
Buat kat taman je..
Senang keje😆😅
Tiba2 teringat zaman bujang dulu, jk umah mak, dr pg hg ke t/mlm tetamu merangkap sedara mara jauh dekat tak putus2 datang beraya.
ReplyDeleteKitalah sorg2 dok ke dapo berbaju t'shirt buruk, basah kuyup, xder apron cam sekarang ni, x smpat nak melawa mklmlah menjawat jawatan tukang masak, tukang hidang, tukang basuh n tukang kemas.
Stail arwah, xder menu2 ringan, paling takpn NASI + lauk pauk bersambal lagi, abis jer terus masak lain.
Kat kampung WP ni baraan tak habis2 lagi.
ReplyDeleteSetiap malam menjamu tekak aje.
Bakul motor pun sampai tak muat bawak bontrot
meriahnya raya
ReplyDeleteKat rumah kakcik, selalunya kakcik masak mee kari je (dah itu je yang kacik reti masak)... :)
ReplyDeleteWah tak habis lagi beraya ye Mak...
ReplyDeleteKita pun banyak invitation ni. Lega takyah masak hehe...
Kita tak kisah Mak nak jamu apa,nasi ke mee ke, Ayam ke daging ke semua bedal :p
Ana kalau buat open house hanya utk rakan pejabat suami dan rakan tmpt kerja lama. Tak ramai sbb sng nk kayan semua org. Hehe
ReplyDeleteminggu ni dana kene balik kerteh lg, adik ipar kawin, kira nyambut nantu lah...
ReplyDeletejd takde lah ke open house minggu nih...
kalau dana kan, apa je yg tuan umah hidang, dana mkn... tak kisah n memilih
kalau pegi open house, selalu doa mintak-mintak ade satay.. haha
ReplyDeleteselamat hari raya kak.. mintak maaf kalau ade salah silap..
saya setakat ni takde pun undangan open house..nampak sangat tak fofuler ahaahaha, tengok orang lain berderet2 jemputan, kita duduk je mengeram kat rumah sambil perabih sekut raya kat rumah tu kikiki.
ReplyDeletemakanan apa yang diharapkan tu nampaknya macam takdelah sangat janji dapat makan je saya ni.
Bestnya Raya Sana sini.. kalau mama lah sgt happy kalau Ada sate hihi
ReplyDeletekami ni takde orang nak mengajak open house pun hahaha. jiran kiri kanan bangla lagipun😂
ReplyDeleteYou, i kalau ke rumah org tak aspect nak makan apa.
ReplyDeleteapa2 terhidang i makan.
satu lagi i kalau kata open house tu, terlalu besar to me. i prefer kata buat makan2.
kalau yang datang pun kena sikit2.
tak boleh sekali harung.
kurang suka. like yr concept gak lah. tak leh nak menyembang.
busy gitu, concept ukhwah tu tak ada. kannn...
selamat hari raya maaf zahir batin
ReplyDeletesamalah kita mak, kurang gemar konsep open house ni.tapi kalau yang ajak tu kawan or sedara rapat, lanyakkan je.rezeki jangan ditolak.haha
ReplyDeleteCak!! hehe..kak, sy klu gi open house suka cari sup..mcm soto tu kira ok lah..laksa ker.. open house kadang segan nak pegi.. suka yg mcm dulu2 gak..sapa rasa nak dtg dipersilakan.. bial open house ni, tuan rumah jadi busy..tak terlayan.. huhu..salam Syawal kak.. maaf zahir batin :)
ReplyDeleteHainom, kenyang kah seharian kalau pergi banyak open house. Kalau LL, nak menu nasi tomato dengan ayam masak merah hee..hee...
ReplyDeleteFranskly speaking Mak Nom, LZ adalah orang yang selalu ngeri bila orang nak datang rumah.. Adoi rumah macam tongkang pecah.. Mana nak sumbat semua barang tu!!!!!
ReplyDeletePada LZ budaya open house ni lebih kepada menjamu tetamu bukan mengeratkan silaturahim.. Tuan rumah busy, temu datang dan pergi camtu jer.. Kadang-kadang tuan rumah pun tak perasan dan tak sempat jumpa tetamu yang diundang.. Agak kurang sampai maksud..
*Frankly
DeleteTambah sikit : bab menu LZ tak kisah sangat, hehehe..
aida terpaksa bersetuju dgn LZ.
Deleteprefer nak dtg, call, aida masak, and kita borak sambil makan.
open house ni jamuan makan. tak sempat kot nak layan tiap tetamu yg dtg.
mesti ada yg terpinggir.
so mcm rugi masa dan ruang yg ada.
Samalah! memang ke laut dalam kalau buat openhouse. Sebab bila campur semua tak leh nak fokus. Isu nak bincang pun lain2. Sapa nak dtg call ajer ..nanti Nany masaklah yang simple2. Bihun goreng ke ape ke...tujuan utama nak mengeratkan sirraturahim kan.Selamat hari Raya Kak Nom!!!
ReplyDeleteZaman dulu2 aje saya buat open houz.
ReplyDeleteSkrg ni tak ada dah.
Semalam orang datang rumah secara mengejut..makan mee bandung segera aje. Nasib baik stok perencah memang ada..
Sha mengharapkan setiap rumah yang sha gi raya ada biskut makmur.. Hahaha.. Tahun nie tak jumpa lagi kak.. Tapi betul la macam akak cakap kalau open house memang kurang peluang nak bersembang dengan tuan rumah.. Pastu rasa macam terasing je.. Hehehe..
ReplyDeletenak lontong dengan tempe banyak2.. rendang kerang.. kalau nasi campur nak ikan sambal hahaha..
ReplyDeleteaida x gemar tempe tau, siti.
Deletetapi bila buat lodeh, aida wajib masukkan tempe goreng.
bila dlm lodeh, aida suka makan tempe tu :)
Pernah buat open house sekali .. ala menu simple2 je okje, rendang ayam, nasi impit, nasi putih, black pepper chicken, kek dan biskut raya 😊
ReplyDeleteaida xde la berharap sgt makanan pe yg dihidangkan.
ReplyDeletebiasa nyer aida dan asben akan kasik anak-anak makan dulu kat umah, terutama mlm, before kuar beraya, nom.
sebab x berharap org buat something yg mengenyangkan.
kita ok lagi.
anak-anak tu karang, sian plak kalau tak kenyang.
tapi kalau ditanya makanan pe yg diharapkan :
1. utk time lunch = nasi & lauk-pauk yg marveles!
2. mee basah = cth nyer mcm mee bandung ker, mee hailam ker. sedap nyer.
Eh! samalah kita tak pernah pun buat open house reason yang HOkjer listkan tu pun semua Mrs. A setuju nanti nak copy paste boleh tak?
ReplyDeleteKalau nak datang beraya rumah Mrs. A, datang aje kalau tunggu open house memang takde la kot tak tahulah di masa hadapan ngeh!ngeh!ngeh!