Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 23 January 2018

Yasinan dan Tahlilan

Salam Selasa korang....

Baru nak bersantai santai depan laptop hari ni, laptop pulak buat hal, hanggggg! Dahlah tu, nak upload gambo dalam blog guna hp pun error, dari pagi tadi tak boleh save, uploadnya ok je. Adoiyaiiiii...... Ni salah laptop ke, salah hp ke, salah wifi yang mintak diupgrade ni sebenarnya!!!...Nyampah ah! 

Aktiviti mak hujung minggu baru ni.
Baru seminggu tak menjengah, dah bertambah jiran baru arwah mak huhu....

                              

Buat juga Yasinan dan Tahlilan (orang Jawa cakap, tempat korang panggil apa??) malam Sabtu hari tu. Selain untuk arwah mak mertua, niat kan jugak untuk arwah abah mak. Panggil jiran taman dan sebahagian geng muslimah qariah kawasan mak je. Next time bolehlah panggil adik beradik Pak King pulak.... 



Antara menu mak malam tu, nasi lemak bungkus, mee hoon goreng, mee goreng, sambal tumis sotong kembang, karipap sardin, nugget, keropok, jelly koktail, trifflee....



Menu semuanya didatangkan khas daripada dapur dapur orang lain hahaha..... Mee mee an dan sambal sotong daripada dapur Warong Bistro. Tulah untungnya berkawan dengan Tokey Katering hihi..... nak order, whatapps je.  Kerja mak pun jadi mudah, donya pun terasa indah gitu...



Trifle daripada dapur Cek Mek Molek Ina (orangnya yang kanan sekali tu). La ni, mak tengah pening nak balas apa pulaklah, nak pulangkan pyrex dia tu ha.....duh!

Trifle
Air mineral dan karipap sardin ditaja oleh Mak Zura, geng ngomong Jowo mak tu hihi.... (pakai tudung hitam bunga bunga putih, gambo bawah). Malam tu mak cuma goreng keropok, goreng nugget, buat jelly koktail dan sediakan air sirap aje.... 



Jiran jiran yang sentiasa ada memeriahkan suasana.


Makan time....





Terima kasih kepada semua yang sudi datang malam tu. Terima kasih kepada yang memberi. Moga Allah membalas semua kebaikan korang dengan kasih sayang dan rahmatnya......Insyaallah 

15 comments:

  1. alhamdulillah..simple pun dapat sambutan ramai. gtulah kalau baik ngn jiran kn kak..org berbudi kita berbhasa..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Seronok dapat jiran-jiran macam ini..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...semua nampak gembira makan-makan bersama selepas Yasinan dan Tahlilan. :)

    ReplyDelete
  4. Gitu ngomongnya ye Mak...kami pangge kenduri arwah...

    Meriah tu alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Nom,buat tahlilan kat rumah hainom ke?.Oklah tu order je,nak buat semua ,penat tu.
    Sedih tengok gambar pakjilap kat kubor mak dia tu.Akak faham perasaan dia tu...

    ReplyDelete
  6. kt bando tahlilan yasinan takde nasi ambeng ye kak, klu kt kampung mmg nasi ambeng lah hidangan utama.... kt bando mana lah reti mkn nasi ambeng kt talam mcm kite yek...

    ReplyDelete
  7. Sedih tengok pak king tu..
    Mmg terasa bila hilangnya pintu syurga ni..
    Aduhai sebak pulak kita ni..😭
    Teringat arwah abah dan mak..
    Faham sgt perasaan pak king tu..
    Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka semua. Aamiin.

    ReplyDelete
  8. syok nyer makan2 gitu, Nom.
    i like :)

    ReplyDelete
  9. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Bila tengok makanan..rasa lapo la pulak

    ReplyDelete
  10. Ka sini kalau tahlilan r yasinan menu nasi ambeng aje.

    ReplyDelete
  11. Perghh trifle tu betul2 Menggoda mata yang memandang. Bukan main cantik kejadian dia tu kak. Kat rumah mak kalau buat majlis tahlil selalu masak sendiri je. Pgl semua tentera turun dapur senang keje.

    ReplyDelete
  12. Bagusnya HOKje bergaul mesra dengan jiran-jiran.
    Mrs. A kalau kat taman tak berapa nak bergaul sangat setkat tetegur gitu-gitu aje :-(

    ReplyDelete
  13. alfatihah buat arwah mak mertua kak hainom

    ReplyDelete
  14. Oo..baru tau tu panggilan org jawa.
    Tmpt ira biasa org sebut baca yasin dgn tahlil arwah. Lebih krg gitu la.
    Meriahnya menu.. Selera tgk..

    ReplyDelete