Tak sangkakan kita dapat jumpa!

Salam Rabu....

Semalam tak de entri sebab mak bizi dating!!  Eh....eh... taulah memanglah korang tak kisah nak ambik tahu pun, tapi mak saja peramah nak bagi tahu haha....

Ku disini semalam @ KL Sentral.....
Menanti ketibaan seseorang. Dah tentulah Pak Jilap izinkan. Berani nak pergi senyap senyap tanpa pengetahuan King Kong of the house? haha.... Kang mak kena sumpah King, tergolek jatuh eskeletor baru padan muka! haha..... Tau ajelah, dari stesyen bawah tanah Muzium Negara ke KL Sentral tu kan banyak eskeletor. Bukan main tinggi lagi oii eskeletornya. 

Yelah....mak naik MRT je. Tiket Rm7 henggit je pergi balik kalau guna Touch n Go. Drive sendiri kaluuuu..... malam pun tak tentu sampai lagi haha.... 

Budak ni sebok je nak ikut orang dating! Sanggup tu ponteng sekolah..... Alasan, nak teman ibu! Yo yo'o je. Hurmmmm......


Flight delay pulak.... sepatutnya jumpa pukul 2, tapi pukul 4 baru dapat bertentang mata. Berdebar debar jugak weyh sebenarnya nak jumpa orang kali pertama ni. Sama je debarnya masa nak jumpa dengan  Geng Lipis dan Mak G Srikandi beberapa bulan yang lepas. Asal bunyi ERL sampai je debaran pun makin laju hokey. Intai intai dulu balik tianglah hihihi....

Akhirnya.......taraaaaaa!!!! Blogger miakassim.com sudah dapat ku tangkap!Tak payah mak perkenalkan pun sure korang dah kenal. Blogger Sabahan yang femes gitu. Sekarang ni lagi femes bahhh..... blog pun sudah tukar ke dot com dan semakin banyak dapat tugasan mereview. Hebat sangat sudah!  


Nda mau makan makan berat berat, sudah kenyang makan dalam flight katanya.... Kalau begitu kita makan kek ajalah Mia, sambil borak borak, sambil ketawa ketawa, sambil wefie wefie hihi....

Rugi hang Yatiiiiii, tak nak join kitaorang, kalau tidak muka kita bertiga sudah keluar dalam FB semalam haha..... Huh..... tak payahlah nak ajak Mak Ton dia memang suka duduk bawah meja aje.

Nda sangka kan kita dapat jumpa, Mia!


Terima kasih Mia! Kuih Cincin faveretku..... Nak jugak pakai prop weyh! hihi....

Terima kasih sekali lagi kerana sudi jumpa Okje. Rupanya Allah dah takdirkan kita bertemu di KL ye Mia bukan di Sabah . Moga silaturrahim antara kita terus kekal selamanya, insyaallah...

Comments

  1. dah tengok update kat FB semalam, eh berdebor jugakkan kalau nak jumpa kawan2 blogger nih. saya ni pernah jugalah jumpa kawan blogger sorang dua. dengan mak belum lagi bila nak jumpa nih?? boleh bawa sebekas keria hehehe

    ReplyDelete
  2. untung la dapat jumpa blogger sabah..kita yang semenanjung bla nak jumpa tak thu la..hihi

    ReplyDelete
  3. lepas ni mak boleh dating di sabah pula kan...hehe

    ReplyDelete
  4. Kalau ke Sabah, dah tentu ada orang yang tunggu.

    ReplyDelete
  5. Kalau dah jodoh kan hainom

    Pergi mana pun akan berjumpa juga

    ReplyDelete
  6. Oh dgn blogger Mia Kasim ya...
    Ini lah kata orgtua2 ikan di laut asam di darat ,dalam periuk bertemu juga...
    Ramai dah jumpa kawan blogger ya nom...tak nak jumpa akak ke?kita jumpa kat WB ....tapi segan lah ,mau nya akak sembunyi bawah meja spt kak ton.:-)

    ReplyDelete
  7. Den pun dapat kuih cincin dgn amplang lagi dari Sabah tapi bukan dari kawan blogger, ni dari adik den yg dok kt Sabah.

    ReplyDelete
  8. Mak...blogger Bangi bila nak jumpa.:)

    ReplyDelete
  9. Seronoknya bertemu dari alam siber ke alam nyata... :)

    ReplyDelete
  10. Perasan dah masa Mia upload dekat IG. Amboi bukan main happy ye kak. Bila nak jumpa Ana pula 👉👈

    ReplyDelete
  11. Wah jumpa sesama blogger ke. Bestnya

    ReplyDelete
  12. SERONOKKAN BILA DPT JUMPA KWN ALAM MAYA..MULA2 TU MMG BERDEBAR.. BILA DH JUMPA..EKSITEDNYA..

    ReplyDelete
  13. Lorrrrrr ingatkan awak terbang ke Sabqh numpa Mia..

    ReplyDelete
  14. Terima kasihlah Okje sudi bertemu diriku ini... cewah! ye lah okje, tak dapat bertemu kat kk hari tu, rezeki berjumpa kat kl pula. dapat pulak lepak kat restoran resepi rahsia.
    Kita tak adalah hebat mana Okje .. blogger kecil-kecilan sahaja hehe. Malulah pula Okje puji melambung camtu.
    In sha Allah, panjang umur murah rezeki, kita jumpa lagi. Tak puaslah borak 2 jam je.

    ReplyDelete
  15. Wahh.. sweetnya you guys. hihi. mula2 ingatkan akak nak jumpa sapelah ye. apapun moga sillaturahim yg terjalin bertambah erat. amin!

    ReplyDelete
  16. Seronok tengok you all dating..

    ReplyDelete
  17. Best tu dapat jumpa orang jauh ☺

    ReplyDelete
  18. Tu laaaa...
    Tak ada rezeki lagi nak jumpa Mia ni..

    Den yg dekat ni pun..
    Tak bertentang mata lagi 😆😆😂

    ReplyDelete
  19. Mak kalau bab dating memang laju menonong. Lepas tu pura-pura siuman aje tau ^_^

    Nasib baiklah Kak Ton tak ikut. Kalau ikut pun, Mak aje yang bercakap, Kak Ton pm tepi jerk ^_^

    Memangkan Mak eskalator kat situ I is ngilu. Rasa macam nak pegang erat-erat eskalator tu supaya tak terfikir langsung betapa gayatnya tengok bawah!

    Mak makan kek berapa keping, Mia pulak berapa keping? Sure Mak yang lebih ni macam selalu ~_^

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah.. sesekali keluar jumpa kawan memang best kan kak.. Semoga persahabatan terjalin hingga ke hujung nyawa kak..

    ReplyDelete
  21. Wah, dah jumpa... kita yang dekat ni tak jumpa lagi... ahahahaha

    ReplyDelete
  22. wow... best nyer :)
    dari alam maya ke alam nyata.

    ReplyDelete
  23. KL sentral port singgah isnin-jumaat hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts