Pertama kali makan Ayam Texas

Salam Khamis ......

Korang dah tukar kad ATM bank Rakyat? Kalau belum, silalah tukar cepat sebelum tahun depan. Bank Rakyat belum ada kiosk macam bank lain katanya so, nak tak nak nampaknya kena pergi bank jugaklah.

Hari tu pergi hantar si Angry Bird tukar kad Bank Rakyat. Sampai bank lebih kurang pukul 11 pagi, pukul 4.30 petang baru settle! Mereput mak dalam kereta tu menunggu weyh! Dahlah nak parking tu pun mencabar keupayaan mak haha..... Harap lesen je dah lebih 20 tahun, side parking pun tak masuk masuk hihi....! Lagi lagi bila ada kereta tunggu belakang. Silap haribulan cari parking lain! Kawasan Bank Rakyat Kajang tu tau ajelah, Pasar Kajang pun kat situ. Memang sesaklah. Nasib dapat parking jugak akhirnya.

Anak anak ginilah, mak cakap banyak, kata membebel tapi kalau pergi bank dah meninggi hari, memang maghriblah baru sampai rumah balik jawabnya......

Sementara menunggu, mak 3 beranak makan dulu. Makan ayamlah nampaknya kita hari ni.  Kebetulan restoren Ayam Texas ni kat seberang jalan je ha. Kiranya first timelah mak makan ayam Texas ni. Menu dia lebih kurang KFC je.  Ada coleslow, ada mashed potato, berger pun ada. Cuma roti dia berbeza sikit. Walaupun tak berapa lembut, tapi ok jugaklah rasa roti dia. Nak cipta kelainanlah tu kononya hihi.....  

Ayam dia pulak.... lebih kurang sama jerlah kot dengan KFC, dah namanya ayamkan, pusing kot mana pun, gitu jerlah rupa dan rasanya. Huh!.....memang tak layak jadi duta Ayam Texas ni nampaknya hihi.... 



Masa pergi tu ada promosi ayam ni, jadinya mak dengan Angry Bird order ayam yang ni. Si TLBD pulak ambik ayam goreng biasa yang macam KFC tu.

Makan benda bercheezy cheezy gini, jangan fikir pasal diet. Diet sambung esok pagi haha.... 

Comments

  1. singgah sini...:)
    wahh...perut pun tgh lapar ni..

    ReplyDelete
  2. saya baru tukar mak, pergi hari sabtu..aiii leceh pulak nak tukar kad bank rakyat hahaha tapi tak buat cerita lagi tu pasal tukar kad tu kikiki.. g b.rakyat kajang tu bila? adik saya ada kerja kat situ, kalau cakap boleh potong barisan hahaha

    orang kata sedap ayam texas nih, saya pun tak pernah cuba lagi teringin jugak nak mencuba nanti ada juga dekat dengan rumah tu haa, nanti bila2 boleh terjah nih

    ReplyDelete
  3. alaa..sini ada kfc jer. nak la jugak cuba..hihi. kad maybank xtukar lagi..haha

    ReplyDelete
  4. Samalah kita mak..lesen otai la konon, berpuluh tahun tapi bab parking mmg fail. Sanggup cari parking lain kalau ada keta nak lalu kat blkg. Gabra :D

    Tak penah makan TC ni. In fact kalau nak makan ayam goreng mmg KFC je. Ikat kontrak seumur hidup dah hehe

    ReplyDelete
  5. Oh kena tukar ya nom...baru tahu.
    Ok lah tu penat2 menunggu ada faedah nya juga dpt mkn TC buat pertama kali.Tak cuba kita tak tau rasanya ..

    ReplyDelete
  6. Aku Ada Maybank kad je, dah settle, boss aku sound byk Kali Suh buka Akaun bank rakyat,bank tu sejengkal je jarak dari tadika tu,tapi aku buat dek je, yelah, buat apa buka byk2 Akaun, bukannya aku nak kerja lama sangat pun...jadinya aku Tak perlulah bersusah2 payah nak menukar kad bank rakyat ni..

    Dah namanya ayam Kan, pusing kot Mana pun takkan Ada tukar rasa jadi daging kijang plak Kan.

    ReplyDelete
  7. Acik tukar kad di bank rakyat senawang tak sampai 20 minit dah siap nom

    ReplyDelete
  8. Kakcik dah tukar melalui atas talian je...tapi belum lagi guna kad baru tu... :)

    ReplyDelete
  9. Iye ke nom..
    Kena tukar jugak ni..

    Dah namanya ayam nom..
    Rasa ayam jugaklah..
    Tak kan rasa kambing kan 😂😂

    ReplyDelete
  10. Hainom, LL dah makan 2 kali. OK boleh tahan. Tapi coleslaw dia tak sedap, pada LL lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a setuju LL....coleslow dia kasar kasar ek...

      Delete
  11. Tak pernah cuba lagi texas chicken ni walau kedainya seberang jalan jauh sikit dari office ni.. hehehe.

    ReplyDelete
  12. Takde akaun kat Bank Rakyat Mak Nom, so kurang 1 hazab menukar kad bank.. Nape lain ayam tu mak Nom nmpk menarik, sebelum ni saya pernah makan tp mcm ayam kat Merry Brown.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Sedapnya tengok ayam dan kentang tu^^ pernah makan dulu time singgah KLIA2

    ReplyDelete
  14. bank rakyat sampai hujung tahun ni erk...bank rakyat pown dah makin ramai org....ayam texas...yummy....

    ReplyDelete
  15. ayam texas sedap..baru sekali je makan

    ReplyDelete
  16. Saya pun pelik. Setiap kali makan ayam asik rasa ayam. Tak oernah bila makan ayam rasa macam makan angsa.

    ReplyDelete
  17. memang sedap gak ayam texas ni, dan saya rasa murah sikit berbanding kepci. kepci dah makin mahal

    ReplyDelete
  18. Mmg fav mama.sekluarga. dh x pandang ayamnkfc dah haha

    ReplyDelete
  19. Tak pernah rasa lagi, susah sikit nak jumpa kedai dia. kat muar ni takde rasanya,huhu

    ReplyDelete
  20. Sedap ke okje .. turun kl nanti nak test lah 😆

    ReplyDelete
  21. x penah try sbb tak jumpe lagi texas nieh...kalo jumpe nak jugak lieya try...sbb kalo ayam2 mmg peberet budak2kan...asek2 kfc bosan gak...

    ReplyDelete
  22. I lap u, Mak!

    Eh, tetiba!

    Salam Mak,

    Tak sangka pulak rupa-rupanya Mak baru pestime makan Texas. Ingatkan dah ke 1001 times tapi lupa nak memblog tentang melantak di Texas Chicken. Saya suka honey butter biscuits tu. Sedap sangat di anak tekak I ni. Lagi satu, air boleh refill ^_^

    ReplyDelete
  23. noe tak tukar lagi...lambat2 sikit la kut...sbb jarang guna kad ni..x pernah cuba pun lagi Texas chicken ni..

    ReplyDelete
  24. Oowh kena tukar kad bank rakyat ek.
    Malasnye nak pegi kalau sampai seharian macam tu.

    ReplyDelete
  25. pernah try jugak skali je.. still prefer KFC tapi Texas Chicken not bad jugak.. boleh je sedap je makan kan hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts