Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 5 July 2017

Ziarah Syawal ke rumah orang yang lebih tua

Salam 11 Syawal korang... 

Janganlah berduka nestapa ye korang,  sebab terpaksa hadam entri Raya mak hari hari. Selagi tak habis gambar yang ada dalam hp ni, harap korang pasrah ajelah haha.....

Macam korang jugak, mak pun ikut sistem giliran bila bab beraya ni. Kalau tahun ni beraya di kampung, maka tahun depan confirmlah Raya kat KL. Cuma kalau giliran beraya kat kampung, memang betapa sampai habis cutilah jawabnya hihi.....  Tapi kalau beraya kat KL dulu,  Hari Raya ke 2 mak dah bertolak balik ke kampung. Alasannya, mak tiru ajelah alasan suami Mia Kassim, walaupun tak betul haha...... Sebenarnya, kat kampung banyak tempat yang nak di ziarahi. Kat KL ni, nak beraya rumah siapa??? Orang semua pun balik kampung kan..... Alasan sangat tak? hihi....

Rumah pertama pada 2 Syawal, abangku seorang Tabliq.....
Ni abang betul betul atas mak, beza 8 tahun you. Perasanlah tu, ingat dia yang bongsu, eleh.... Rupanya keluar seorang makhluk lagi hihi.... Biasalah orang dulu dulu kan.....

Namanya pun Hari Rayakan, masa nilah untuk kita berziarah dan saling maaf bermaafan. Walaupun makanan bukanlah agenda utama dalam beraya, tapi kalau dihidangkan dengan makanan selain daripada biskut Raya best jugak ek! hihi.....

Rumah ke dua, rumah kakakku seorang balu .....


Jarang weyh dapat bergambar dengan adik beradik macam ni.....


Yang muda kenalah memulakan langkah untuk berziarah ke rumah orang yang lebih tua, terutamanya adik beradik sendiri. Separuh orang mungkin tak kisah hal hal macam ni, tapi pada separuh orang yang lain, mungkin menjadi satu benda yang sangat kisah terutamanya di musim Raya macam ni . 

Buat masa ni mak tak delah kisah sangat pun bab ni, OK je...... nak datang, datang,  tak nak pun, tak kisah, lagi senang tak payah hidang air sirap, dan tak payah masak hihi.... Tapi tak taulah nanti bila sampai satu peringkat nanti, bila dah menjadi warga emas, masa tulah pulak meroyan menunggu anak sedara tak datang datang haha....

Rumah ke tiga, rumah abangku tapi cuma kakak iparku aje yang ada....

Sebagai adik yang bongsu, mak kenalah ziarah kerumah adik beradik yang lebih tua. Dah katanya adik bongsu kan. Kalau agak agak rasa nak kena kecam bolehlah buat pasal melepak aje kat rumah di Aidilfitri hihi..... 

Rumah ke empat, rumah abang...


Rumah ke lima, rumah kakak si baju hijau tu.....
Tapi kat rumah dia, tak sempat nak bergambar sebab masa tu tetiba pulak ramai sedara belah suami dia datang. Maka kita bergambar ajelah kat rumah kakak yang sulung keesokan harinya. Nampak tak mak dah bertukar baju tu hihi....  

Alah...... baju recycle tahun tahun dulu je, bukan orang perasan pun hihi ...

Entahlah..... tahun ni kurang mood nak berayalah pulak! Seadanya aje gitu...... tapi mood sedondon di pagi Syawal itu wajib haha...... 

26 comments:

  1. ye mak selagi belum habis syawal kita up je lah cerita raya kan. samalah saya pun selagi tak habis gambar selagi tu la nak up entri, nak buat satu entri kang berkajang2 pulak menulis, ada yang muntah darah berpinar bijik mata membacanya hehehe.

    itulah hakikatnya hari raya, saling kunjung mengunjung eratkan silaturrahim, kalau kita tak mulakan siapa lagi, tak kisah lah yang bongsu ke yang sulong ke janji kita berziarah ye tak, tapi kalau kita paling kecik tu kena paham2 la, kita la yang kena mulakan langkah hehehe.

    ReplyDelete
  2. Meriah juga raya hang tu nom..
    Melepak sakan kat kg ye raya..

