Ice Bucket

Salam Selasa.....

Ahad lepas Tuan Puteri Bongsu nak jumpa bff dia. Amboiiii!! Mak borek anak rintik nampaknya hihi..... Mak dengan anak sama naik suka keluar dengan kawan! 

Biasalah Wak Jilap, macam Wak Rosli dalam #BisikPadaLangit jugak, kalau permintaan anak, selagi boleh dia nak turutkan.... Mak? Dah tentulah yahoo aje hihi.... nama pun berjalan kan, sapa tak suka!

Si tudung merah tulah yang nak dijumpanya sangat. Kawan masa sekolah rendah. Kawan tu sejak naik tingkatan 1 dah pindah balik ke Padang, Indonesia. Bolehlah kita ke Padang pulak nanti dik! Tunggu duit ayah turun dari langit lah haha.....  

Sementara menunggu anak, mak laki bini datinglah apa lagi. Bukan senang nak dapat dating berdua macam dulu dulu. Sambil sambil exercise kaki, sok sok kalau dapat pergi Mekah kan ke senang hihihi.... 

Bila dah banyak berjalan, betis dah mula cramp, tekak pun hauslah kan apa lagi. Nak makan kenyang lagi, so kita minum minum dululah. Banyak banyak kedai makan, boleh pulak mak laki bini terlepak kat resto Ice Bucket ni. Sambil sambil tu bolehlah mengimbau balik berice-skating anak beranak dulu.

Lepas order, benda ni yang dihantar dulu!

Terkejut mak tengok senduk panjang! Baru terfikir balik Ice Bucket yang mak order tadi. Memang betul apa yang disangka. Datangnya Ice Bucket untuk kenduri satu family weyh! Bab bab macam ni tukang orderlah yang kena bertanggung jawab. Nak makan sampai kembung ke, nak apa ke.....  nyampah tau!

Konon nak healthy healthy...... ambik yang mix fruit gitu! 

Ice Bucket mix fruit Rm29 henggit
Makcik baru tau nak, kekdah nak makan Ice Bucket ni rupanya kena kacau dan gaul semua jadi satu dulu. Itu gunanya senduk panjang tu.   Patutlah masa makan mula mula tu tak rasa hape! Rasa tawar je dengan masam. Budak Ice Bucket tu pun satu, dah separuh jalan baru tolong gaulkan....hish!!.


Paksa budak 2 orang ni tolong makan jugak, sebelum mak jadi mangsa kembung Ice Bucket sorang sorang ah..... 

Comments

  1. Tu dia sedapnya mak..ehh sepatutnya klu kita nak menyantap ice bucket tu kita panggil pekerja tolong godek2 ice bucket tu sblm kita ngappp hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal Azra.... budak ice bucket tu dtg dan tolong gaulkan masa mak dah layan separuh jalan. Dahlah semua buah tu rasa masam jer.

      Delete
  2. Gitu ye kekdahnya... tak pernah try lagi..

    ReplyDelete
  3. Gulppp😰😰
    Membukit nom..
    Ni bukan takat kembung perut..
    Mahu kencing menjijis..
    Byk munum ais 😃😃😂😅😜😜

    Bapa mithali sungguh ayahnya..
    Ikut mahu anak tu..

    Dia asal org padang indonesia ke nom..
    Boleh lah kesana nanti😍

    ReplyDelete
  4. Mahalnye.
    Kalau order ais kosong kan murah.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tapi kalau dah membukit memang haruslah kembung bila minum sorang.
    Bagus lah hainom laki bini rajin excise kaki ...kalau akak banyak duduknya dari berjalan kalau nk menunggu2 ni.

    ReplyDelete
  6. Waduh...tengok pun dah boleh kenyang, belum lagi makan (makanlah kan, bukan minum sebab tak cair...hehehe)

    ReplyDelete
  7. Amboi.. Meriah sungguh ice bucket tu kak. Kena makan berjemaah ni nampaknya. Sambil rapatkan ukhwah katanya. Tak pernah ana makan ice bucket bagai ni. Nak try lah nanti kalau jumpa.

    ReplyDelete
  8. Terlioq weyh aku tgk ice bucket tu, seyes sedap tuh, kalako la ko mak, dah oder Tak tau lak cara nak makan kena kaco dulu, mesti budak ice bucket tu sempat ngumpat dulu, haha.

    Aku tingin gak nak tengok BPL tu, tapi aku tau dah takkan dpt pegi panggunglah, so aku tggu anak aku download jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa kalau ko nak try jgn ambik yg fruit fruit mcm ni sebab rasa masam je lebih ....rasa manis kordial buah pun tak de. Mungkin jugak sebab aku dah makan aiskrim tu asing. Lagi pun aku kan tak tau benda ni kena gaul ngan kacau dulu.

      Delete
  9. fuh meleleh ayaq liuq tengokkkk! :D

    ReplyDelete
  10. ooohh

    ingatkan ice buckt challenge tu

    rupa rupanya ice bucket yang makan ni

    ReplyDelete
  11. Amboi amboi mmg mengikut maknya lah ni. Suka dating2 ngan kawan2.
    Mmg kembong perut mkn ice bucket ni okje. Besar kemain.

    ReplyDelete
  12. idok le mak, kalau saya perut kecik ni mau ditapau aje

    ReplyDelete
  13. Saya lagi jakunnya, x reti weyhhhhh, maklumlah asalnya kampung..

    ReplyDelete
  14. Oh, itu rupanya Ice Bucket. Besar, ek! Patutlah senduk tu besar macam nak kacau gulai kawah heh..heh... Kalau sorang tak larat nak perabis. LL suka yang Hainom pilih ni, banyak fruits.

    ReplyDelete
  15. Amvoiii!!! memang satu baldi la HOkj.
    Mrs. A pun tak pernah makan ni lagi takpe kalau terjumpa nak try jugalah tapi tau dah nanti minta depa gaulkan sebati dulu cia..cia..cia...

    ReplyDelete
  16. waduh2 kalau mkn ramai2 mmg seronok... gitu besar kalau kak nom abis mkn sorang... mmg ish3

    ReplyDelete
  17. Aduih... besarnya... huhuhu makan ramai-ramai syok la kan...

    ReplyDelete
  18. sedapppnya...besar puas hati makan ramai-ramai...

    ReplyDelete
  19. hihihihi.. mmg sah boleh kembung tu... noe pun x pernah cuba lagi benda alah ni... dah baca OKje punya citer ni...tau la nanti nak makan camne...kacau semua dulu :)

    ReplyDelete
  20. Tak pernah makan benda ni..
    Nampak menarik

    ReplyDelete
  21. Eh, kita dah baca entri ni tapi kenapa takda komen? Mak terdelete eh komen kita? Ke kita komen dalam mimpi?

    Ice Bucket ni tak pernah pergi sebab kita tak pernah ice-skating. Hahaha!

    First time baca dalam blog AA kot.

    ReplyDelete
  22. wow!!! godaan....
    aida x pernah makan ais sebyk ni.
    oh tidak... mesti carik ni.
    kat melaka pe yg ada. keria. mee besen. pt piring....
    takde plak viral benda ni :)

    ReplyDelete
  23. Uish.. sedapnya kak.. Sha yang tengok niepun dah telan air liur.. Berbaloi dengan harga dia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts