Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 2 September 2017

Laksa Johor untuk mertua

Salam Selasa....

Salam Merdeka dan salam Aidiladha jugak korang!

Macamana Raya Haji korang? Sure penuh daging korban dalam freezer tu! Ke tak dapat daging walau sekilo pun? 

Korang balik kampung ke? Mak Raya KL je. Raya rumah mertua tersayang gitu hihi....


Nama je cuti panjang, tapi bukan boleh ke mana pun. Raya, dah satu hari habis kat rumah MIL,  Angry Bird pulak balik Arau hari Ahad tu. Kita pun, manalah tau dapat cuti free hari Isnin tu kan. Mak kampung pulak sebok call tanya, tak balik kampung ke cuti panjang ni? Aduh! Kadang kadang pening jugak tau memegang titile 'anak' ni ek!!.... 

Raya Haji memang tak semeriah macam Raya Puasa. Maklah..... korang mak tak tau! Baju pun tak beli, pakai je baju Raya Puasa hari tu. Sebab tulah tak sakan berphotoshoot di pagi Raya hihi.... Baju sama katanya! Gambar atas tu, tulah satu satunya gambar yang ada, tu pun muka tuan blog tak ada, haish! Jadiklah weyh... 

Mak tak masak pun ketupat rendang bagai tu. Atenya MIL ai teringin nak makan Laksa Johor setelah ditanya oleh anak lelakinya beberapa minggu sebelum Raya hari tu. Dengan sebab itulah, maka terhidanglah Laksa Johor di pagi Raya! Korang hado buat Laksa Johor untuk mertua di pagi Raya? Acah acah menantu mithali ni haha....


Pukul 4 pagi mak dah bangun tau! Padahal nak potong timun je hihi.... Jangan tak tau, potongan timun untuk Laksa Johor berbeza dengan potongan untuk laksa lain tau!


Walaupun rupa tak semenggah, tapi rasanya sedap hokey!!! Kalah Laksa Johor abang Mat Gebu ! Hihi.... 

Siapa yang cakap? Maklah!! Haha....

25 comments:

  1. Amboi mak menantu mithali tu..jgn xtau kita pun mithali jugak hahaha. Samalah kita tak meriah manapun, mak ada juga pakai baju raya puasa, saya lagi nan hado tak berbaju raya pun pakai tshirt dengan seluar munge2 jek wakaka

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Laksa johor tu.. Samalah kita kak, pakai baju raya puasa je.. Tudung je baru.. Hehehe..

    ReplyDelete
  3. Salam kak..
    Kalau boleh nak balik dua2 kg kan..
    Cuti lama pun rasa sekejap je.. Hihi..
    Kami xde bwk balik daging korban pun,tp dpt la merasa sup daging korban kat umh mertua, kat umh mak ira, masjid buat korban hr sabtu.
    Sedapnya laksa johor.. Share la resepi.. Hehe.. Bagus menantu mithali ni.. Kita x mithali..makan je pandai.. Haha...
    Sama la kita, pagi raya pakai baju raya puasa je.. 😁😁

    ReplyDelete
  4. samala kita mak, raya pagi baru raya puasa hari tu je. saya tak balik raya kampung kelantan, raya di kl je. daging korban dapat sebab sebagai peserta, itupun memang habis terus. sebab keluarga ramai.

    ReplyDelete
  5. untung la masak jgk laksa johor, kita hari2 mkn daging..muka dah mcm daging..haha. kelantan meriah raya haji..:)

    ReplyDelete
  6. aduh rajin nya adik kaknoor, laksa Johor banyak songeh tuuu
    memang dapat title menantu terbaik ni hehee

    ReplyDelete
  7. Mmg x dpt pun walau sekilo daging korban..makan yg dh msk di rumah org...
    Laksa Johor..all-time favourite tu..sedapnye..tapi xtau pulak potongan timun berbeza...bru tau ni

    ReplyDelete
  8. tgk laksa johor kak nom eh mcm ngidam je nk laksa johor semangkuk... nk bt sndiri mmg entah bila... dana nih klu nk sediakan masakan yg renyah2 mmg mls... tau mkn je heheheh...

    ReplyDelete
  9. Bertuah mertua selalu menantu masakkan keinginan nya.Nampak sedap laksa Johor tu nom...pandai hainom buat.
    Kat rumah tak dpt daging pun nom.Masa budak hantar hari raya pertama petang tu kami takde kat rumah.

    ReplyDelete
  10. sedapnya..laksa johor, lagi la bila orang johor yang buat, pergh! boleh tahan jugak cara nak potong timunnya, part biji lembik2 berair tu taknak ye mak :)

    ReplyDelete
  11. Menantu mithali hidang laksa Johor di pagi Raya, syabas! Hehehe

    LZ tak balik Muar, duk mereput kat Seremban tak rupa Raya.. Daging korban nan hado laaa mak Nom.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Aku tau lah mak camane nak timun camtu, laksa Johor tu pun aku tau bust cuma malas je, eh tingin lak aku nak serbu rumah ko nak makan laksa Johor tu, nampak ngancam naw tu, hehheh

    Oh..Kira acah2 menantu mithalila ni, jadilah.

    Aku pun kalo Raya haji takde beria naw sambut. Padahal Raya haji ni sepatutnya Kita besar2kan, tapi dah mentaliti masyarakat kita kunun dah penat pose sebulan kenalah Raya sebulan.

    ReplyDelete
  13. Sedap nampak tu...
    Lapar lak malam2 ni

    ReplyDelete
  14. Sama la kita kak, tak ada baju raya haji pun. Beraya pun tak. Balik rumah mak je. Tu pun 10 minit drive sampai. Haha. Kak, sedapnya laksa. Feveret saya tu kak.

    ReplyDelete
  15. owh baru tahu potongan timun begitu kak..

    Meh belanja resepi kak..

    ReplyDelete
  16. Nom nanti set tarikh ye..
    Datang rumah hang lah..
    Tolong buat laksa johor ye utk group aweks blogger..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab2 laksa, jgn lupakan saya..

      Relaku pergi..

      Delete
  17. Laksa Johor pebret tu.
    Kalau pegi Desaru mesti cari warung laksa johor tepi jalan kat Sg Mas

    ReplyDelete
  18. Rasanya ramai rasa yang sama macam HOKje hari raya Aidil Adha tak semeriah hari raya Aidil Fitri sebab Mrs. A pun rasa begitu.

    Tapi kalau kat rumah mak Mrs. A di kampung juadah raya dua-dua raya tu sama naik mesti ada ketupat, rendang, kuah kacang tahun ni extra ada wajik made by ibuku tersayang dan cookies yang we all bawa seorang sedikit.

    ReplyDelete
  19. selamat hari raya aidiladha mak..tajuk dah macam drama raya fazura tu..rendang untuk mertua.haha

    ReplyDelete
  20. Yalah, hanya mak mertua Mak aje yang dapat makan Laksa Johor airtangan menantu perempuan termithalinya ni! Orang lain memang takda rasanya!

    Kitakan kalau masak, memang bantai habislah bab potongan ke apa. Sebab untuk makan diri sendiri dan keluarga, apa kisahkan. Itulah pasal bila dah tua-tua ni, berkumpul beramai-ramai, bila time nak tolong masak, mesti kena sound dengan Ngah! Hehehe!

    Saya raya haji kali ni tak beraya ya. Masak raya pun takda. Anak-anak HD yang uruskan sediakan 'sarapan' di pagi raya. Nak buat camna, den dah tumbang. Jiran pulak melawat mak mertua di Putrajaya. Kalau tak, dapat juga merasa laksa Johorkan!

    ReplyDelete
  21. Terrer jugak Hainom boleh masak Laksa Johor. MIL mesti suka hati :)

    ReplyDelete
  22. Ewah ewah... memang menantu mithali ni...
    Laksa Johor lagi di pagi raya...
    Terbaik la mak :)

    ReplyDelete