Makeup Artist (MUA) - Alyn Ramly

Salam Selasa korang.....

Bila lama tak bersiaran, timbul jugak rasa rindu nak merapu. Maklumlah blogger katakan hihihi.... 

Cuti Deepavali hari tu mak balik kampung. Mak balik 3 beranak naik bas hari Isnin tu. Plannya nanti hari Selasa malam Pak Jilap balik kampunglah lepas kerja. Tapi Isnin malam tu Pak Jilap dah sampai kampung. Ai bang! Baru tinggal tak sampai sehari kotttt! Mesti tak best kan nak balik rumah bini tak de.......rindu lew tu! hihi.... 

Anak sedara mak ni tengah belajar mekap. Apa orang cakap tu ..... Makeup Artist (MUA). So nak mengasah skill, dia mintak makcik dia tadah muka. Makcik dia pulak sejenis, walaupun hampir menapose tak sedar sedar diri haha....

Dia nak try mekap heavy sebenarnya. Kalau diberi pilihan, mak lagi suka yang natural natural gitu tapi dah katanya mekap free kan, suka hati kolah..... 


Mak, bab bab mekap macam ni memang suka jugaklah. Dah namanya pompuan. Tapi yelah..... ikut pompuan jugaklah kan. Ada jugak yang tak suka. Betul sangatlah tu..... kalau yang dah berkawen,  bermekap mekaplah untuk suami.  Tulah ..... dulu dulu masa muda remaja tak nak pulak bermekap, bila umur dah dekat nak Isyak ni, sebok nak mekap pulak hihi.... Dulu dulu bukan tak nak, teringin jugak nak mekap tapi agaknya kawan kawan sekeliling bukan kaki mekap jadinya pakai bedak dengan lipstik pun dah kira macam mekap sangatlah tu......

Rupanya nak jadi tukang mekap ni, kena ada lampu bulat macam ni korang. Barulah betul betul MUA namanya hihihi...... Barulah gambar pun hasilnya cantik. Cukup cahaya ko....


Korang cakap aje nak mekap untuk apa? Bukan mekap untuk pengantin dan tunang aje tau, malah untuk dinner, mekap untuk konvo pun boleh. Yelah, namanya hari bersejarah gitu, haruslah penampilan tu sedikit lain daripada hari biasa. Tak gitu korang! 

Mak respek jugaklah dengan anak sedara mak ni. Compare dengan mak sedara dia memang jauh ketinggalan haha......Semua bisness online pun dia cuba. Jual jam,  jual sunglasses.  Sekarang ni dia jadi MUA pulak. Dari dulu lagi dia ni memang jenis redah orangnya. Berani dan kental gitu. Sementelah lagilah dia pun ibu tunggal. Mungkin pengalaman  lepas tu buat dia jadi lebih tabah. Yelah.....bahagian memasing .....


Sesiapa yang berminat dan nak tanya lebih lanjut bolehlah hubungi anak sedara mak ni ye 

FB -  Alyn Ramli

Atau wasap.my/60172183901

Mak setelah dimake hover ko.......  hitam putih sudah!!! Tempek yang yang kaler kaler karang, Pak Jilap naik hantu, ada yang kena tido luar pulak malam ni haha.....

Comments

  1. Cantik betul hasil kerja beliau.. Gambar akak tu walaupun hitam putih, lawa tu..

    ReplyDelete
  2. Salam kak... dah nampak real pic kat FB... perghh cantik gilaaaa kak... lawa :)

    ReplyDelete
  3. Hahaa,tak boleh nk berenggang pak jilap ya nom...
    Memang berbakat sungguh ank sedara hainom tu.Nampak perbezaan yg dah solek & belum.Yang cantek bertambah cantek lgi.

    ReplyDelete
  4. pergh..nampak makin muda mak, walaupun hitam putih.good luck untuk anak sedara mak tu. belum ada sebab nak bermekap heavy walaupun teringin.haha

    ReplyDelete
  5. Pak jilap rindu lah tuuu. Hehe.

    Mana gambar real kak. Teruja tau nak tgk ni. Sekali black and white dia bagi. Huhu.

    Ana bab make up ni memamg fail teruk. Memang sejenis pompuan tak pandai tepek make up. Huhu.

    Anyway cantik hasil make up anak buah akak tu. Semoga dia terus sukses ye

    ReplyDelete
  6. UWaa..xaci..knapa akak punya hitam putih.. kasi warna la kak nak tgk..mesti cantik ni..:)

    ReplyDelete
  7. Hahaha... kakcik pun pernah tadah muka kat anak saudara yang rajin nak cat muka mak saudaranya yang dah senja ni... :)

    Memang lain nampaknya.

    ReplyDelete
  8. mmg ada bakatla anak sedara kak nom nih, lawo makeup nya.... yg kak nom nyer tu pun lawo bebeno... nampak lain mcm gambar kawin lak hehehhe...

    ReplyDelete
  9. hitam putih pun dah nampak lawanya...kalau full color mesti lagi ngancam!

    ReplyDelete
  10. amboi pak jilap tuuu...tak boleh lama tinggal isteri dia ya, ala mak rindu2an la tu kalau tak jumpakan, mak pun mesti suka pak jilap muncul tu kan hehehe.

    dah tengok gambar mak tu kat fb, cantiklah mekapnya tu, kalau saya pun suka tadah muka ni untuk orang mekap, tapi nak mekap sendiri memang tak retilah

    ReplyDelete
  11. Pandai anak sedara nom bertambah cantik mak sedaranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik erna kenapa saya tak boleh buka blog acik..
      Rindu dgn acik erna..
      Semoga acik sihat2 hendaknya..

      Delete
  12. Den suka pic yg no 2 tu nom..
    Mmg nutural dan cantik..
    Kalau dekat hendak gak den tadah muko kek anak sedara ko ni..
    Mmg berbakat..

    Pic ko hitam putih tu pun lawa..
    Dah org nya dah tentu lawa..
    Kalau den pic hitam putih mahu serupo hantu kak limah hahaha😅

    ReplyDelete
  13. Lawanya mak walaupun pic hitam putih😍

    ReplyDelete
  14. Seyes cantik jadinya yg tudung pink tu mak oii, sungguhlah mekap ni boleh buat org tak cantik jadi cantik, muka capuk cela pun tak nampak dah.

    Aku dari kecik sampai dah tua ni pun Tak reti lansung mekap. Jimat duit toklaki aku tau. Hehe.

    Takut nak letak yg gambo kaler ek, aku tadi tak sabo2 skrol ke bwh nak tengok gambo yg aritu tu, sekali gmb itam putih kehidupanlah plak ek.

    ReplyDelete
  15. Ada banyak perbezaan kan, lepas dah tepek2 muka dengan makeup. Dari gambar black and white tu, nampak Hainom makin cantik. So kalau keluar color TV tu, meletop kot King Kong of the house LOL! LL tak suka makeup sebab rasa macam pakai topeng gitu. So cukup dengan eye liner aje. Lipstick pun tidak.

    ReplyDelete
  16. Alorrrrr beria bagi hitam putih kehidupan, kita dahpun tgok dlm group baru ni, cun gilet weyhhh&, jeles kita.

    ReplyDelete
  17. Amboi mak pic hitam kita dah nampak real pic kt fb..terkejut beruk kot tgok mak lawa bebenor..igtkan pak jilap bawak p candle light dinner ke..rupanya anak sedara MUA mekapkan free.hihi klu gini sy pun nak..free kan sapa tak mau.hahaha

    ReplyDelete
  18. Mak dah make up cantik2 lagilah pak jilap tak keruan kena tinggal lama2 hikhik...

    Sy pun jenis pakai bedak & lipstick sikit2 je mak. Natural beauty gitew :p


    Cantik hasil kerja anak buah mak. Good luck for her.

    ReplyDelete
  19. Lama tak bersiaran ya sis Hainom

    Ibu pun baru je tengok video tentang makeup dari mufti menk

    ReplyDelete
  20. Dalam banyak2 gambar....yg last tu paling mengancam...

    ReplyDelete
  21. Budak2 zaman skrang, pandai cari duit...
    Tapi seriusly, mmg berbakat betul anak sedara mak ni..

    Anak sedara sy pun ada sorang yg suka make up..
    Pernah juga tadah muka...
    Layankan aje.. kikiki

    Nasib baik dah tgk gambar yg full version..
    Mmg tak patut letak dlm blog..
    Nanti makin ramai follower mak kat blog ni..
    Makin bz mengalahkan Dato Ct pulak

    ReplyDelete
  22. Memang nampak perbezaan sebelum dan selepas tu

    ReplyDelete
  23. Eleh .. malu2 kucing pula okje nak bagi terang gambar yg telah dimakeoverkan tu. Cantik apa

    ReplyDelete
  24. Hahaha! Ni mesti PakJilap tak restu tetiba isteri bertambah cantik selepas dimakeup MUA. Lepas ni tak merasalah nak kena makeup ngan MUA, Mak ^_^

    Suka tau tengok rupa lepas disolek MUA. Memang jauh berbeza betul. Tapi kalau dah natural beauty, tak tempek make up pun dah lawo.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts