Kisah sedih pembuka tirai 2018

Salam Tahun Baru 2018 ...

Apa kabo korang ? Moga korang sihat sihat hendaknya di Tahun Baru. Mak ?  Alhamdulillah, masih mampu menulis entri ni maknanya masih oklah kan, cuma sedikit bizi bila mil admit kat sepital.



Sedia maklum, mil mak ni memang pengidap Parkinson sejak 20 tahun lepas. Hanya orang yang menanggungnya ajelah yang tahu macamana sakitnya, kita yang tengok  ni cuma mampu simpati ajelah kan. 2-3 kali jugaklah berganti maid. Semuanya susah nak kekal lama. Biasalah menjaga orang sakit ni..... tak semua orang tahan.

Yang tetap setia dikala susah dan senang, sakit dan sihat, tetaplah suami. Untung mil dikurniakan suami penyayang macam abah mertua tu. Gitulah kasihnya seorang suami ek...

Kesihatan mil semakin merosot sebelum cuti Krismas baru ni. Mak pulak 3-4 hari sebelum cuti Krismas tu dah kat kampung. Balik naik bas dulu. Sambil sambil ambik giliran meneman mak kampung tu, kebetulan anak sedara pun kawen. Sekali harunglah.

Masa Pak King baru sampai kampung hari Jumaat petang tu, dapat pulak call daripada mil. Itulah last mil cakap dengan Pak King rasanya. Tak sedap hati, Pak King balik semula KL subuh hari Sabtu tu dan balik Muar semula petang tu pulak. Letih tak letihlah... 

Mak balik dari Muar hari Ahad tu lepas kenduri kawen. On the way  tu abah call cakap keadaan mak semakin teruk. Masa tu mak memang dah baring dan pejam mata je, badan pulak dah mula mendemam, abah mertua dah mula risau. Mau tak risau, keadaan mil dah tak macam selalu, makan pun tidak. Asal mil tersedar je bergegar seluruh badan, dan tiba tiba hilang gegaran tu bila mil macam terlelap. Tu yang ambik keputusan hantar mil ke sepital esok paginya.

Hampir 10 hari kat sepital, tak banyak jugak perubahannya, mil tetap pejam mata, sesekali ada response bila dipanggil tapi yang ketara, gegaran kuatnya dah hilang.....

Apa pun orang doakan yang terbaik untuk mak. Moga Allah ringankan kesakitan mak ye....












Comments

  1. Selamat Tahun Baru Okje ..

    Moga segalanya dipermudahkan olehNya.

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru 2018 mak. Semoga dipermudahkan urusan mil mak dan semakin sihat. Aminnn.

    ReplyDelete
  3. slmt tahun baru 2018..semoga dipermudahkan urusan rawatan MIL sis..

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan urusan rawatan MIL sis.. Aamiin..

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru kak..semoga Allah permudahkan segala urusan akak..aamiin

    ReplyDelete
  6. selamat thn baru 2018..smoga dipermudahkan utk MIL

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan segalanya buat Ibu Mertua Anom...

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar, moga dipermudahkanNya, aamiin.

    Tengok raub wajah bapa mertuapun penat sangat, kesian dia, begitu setia menunggu...

    ReplyDelete
  9. Didoakan agar ibu mertua Anom akan pulih spt sediakala..diringankan kesakitannya serta dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  10. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan perawatan orang yang sakit ini.
    Kau berilah kesembuhan kepadanya.

    ReplyDelete
  11. dugaan di awal 2018 ye kak nom, moga mil akak di beri kesembuhan... dan dipermudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  12. semoga dipermudahkan urusan MIL mak. 20 tahun on parkinson, seksanya beliau je tahu. InsyaAllah allah akan mudahkan

    ReplyDelete
  13. Semoga mil OKje dikurniakan apa yang terbaik buat dirinya.

    Selamat tahun baru OKje

    ReplyDelete
  14. Happy New Year, Hainom! Tapi tak happy kan, sebab mil tak sihat. Semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  15. Semoga ibu mertua akan cpt sembuh. Aamiin...

    ReplyDelete
  16. Setiap orang pasti lalui benda yg sama cuma cerita yg berbeza.semoga mak n pak jilap tabah ye..didoakan Allah kurangkan kesihatan MIL..kita doakan yg terbaik..semiga dipermudahkan

    ReplyDelete
  17. Semoga diberi kesembuhan mak pak jilap...
    Tentunya anak2 dan suami MIL sedang risau sekarang ni kan.Semoga urusan dipermudahkan ,menjaga si ibu yg sakit.

    ReplyDelete
  18. salam Tahun Baru 2018, semoga mak dan keluarga diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapinya...moga mertua mak cepat sembuh, amiin.

    ReplyDelete
  19. selamat tahun baru Hainom. Semuga semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
  20. Shafikillah. semoga anom pun sama2 tabah. semoga semakin membaik.

    ReplyDelete
  21. Sekarang pakabar MIL ko mak? Allah Tau apa yg terbaik untuk dia. Kita sama2 doakan yea.

    ReplyDelete
  22. Saya doakan sembuh seperti biasa. Amin amin.
    Saya lama tak berkunjung ke blog kawan2 sebab blog ada pblm. Kali ni bila cuba boleh pulak bukak beberapa blog.

    ReplyDelete
  23. Moga MIL Hainom diberikan kesihatan yang baik....

    ReplyDelete
  24. Allahuakbar
    Semoga baik2 sahaja

    ReplyDelete
  25. Ya Allah sesungguhnya Kaulah yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat mil sahabtku ini, semoga Kau berikan kesembuhan buatnya dan Kau permudahkan segala urusannya

    ReplyDelete
  26. Syafakillah buat mil ye nom..
    lama dah sakitnya ye..

    Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  27. Allahuakhbar.. Dugaan Kak Nom lebih kurang LZ di hujung bulan Disember.. Balik Muar hampir setiap minggu.. Sama melibatkan kesihatan orang tua.. Semoga MIL Kak Nom beransur pulih dan anak-anak dipermudahkan segala urusan, amin..

    ReplyDelete
  28. Salam tahun baru 2018 kak..
    Semoga MIL akak diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan. Semoga diberikan yg terbaik buat MIL akak.

    ReplyDelete
  29. dugaan utk keluarga okje.. lama tu sakitnya allah syg sungguh fil kan. semoga tabah ye

    ReplyDelete
  30. nanti mesti akak rindu kenangan dgn arwah kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts