Sayap Ayam dengan Sos BBQ
Salam Rabu....
Sebenarnya lama dah teringin nak buat ayam BBQ ni. Asal Phong Hong keluar entri ayam BBQ je teringat ingat sos BBQ yang dah lama mak beli hampir setahun yang lepas kikiki...... Nasib baik belum expired weyh!
Sayap ayam dengan Sos BBQ |
Manusia rajin macam Phong Hong tu haruslah sos BBQ pun dia buat sendiri kan.... Lainlah mak, rajin jugak, tapi rajin makan haha...... Kalau biji bijan tu boleh proses sendiri, mak rasa ada kemungkinan biji bijan tu pun Phong Hong proses sendiri jugak kot!
Tak nak kalah jugak mak!! Alang alang dah berBBQ tu nak jugaklah tabur biji bijan kan... barulah cantik ropenya ayam BBQ mak nanti......
Ginilah orang yang selalu derhaka pada resepi sesuka hati. Orang panggang, dia goreng hihihi...... Biasalah...... orang yang kurang suka masak, memang selalu memilih yang mudah dan cepat aje. Allergik hokey, berlama lamaan di dapur kekdahnya.....
Kepak ayam atau nama Sabahnya sayap ayam (tapi mak bukan orang Sabah bah!) tu mak perapkan dulu dengan lada sulah, cili serbuk, sedikit garam, telur dan tepung KFC. Settle kerja menggoreng sayap ayam, mak curahkan ajelah dengan sos BBQ yang dah lama terperam di dapurku tu hihi....
Lepas tu makanlah dengan brokoli, nampaklah sikit macam makan kat kedai gitu haha..... Sedap hoiiii......
sedapnya mak makan sayap ayam. nyum nyum
ReplyDeleteJanji puas hati...hehehe :)
ReplyDeletesimple, yang pasti mudah dan sedap..puas hati makan...
ReplyDeleteTak kisahlah HOkj kan tujuan makan pun untuk kenyang jer... nak-nak yang spesis macam kita-kita ni (Mrs. A lettew).
ReplyDeleteNampak sedap kena sangat ditambah brokoli tu
Buka gerai laku ni..
ReplyDeleteAmboi mak makan tak hajak pun :p
ReplyDeleteSedap tu ratah je depan TV mak hikhik...
amboi sedapnya mak makan hari ni. dah ala2 kat restoran ni.
ReplyDeleteuish..... sedap ni okje... aduhai... ni buat ratah je ni.. heheh
ReplyDeleteWah!!! Terrer jugak you ni, Hainom! Sayap ayam goreng pun LL punya favret tau tapi malas lah nak goreng2. Cantik plak sayap goreng ni dengan sos BBQ dan tabur2 bijan. Ada deco dengan brokoli sekali. Hmmm dalam alergik2 ni, sekali sekala Hainom punya kungfu boleh terserlah, yek? hah..hah..
ReplyDeletesalam perkenalan juga...follow sini...sedapnya ayam tu..sos tu tak pernah try..nak cari gak lah..nak cuba
ReplyDeleteamboi mak sedap nampaknya tu, brokoli tu yang buat hidangan mak tu nampak mewah hehehe
ReplyDeleteYalah nom nampak macam mknn kat kedai...menyelerakan.
ReplyDeleteTapi kalau panggangkan lgi mudah,gunakan je pemanggang ajaib tu nom.
Nom kita gader2 mkn sayap kat rumah hang jer lah..
ReplyDeleteTak yah kat Ikea..
Sodap den tengok sayap bbq tu..
rajin juga la tu okje..rajin masak...janji sedap dimakan...brokoli tu nampak mcm mewah...
ReplyDeleteSedap ni...hantar le kat Bangi..
ReplyDeleteSejak jumpa Kmia ni cakap Sabah ye bah. Sedap tu mak, tengok pun dh tau.
ReplyDeletepanggilan baru sekarang, no more BBq tapi Goreng-Q
ReplyDeleteAssalamualaikum wrmbth. Salam Jumaat sis hainom
ReplyDeleteMaznee pun pernah buah resepi ayam bbq ni
Memang sedaplah
Hehe
bla tgk entry akak, sy teringat sos bbq dan black paper dalam peti umah sy. lebih buat bakar ayam raya haji lps. tak expired lagi rasanya..haha
ReplyDeleteMudah nampak kerja? Nasib baik mengaku tak suka berlama-lama di dapur. Kempam peluh je tapi juadah tak siap-siap nak watpakan. Legalah Kak Ton masih ada geng lagi. Kak Ton cukup risaulah kalau Mak berubah rajin macam UA, CH dan lain-lain. Pada siapalah Kak Ton nak mengadu domba nanti bila mereka up entri masakan everyday, every hour gitu!
ReplyDeleteingatkan resipi yang macam ala koreatu... kitapun samalah alergik duk dapur lama sangat.. ha.. ha.. ha..
ReplyDeleteYang untung jadi tukang rasa.
ReplyDeleteMacam juri kat rancangan masterchef tu
semlm aida bw, jumpa kepak ayam goreng letak cheese.
ReplyDeletemlm ni dgn sos bbq plak... hadoi, dugaan btol la bw memlm ni.
Peh terliuq tengok..
ReplyDeletebleh bukak resto ni
ReplyDeleteBahagian ayam paling best bila digoreng.. Memnag laju je makan.. Boleh cuba cara akak pula lepas nie..
ReplyDelete