    Adik beradik hang ramai yg duduk di Johor ye Nom..
    Masa ni lah nak saling ziarah menziarahi kan..
    Tambah erat siratul rahim adik beradik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat area situ situ je Ti...cuma yg sulung tu kat Yong Peng.

      Delete
  3. amboi..meriah gtu raya akak..hehe

    ReplyDelete
  4. Bila nak wt rumah terbuka n jemput rakan blogger datang beraya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak buat dululah hihi...

      Delete
    2. Rumah saya esokpn boleh, jemput2.. 😁

      Delete
  5. Selamat hariraya Anom..maaf zahir batin. Ramai adik beradik ye..nape yg bongsu tu cun sngt..😉😄

    ReplyDelete
  6. mmg gitu lah adatnya kan kak, yg muda perlu ziarah yg tua2, kalau mcm umah abah walaupun dia bkn yg paling tua, ramai kakak n abang2 dia yg ddk luar kampung balik ke kampung ziarah n dtg beraya rumah kami...

    mmg umah kami selalu kena serang, kadang sekali sernag 10 family

    ReplyDelete
  7. Untungnya ramai kakak abang...masa2 hari raya ni lah selalu nya ada peluang kunjung mengunjung...apatah lagi satu negeri lebih mudah kan.
    Akak dlm duka kehilangan kakak rasanya tahun ni yang terlebih beraya ....hampir semua sedara terdekat dah kami pergi.

    ReplyDelete
  8. ok la tu...dlm mood kurang nak raya,,,5 buah rumah jugak dapat raya... selamat hari raya kak nom..maaf zahir batin

    ReplyDelete
  9. Hahaha tiru alasan ye ..
    Betullah tu Okje :P .. kat bandar time raya mesti sunyi sepi sebab semua pun dah balik kg. Lebih baik balik kg kan, dapat ziarah rumah sanak sedara, mengeratkan lagi tali silaturahiiiimmm...

    ReplyDelete
  10. Adik mithali Mak ni ye :)

    Seronok tengok akak beraya sakan dengan adik beradik, ziarah sana sini..

    ReplyDelete
  11. Seronok dapat berkumpul adik beradik. Macam kakcik ni, kakak sulung. Adik-adik selalulah juga datang melepak kat rumah kakcik dan beriuh rendah bersama-sama. Biar ruang kecil asal rasa bahagia melimpah ruah... :)

    ReplyDelete
  12. tme raya la nak ziarah kan mak, bukan selalu pun. bertanya khabar, update apa2 hal

    ReplyDelete
  13. Meriah ya sambutan Hari Raya, Hainom. Kita orang Chinese pun macam tu. Kita visit yang lebih tua dari kita, lepas tu baru dia orang visit kita. Tapi sekarang ni dah tak ikut tradisi lagi kot.

    ReplyDelete
  14. bestnye ramai adik beradik boleh beraya kesana ke sini....hehehe....

    ReplyDelete
  15. Masa ni lah kita boleh Tanya Khabar sedara mara adik beradik lain Kan. Dulu Ada yg sihat tapi tahun ni mungkin dh uzur

    ReplyDelete
  16. dalam takde mood pun sampai 5 rumah..amboi.hehe

    ReplyDelete
  17. Raya sokmo Mak Nom, seronok tengok..
    LZ tak sempat berkunjung ke rumah saudara-mara lain kecuali area Muar..
    Kecewa okay..

    ReplyDelete
  18. Apa pun..awek yang baju merah tudung pink tu paling jelita sekali

    ReplyDelete
  19. Seronok kak ziarah menziarahi.. Yang mudalah kena pergi melawat yang tua-tua.. Tradisi yang patut diteruskan..

    ReplyDelete
  20. sgt setuju bila kita yg kecik ziarah yg lebih tua.
    wajib!
    memang dah gitu caranya.
    takkan la yg lebih tua nak nyembah yg kecik, kan?
    perkara ni aida memang amalkan, nom. alhamdulillah mr.asben pun faham and kebetulan side dia pun kami buat gitu.
    ziarah.

    ReplyDelete
  21. Suka konsep ziarah-menziarah macam ini.

    Bergambar tu semestinya kansss HOkjer ialah bukan senang nak kekonvoi gitu dah tu kalau takde gambar takdelah nanti memori yang priceless tu.

    Rumah mereka dedekat je ke?

    ReplyDelete