Kawan sebelum baligh
Salam Jumaat korang....
Hari ni si TLBD dengan 4 orang kawan dia nak celebrate bezday sorang kawan dia ni. Pukul 10 lebih dah mintak mak tolong ambik kawan dia yang 3 orang tu dan hantar ke rumah kawan dia yang sorang ni. Rupanya mak kawan dia yang sorang ni tolong masakkan maggi Ramen. Nak buat Maggi challange kat sekolah katanya sambil celebrate bezday. Nanti daripada rumah kawan dia ni, ayah kawan dia ni pulak akan hantar semuanya ke sekolah.
Amboi..... bukan main lagi kan korang semua! Nasiblah mak pak zaman moden ni semuanya sporting. Menurut aje bila di remote dengan anak anak....
Seronok je jadi budak budak zaman sekarang ni. Mak dulu dulu jangankan nak celebrate, nak bergambar pun tak de kamera tau. Dapat sambut sambut bezday ni pun sejak dah kilauan emas nilah rasanya. Ohh .... sedih dik kalau nak cerita! hihi....
Alang alang TLBD dah keluar awal tu, maknya apa lagi! Celebrate jugaklah kan hihi....
Buat appointment le nampaknya dengan kawan sebelum baligh dulu!
Kawan sebelum balighlah namanya kan, kalau kawan sekolah rendah. Kawan mak ni pandai orangnya. Tak pernah tak dapat no 1. Asal pereksa je, tak kira sekolah kebangsaan ke, sekolah agama ke, mesti no 1. Kalau Hari Penyampaian Hadiah tu, memang muka dia ajelah naik pentas. Mak? Harammmmm haha...... naik tangga pentas pun tak pernah. Harap kawan dengan budak pandai je, sikit tak berjangkit oi.
Masa Penilaian Darjah 5 ( kalau sekarang UPSR lah ), dialah the one and only yg dapat 5A kat sekolah mak tu. Tingkatan 1, dia dapat masuk MRSM ( Kak Ton nak bangga jugaklah tu sebab dia pun masuk boarding school dulu dulu, eleh nyampah!....). Mak pulak, dapat jugak masuk MRSM tapi untuk ujian kelayakan je hihi.... Sejak tu memang tak pernah lagilah berhubung. Lagi pun dulu dulu bukan macam sekarang, telefon rumah pun tak semua rumah ada, hp, fb jauh sekalilah, susah woo nak contact member! Zaman mak, zaman kayu dik!
Sementelah lagilah bila masuk U, dia UUM, mak UTM itu pun nasib nasib jugaklah mak dapat masuk U haha.... Lagilah tak pernah berjumpa, ada tak de lepas kawen, mak anak 2 masa tu, dia baru nak mengandung rasanya, adalah berjumpa sekali. Tapi faham faham ajelah bila bersembang sambil monitor anak, laki pulak monitor kita hihi..... macamana nak sembang macam zaman gadis?
Dan tadi setelah sekian lama, di Kenny Rogers Bangi Gateway. ( Boleh jugak menyambil tengok tengok baju dengan tudung kannn hihi...)
Diet pun tetap sentol.....Acaner tu? Malaslah nak diet......
Memasing bukan setakat dah terlebih baligh, allignment pun dah banyak yang lari haha.... Panjang umur, sihat, moga kita dapat berjumpa lagi nanti ye Zanariah!
*Sesuatu perasaan yang tak dapat digambarkan bila dapat berjumpa semula dengan kawan kawan yang dah lama kita tak berjumpa diusia begini*. Bajet Mak aji sangat tak? haha.....
Menu yang memang sesuai sangatlah untuk warga kilauan haha...
Happy day..moga adik sentiasa ceria ya (yang ambil UPSR )..teruskan kehidupan remaja sihat ya
ReplyDeleteBeruntunglah siapa yang pernah kenal awak geng, jejak kasih tu wajib dijadikan acara tetap. 😄😄😄
ReplyDeletePsssttt: apasal ada entri malam minggu, sementara tunggu Pak Jilap balik ya?
Dia balik malam ni geng....
DeleteSementara ada cerita, tu yg laju laju je menulis. Kalau dah kena sawan lemau nanti....payah! Haha ..
Wah bestnya jumpa kwn lama.Mesti seronok tak terhingga kan...Akak dpt bayangkan sebab dah rasai situasinya.
ReplyDeleteYalah nom budak zaman skg untung kan sbb hubungan mereka xterputus dgn adanya segala gadget....sentiasa tahu perkembangan kawan2 sekolah.
