Mee Siput
Salam Jumaat .....
Selain dari orang Johor mak tak pastilah sama ada korang kenal ke tidak dengan Mee Siput ni. Jangan tanya mak asal usul Mee Siput pulak ye. Mak tak kuasa haih nak mengkaji sejarah! Hihi.....
Dah katanya benda ni jajan mak zaman kecik dulu, sesekali tu teringin jugak nak makan balik. Tetiba teringat Chikedis! Sapa tau Chikedis maksudnya kita sezamanlah tu hihi....
Dulu dulu..... sekeping bulat macam tu rasanya di jual dengan harga sepuluh sen. Kalau tak silaplah..... sebab dah lama sangatkan, naik lupa pulak..... Kalau sekarang ni sepuluh sen, gula gula sebijik pun tak dapat kan!
Mee Siput ni selalunya makan dengan sambal. Ada makan dengan sambal tumis, sambal sos ( sambal merah tapi cair) dan sambal kicap. Tak taulah pulak belah belah tempat Kak Ton sana, belah belah Dana, dia makan Mee Siput dengan sambal apa. Tapi yang pasti sambal Mee Siput mak dengan sambal I am LZ, sama! Sebab satu kapal kan! Hihi...
Puas hati dapat makan Mee Siput semalam. Macam biasalah kat rumah mak ni, sendiri goreng, sendirilah makan....
sendiri goreng,sendiri makan, sendiri puji sdap kan mak itu perkara biasa sebab saya pun buat macam tu hahaha. tapi kan mak saya memang tak pernah makanlah mee siput ni rasa nak try jugaklah, ada jual ye mee siput ni kat pasaraya seantero malaya
ReplyDeleteSedap. Tapi untuk orang yang kurang gigi macam kakcik ni, macam susah sikit nak kunyah... :)
ReplyDeletemakan goreng garing mcm keropok ke?
ReplyDeleteUishhhh favourite Siqah ni makan dengan sambal..Siqah tak kenal dulu. Sejak kahwin dengan orang Muar, dah diajar makan mee siput. Sedap 😍
ReplyDeleteerrr...tak pernah jumpa,huhu
ReplyDeleteOut mak, chikedis tu lah dulu satu2 nya jajan yg ada kt kedai kampung aku mak, kalo tkde duitnya nak beli panjatlah pokok jambu ke, mutan ke sbb kebulor nak makan jajan.
ReplyDeleteAku penah gak makan Mee siput mcm ni mak, sedap. Suka gak aku tapi susah nak dapat Mee yg org melayu buat.
tempat dana biasa mkn ngn sambal tumis merah tu, ngn sambal kicap pun layan jgk kak nom oi... mkn sambil layan tv pastu time ujan lak mmg heaven yg amat
ReplyDeleteUiiihhh...sedapnya.
ReplyDeleteKita orang Johor Mak...
macam menarik. kat johor area mana yg ada jual ye..? minggu depan saya nak ke johor. boleh lah rasa mee siput ni
ReplyDeleteMinggu lepas ada org promote mee siput ni dlm group w/a 'pasar malam' kita. Kita pun ode la 5 bungkus sbb murah, sebungkus 2 ringgit je. Ingatkan mee basah macam mee goreng ke gitu rupanya mee nya kering, keras & rangup ye. Rasa macam makan kepok kering pun ye jugak kan Mak?
ReplyDeleteAnak2 semua cakap keras, xnak makan. Last2 kita bagi kat biras. Dia asal muo :)
Mee siput?...tak pernah jumpa ditempat saya ni. Ni 1st time kenal rupa & nama. Thank you for sharing. Rupanya banyak sangat jenis makanan di Msia ni yang tak kenal & tak pernah makan.
ReplyDeleteSedap tu nom..
ReplyDeleteLayan jajan dulu2..
Mee siput goreng dgn sambal kicap 😆😅
Depan TV..
Masa tu menghadap sorang pun tak apa..
Nikmatnya alahai..
Cikedis tu ada lagi ke skrg..
Tu den punyo jajan maso kocik gak 😅
ramai kata sedap tpai kite tak pernah try.. huu~ nanti kena cari ni..
ReplyDeleteDulu2 selalu pekena mi siput ni.
ReplyDeleteKilang dia kat Muo
Mee siput, pernah tengok kat tv. makan tak pernah lagi
ReplyDeletekrup krap sedapnye mee siput tuuu., ;p
ReplyDeleteselalu dengar tapi tak pernah makan lagi. nampak gambar ni terus rasa nak p beli skrg
ReplyDeleteMee siput ni mee yang di goreng saja kan sis haimon
ReplyDeletesama macam soto
bihun yang di goreng minyak panas
banyak minyak
Tak ingatlah Mak berapa sen harga mi siput ni sepeket kecil jual kat kantin sekolah masa kat Muo dulu. Yang paling ingat, habis aje prep lelaju pergi kantin memalam hari nak beli sepeket dua mi siput tau. Sebelum lampu dorm tutup, kita menjamu seleralah makan mi siput ^_^
ReplyDeleteBaru-baru ni Chik perkenalkan penjual mi siput kat kita orang adik-beradik. Apalagi, kita orang pun main orderlah tak ingat dunia. Sekarang ni makan cicah kuah kicap cili je. Kalau zaman sekolah dulu, makcik kantin tu goreng salut siap dengan sambal tumis. Sedap Mak oi... teringat-ingat rasanya sehingga kini tau!
Tak pernah lagi makan mee siput..
ReplyDeleteKalau belah pantai timur ni, mcm keropok la kot.. cicah dgn sos..
Sedap buat kudapan sambil layan blog :)
Mak, cikedis tu panggilan kami belah kelate tu utk jajan..
sejak bergigi besi ni, tak dapat nak makan mi siput..sob sob terliur.saya selalu makan dengan sos merah cair tu.takpun smbal kicap
ReplyDeleteSha suka sangat mee siput nie.. Makan dengan sambal tumis,memang mengancam.. Hehehe.. Sekarang dia jual sekeping rm1.. Huhuhu..
ReplyDeletesy prefer mkn tanpa kicap. rs lebih rangup ;-)
ReplyDeleteMacam sedap aje sambal kicap dia tu...kalau sudi kongsi la resepi...nak try...hehe...
ReplyDelete