Nom....sikit beno mknn tu ...kenyang ke?
Kalau ikut nafsu memang tak cukup SI, macam lalu kat usus
Deletejer kekdahnya hihi...
Best nya diadpt temu kawan dari masa kecil. SB dengan kengkawan sezaman kecik,mmg takda jumpa jumpa sbb semua jauh jauh belaka, ada pon dlm fb saja..huhu
ReplyDeleteGitu kan tajuk nya. HAHAH! sama Kak Nom..Nany pun ada kawan belum BALIGH. Sampai dah BALIGH pun masih berkawan...harapnya kawan lah smpi bebila kan... seronok, banyak kenangan dan cerita yang boleh dishare.
ReplyDeleteMakchaq ada sorang kawan sekolah rendah yang biasa jumpa.
ReplyDeleteMasa sekolah makchaq kira dalam kumpulan terror la jugak, kawan makchaq ni geng belakang2..
tapi rezeki dia, walau tak sambung belajaq, jodoh dengan anak tokey nasi kandaq.. la ni dia pulak jadi tokey nasik kandaq terkenal kat Penang..
wahh..untungnya dapat berkawan dengan orang hebat.^__^
ReplyDeleteUntung la dapat jumpa kwn lama..
ReplyDeleteEntah bila, kita ni boleh jumpa...
Dah kata teringin nak ke Terengganu, jangan lupa roger kita tau bila datang :)
Saya pun ada beberapa kwn belum baligh ni yg selalu jumpa..
Biasa time raya lah..
Dah tinggal sekampung, memang sempat juga la roger2 time cuti panjang...
Kami ni mmg jenis yg biasa2 jer..
Tak ramai yg ke boarding school..
Sekelas dari darjah satu hingga tingkatan 5..
Jadi kwn dari tadika pun ada lagi duk keep in touch.. hehehe
Bestnya dapat jumpa kawan lama. Mesti teringat balik memori lama2 yang lawak2. Masing2 pun mesti dah beranak pinak.
ReplyDeletebln ni musim ramai jiran nk jd mak aji. hahaha. zmn dlu xdpt lah nk remote parents akak nsib skrg dorang dh sporting 😆😆 shawl tu gaya sama warna je lain
ReplyDeleteAdoi akak punya tajuk.. Kemain.. Memang satu perasaan yang sukar diungkapkan bila dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama terpisah atau jarang-jarang dapat jumpa..
ReplyDeleteBila ada kemudahan komunikasi canggih sekarang, ramai kawam sebelum baligh dapat kita hubungi.Semoga ukhuwah terus terjalin.
ReplyDeletetngok muka pun dah tahu budak pandai
ReplyDeletehihiihi
Seronok dapat jumpa kawan lama. Siap makan ayam Kenny Rogers. Teringin pulak LL...
ReplyDeletedolu-dolu tak dapat bergambar, sekarang selfie la bebanyak mak. takpelah usia kilauan pun, janji nampak muda
ReplyDeletesesekali dapat jumpa kwan lama memang bestkan mak. mak tak nampak kilauan emas pun tapi wajah mak nampak berkilau-kilau awet muda tau
ReplyDeleteMak masih cantik dan anggun lagii .
ReplyDeleteSamalah kak. Dulu x merasa nak celebrate besday. Besday kawan pun x dpt nak g. Huhu.
ReplyDeleteAllignment lari pun gojes lagi tu.apa rahsia??😗
Mesti banyak benda nak cerita ni..
ReplyDeleteCerita dari kecik sampai ke besar...
Ok, faham. Kalau kena petik nama aje, mestilah dia menyinggah. Hahaha!
ReplyDeleteOf course! Of course! Kak Ton pulak tak pernah duduk di tepi tangga, selalu aje naik stage. Mungkin kawan-kawan macam Mak ni jugalah yang cemburu kat Kak Ton sebab tak dapat naik stage tapi tak nak berubah. Apa kes? Hahaha!
Bila dah berdekad tak jumpa tetiba terjumpa, apa yang ditegur dulu Mak? Hahaha!
Mak memang tunggu masa PakJilap takda ek nak buat jejak kasih and makan-makan semua? Kalau PakJilap takda, senang sikit tak payah minta izin ~_^
Anak-anak sekarang untung banyak. Kak Ton dulu nak pi makan KFC baru buka kat BP tu bapak hantar dan park kereta skodeng anak dari luar tahu. Takut sangat kita bercinta monyet, jumpa entah mana jantan. Tapi lepas juga. Hahaha!